ginkgo biloba

Ginkgo biloba mempunyai banyak manfaat kesihatan. Ia sering digunakan untuk merawat penyakit mental, penyakit Alzheimer, dan juga keletihan. Ia sering digunakan dalam perubatan tradisional Cina dan telah lama digunakan oleh mereka hampir kira-kira 1,000 tahun.

Manfaat kesihatannya dianggap berasal dari sifat antioksidan dan anti-radang yang tinggi di dalamnya. Ia juga dapat meningkatkan aliran darah dan mempunyai peranan dalam fungsi operasi neurotransmitter di dalam otak. Ini adalah sebab utama ramai mengambilnya untuk kesihatan memori dan mental mereka.

Kami telah sediakan 10 produk ginkgo biloba yang anda boleh dapatkan di pasaran dan juga di farmasi berdekatan anda. Mari lihat senarai-senarai di bawah.

21st CENTURY GINGKO BILOBA

21st Century Ginkgo Biloba

RM44.50

Supplemen ini boleh meningkatkan peredaran darah di otak dan ini lah cara terbaik untuk meningkatkan ingatan anda. Oleh itu produk ini adalah baik untuk pelajar dan orang tua. Produk ini mengandungi 24% gingkoflavonglycosides, sejenis bahan aktif yang telah ditetapkan sebagai nutrien yang bermanfaat. Ia akan meningkatkan peredaran darah di badan dan di bahagian hujung badan iaitu bahagian tangan dan kaki anda. Maka ia adalah sesuai untuk individu yang mempunyai tangan dan kaki yang kebas.

Thomson Ginkgo Extract 40mg

Thomson Ginkgo Extract

RM69.90

Produk ini berfungsi melancarkan peredaran darah mikro untuk kesihatan yang baik. Setiap tablet mengandungi 40mg ekstrak ginkgo biloba aktif dari Jepun, yang bersamaan dengan 2000mg daun ginkgo muda Jepun. Ia dijamin mengandungi minimum 24% ginkgoflavonglycosides dan 6% terpene lactones dan kaya dengan ginkgolide B, iaitu satu komponen terpenting dalam terpene lactones. Produk ini adalah bebas racun perosak, racun kulat, ragi, gula, pewarna, bahan pengawet dan residu pelarut biotoksik.

Nature's Way Ginkgo Biloba 2000mg 100 tablets

Nature’s Way Ginkgo Biloba

RM40.85

Setiap kapsul produk ini mengandungi ekstrak Ginkgo Biloba pekat yang setara dengan 2000mg daun Ginkgo kering, dan sehingga 50 kali lebih tinggi daripada jenama lain. Produk ini juga dapat membantu melancarkan peredaran darah yang sihat ke bahagian periferal badan, iaitu kaki dan tangan anda, dan juga menyokong memori. Ia juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan peredaran darah dan untuk kesihatan umum anda. Produk ini juga boleh membantu menyokong pengaliran darah, tangan dan kaki sejuk, tinitus ringan, memori dan fungsi kognitif yang sihat.

Healthy Care Ginkgo Biloba 2000mg

Healthy Care Ginkgo Biloba

RM49.80

Supplemen ini dapat membantu menyokong ingatan, penjagaan mental dan mengekalkan fungsi kognitif anda. Ia digunakan secara tradisional dalam perubatan Cina, produk ini dapat menyokong peredaran darah yang sihat. Ia juga boleh membantu menyokong memori, memanjangkan jangka masa perhatian dan kewaspadaan mental. Faedah lain produk ini termasuk pengekalan fungsi kognitif, menjaga kesihatan dan kesejahteraan umumanda dan membantu melancarkan peredaran darah ke kaki dan tangan. Produk ini adalah bebas dari pewarna, telur, laktosa susu dan kekacang.

Kordels Ginkgo Biloba 2500

Kordels Ginkgo Biloba

RM130.90

Produk ini adalah ekstrak yang stabil dari daun Ginkgo, spesies pokok hidup tertua di dunia. Ia digunakan untuk meningkatkan peredaran darah dan untuk kesihatan umum anda. Ia juga dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan melegakan simptom yang disebabkan oleh peredaran darah yang lemah, seperti tangan dan kaki yang sejuk, masalah ingatan, tinnitus dan juga mempunyai peranan terapeutik dalam pengurusan asma. Produk ini sangat berguna untuk vertigo, dan gangguan pendengaran. Dos orang dewasa dan kanak-kanak berusia lebih dari 12 tahun, ambil 1 kapsul setiap hari, atau seperti yang diarahkan oleh doktor. Ia adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

VitaHealth Ginkgo 2000mg 130's

VitaHealth Ginkgo Biloba

RM108.00

VitaHealth Ginkgo 2000 adalah suplemen tradisional yang mengandungi glikosida ginkgo flavone dan terpene lactones. Ginkgo telah lama digunakan dalam perubatan tradisional Cina untuk meningkatkan peredaran darah. Ia juga berfungsi untuk membantu menguatkan saluran darah dan kapilari, dengan itu, meningkatkan peredaran darah di dalam badan anda. Produk ini diformulasikan dengan 2000mg ginkgo biloba, setiap kapsul dilapisi dengan filem untuk menyembunyikan rasa pahit dan ia adalah juga halal.

GNC Herbal Plus-S Ginkgo Biloba 60MG Vegetable Capsules 200S

GNC Herbal Plus-S Ginkgo Biloba

RM149.70

Setiap kapsul supplemen ini mengandungi 60mg ekstrak daun Ginkgo Biloba yang diseragamkan untuk menyediakan 24% Ginkgo Flavonglycosides dan 6% Terpene Lactones. Ia dapat membantu menyokong aliran darah di dalam badan anda terutamanya ke tangan dan kaki anda, maka ia adalah amat bermanfaat untuk individu yang mempunyai peredaran darah yang lemah di dalam sistem badan mereka. Produk ini adalah sesuai untuk vegetarian.

Bio-Life BG

Bio-Life Ginkgo Biloba

RM42.00

Supplemen kesihatan ini mempunyai teknologi Phytosome yang dipatenkan yang meningkatkan ketersediaan dan keberkesanan bio ekstrak ginkgo. Ia menyediakan sekurang-kurangnya minimum 24% ginkgo flavonglycosides dan 6% terpene lactones di dalam setiap tablet. Produk ini berfungsi untuk meningkatkan peredaran darah dan berfungsi sebagai antioksidan untuk mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Produk ini boleh diambil oleh individu yang ingin meningkatkan peredaran darah di dalam badan mereka.

SWISSE Memory + Focus (50 Tablets)

SWISSE Memory + Focus

RM47.00

Swisse Ultiboost Memory + Focus adalah formula berkualiti premium yang mengandungi vitamin ginkgo, brahmi dan B, untuk menolong menyokong fungsi otak, prestasi mental yang sihat dan memberi sokongan pada waktu anda stress. Produk ini mengandungi Brahmi untuk menyokong fungsi memori dan mengingat semula, Vitamin B5 membantu menyokong prestasi mental yang sihat dan Ginkgo untuk membantu mengekalkan peredaran yang sihat dan penghantaran darah beroksigen ke otak. Supplemen ini telah dirumuskan berdasarkan bukti saintifik untuk menyediakan bahan-bahan utama yang bermanfaat untuk fungsi otak yang sihat dalam dos yang sesuai untuk anda.

Biocare Ginkgo biloba

RM41.90

Produk ini mengandungi Ginkgo Biloba, yang kaya dengan flavonoid dan memiliki zat antioksidan yang kuat dapat melindungi tubuh anda dari kerosakan akibat radikal bebas. Ia juga berfungsi untuk menjaga sel-sel dan tisu badan supaya sihat selalu. Ginkgo Glycosides, yang
merupakan salah satu komponen penting di dalam Ginkgo Biloba, dapat membantu mempromosikan penguraian kolesterol dan meningkatkan keanjalan saluran darah
sehingga dapat mengurangkan kelikatan darah dan melembutkan saluran darah. Oleh itu, penyakit kardiovaskular, trombosis serebrum dan strok dapat dicegah.

Ginkgo biloba telah digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk mengekalkan tahap kesihatan mental yang baik. Oleh itu, anda bolehlah cuba salah satu daripada produk-produk ginkgo biloba yang kami senaraikan di atas. Kami harap, perkongsian kali ini dapat membantu anda membuat keputusan tentang produk ginkgo biloba mana yang patut anda dapatkan untuk anda.

Tagged: