kek coklat bakar

Kek coklat lembab memang sedap dan juga memiliki banyak versi ada yang kukus dan  ada yang bakar. Kek coklat bakar boleh dimasak menggunakan ketuhar sahaja. Anda boleh mencuba sendiri mana-mana resepi untuk membuat kek coklat bakar, barulah puas hati anak-anak dan suami di rumah.

Kek coklat sangat baik untuk memberikan tenaga kepada kita. Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan, serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. Coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.

Jom cuba resepi kek coklat bakar yang sedap ni!

RESEPI 1 – KEK COKLAT MOIST VERSI BAKAR

Bahan Kek Coklat:-

Bahan-bahan A:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula halus
  • 2 cawan serbuk koko
  • 2 sudu teh baking soda
  • 2 sudu teh baking powder
  • Sedikit garam

Bahan-bahan B:

  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 cawan minyak masak
  • 2 sudu teh esen vanilla

Bahan-bahan C:

  • 4 biji telur
  • 2 cawan air panas mendidih

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Campur bahan A dan kacau sehingga sebati menggunakan senduk.
  2. Kemudian masukkan bahan B dan pukul guna mixer hingga sebati.
  3. Masukkan telur kedalam adunan dan pukul lagi hingga sebati sehingga adunan kelihatan pekat.
  4. Kemudian, masukkan air panas yang menggelegak. Kacau adunan menggunakan spatula atau sudip kayu hingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan yang telah dialas dengan kertas baking ataupun anda hanya perlu sapukan sedikit mentega pada acuan jika tidak mempunyai kertas baking.
  6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C, guna api atas bawah lebih kurang selama 45 minit.
  7. Apabila kek sejuk, bolehlah dituang coklat ganache.

Bahan Coklat Ganache:-

  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan minyak masak
  • 3-4 sudu makan serbuk coklat (jangan letak banyak nanti pahit. Kalau suka manis, tambahkan sedikit susu pekat)

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Campur semua bahan dan sebatikan.
  2. Kemudian masak guna api yang perlahan guna api perlahan hingga pekat.
  3. Tutup api apabila sudah pekat dan tuangkan ke atas kek coklat yang sudah siap dibakar tadi.

RESEPI 2 – KEK COKLAT BAKAR GUNA BLENDER

Bahan–bahan A – perlu dimasukkan di dalam blender:

  • 6 biji telur saiz A
  • 2 cawan minyak
  • 2 cawan susu cair
  • 2 cawan susu pekat
  • 2 cawan serbuk koko (ayak terlebih dahulu)
  • 1 cawan gula

Bahan-bahan B – asingkan dalam bekas lain & perlu diayak:

  • 2 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat
  • 1 sudu kecil perisa vanilla

Bahan-bahan topping:

  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan serbuk koko (ayak dulu)
  • 1 cawan tepung (ayak dulu)
  • 1 buku butter
  • 4 Sudu Besar Gula
  • 1/2 Sudu Kecil Nescafe (ayak dulu)

Langkah – langkah penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan A ke dalam blender dan blend.
  2. Letakkan bahan B dalam bekas pengayak dan ayak.
  3. Kemudian, satukan bahan A dan bahan B. Kacau perlahan-lahan hingga sebati.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180C lebih kurang 45 minit. Guna api bawah selama 30 minit, kemudian guna api atas 15 minit. Pastikan panaskan oven terlebih dahulu.
  5. Sementara menunggu kek masak, buat topping kek pula. Masukkan semua bahan-bahan untuk membuat topping ke dalam periuk dan buka api dengan menggunakan api yang sangat kecil. Bila rasa macam terlalu panas, tutup api dan teruskan kacau. Kemudian biarkan topping sejuk seketika.
  6. Setelah selesai bakar, tutup eletrik oven dan biarkan kek dalam oven selama 5 minit untuk mengelakkan kek daripada terkejut dengan suhu tiba-tiba sejuk.
  7. Letakkan topping di atas kek. Tambahkan hiasan di atas kek untuk kelihatan lebih menarik.

Selamat mencuba!

SUMBER

https://www.rasa.my/resipi-kek-coklat-moist-versi-bakar-guna-sukatan-cawan/

https://mamaqaireen.com/resepi-kek-coklat-sedap-guna-blender-je/

https://www.majalahpama.my/kek-coklat-moist-versi-bakar-cukup-lembut-macam-kukus-sedap/

Tagged: