3 budak gemok

3 Budak Gemok terkenal dengan menu nasi panas, ayam kicap, cili pedas gesek, dan menu terbaru daging kicap. 3 Budak Gemok menjadi fenomena viral. Walaupun menu simple, kombinasi makanan sedap yang 100% masak dengan penuh kasih sayang, dan harga berpatutan, menjadi pilihan ramai.

Oleh kerana sambutan yang luar biasa, Perniagaan ini terdapat lebih dari 15 cawangan rasmi di seluruh Semenanjung Malaysia. Cawangan 3 Budak Gemok terletak di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Penang, Johor dan baru-baru ini di Melaka.

Tiga Budak Gemok adalah perniagaan yang diasaskan dan dimiliki oleh warga Muslim. Pekerja di setiap cawangan kami juga adalah Muslim. Setiap pembekal bahan kami kesemuanya mempunyai sijil Halal yang sah. Makanan di setiap cawangan juga disediakan secara bersih dan segar setiap hari.

Cawangan 3 Budak Gemok Berdasarkan Negeri:-

Kuala Lumpur:

  • Wangsa Maju
  • Bandar Sri Permaisuri (Cheras)
  • Gurney Mall (Datuk Keramat)

Selangor:

  • Kompleks Diamond (Bandar Baru Bangi)
  • Bangi Square (Kajang)
  • Neocyber Biz Avenue (Cyberjaya)
  • Kompleks Muhibbah (Kota Damansara)
  • Arena Food Park (Selayang)
  • Medan Rock Cafe (Sunway)
  • Seksyen 7 (Shah Alam)

Johor:

  • B5 Johor Street Market (Johor Bahru)

Penang:

  • Bayan Indah (Sungai Nibong)
  • Kiosk Perda (Bukit Mertajam)

Melaka:

  • Plaza Mahkota

Sejarah nama 3 Budak Gemok:-

Nama 3 BUDAK GEMOK berasal dari tiga adik-beradik yang berbadan comel-comel sikit, iaitu Abang, Kakak dan Adek.

Resipi turun-temurun ini merupakan lauk kegemaran tiga beradik sejak dari tahun 1989!

Bagaimana Tercetusnya Hidangan Ikonik Ini?

Keinginan untuk membawa Mama pergi bercuti oversea merupakan pembakar semangat mereka selama ini. Berinspirasikan resipi power Mama, tiga beradik ini ingin berkongsi hidangan kegemaran mereka dengan semua. Maka terhasil lah kombinasi mantap antara Nasi Panas, Ayam Kicap dan Sambal Gesek yang pernah menjadi fenomena viral dan digemari ramai sehingga kini.

Senarai Menu Yang Terdapat Di 3 Budak Gemok:-

*Order minimum adalah RM40

1. AYAM

Ayam Biasa RM9

Nasi, Ayam Kicap, Sambal Gesek, Timun

Ayam Biasa + Telur RM11.00

Biasa + Telur

Ayam Double RM15.50

Biasa + Extra Ayam

Ayam Montel RM16.50

Biasa + Extra Nasi, Extra Ayam, Extra Sambal

Ayam Extra RM13.50

Ayam Sahaja (6-7 Ketul) Tanpa Nasi

Cili Extra Shot RM1.50

Nasi Extra RM1.50

Telur Extra RM2.50

Tempe Goreng RM2.50

2. Daging

Daging Biasa RM11

Nasi, Daging Kicap, Sambal Gesek, Timun

Daging Biasa + Telur RM13.50

Biasa + Telur

Daging Double RM16.50

Biasa + Extra Daging

Daging Montel RM20

Biasa + Extra Nasi, Extra Daging, Extra Sambal

Daging Extra RM14.50

Daging Sahaja (8-9 Ketul) Tanpa Nasi

Cili Extra Shot RM1.50

Nasi Extra RM1.50

Telur Extra RM2.50

Tempe RM2.50

Jadi apa tunggu lagi? Jom cuba makanan viral daripada 3 Budak Gemok. Sila semak jika kawasan anda termasuk 16 cawangan di sini. Jangan lupa untuk kongsi kan feedback dan review anda pada blog rasmi mereka.

Sumber:

1) https://tigabudakgemok.com.my/blog-budak-gemok-original/

2) https://www.facebook.com/tigabudakgemok/reviews/

Tagged: