Now Reading
2 Jenis Resepi Kerabu Perut

2 Jenis Resepi Kerabu Perut

resepi kerabu perut

Apa kata harini anda cuba resepi kerabu perut. Kami sediakan khas untuk anda 2 jenis resepi kerabu perut stail utara dan stail Kelantan.

Mesti ramai kan peminat kerabu kat sini? Bagi yang tak pernah cuba anda kena cuba. Sedap tau. Rugi tak cuba. Oh ya, kerabu ini boleh diolah dengan mengikut cita rasa anda. Cuma di sini, kami kongsikan cara nak masak kerabu perut.

Mesti dah tak sabar kan bagaimana nak tahu cara penyediaannya. Dibawah adalah resepi pertama kerabu perut stail Kelantan. Jom tengok bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Resepi pertama : Kerabu perut stail Kelantan

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan untuk direbus:

  • Perut lembu – Direbus dengan asam keping bersama garam dan kemudian hiris nipis)
  • 7 ekor ikan selayang atau ikan sardin yang sederhana besar – Direbus

Bahan-bahan dikisar:

  • 5-6 biji bawang merah
  • 1-2 ulas bawang putih
  • Sesudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudip kecil gula
  • Sedikit sahaja perisa Knorr
  • Sedikit sahaja air rebusan perut

Bahan-bahan lain:

  • Santan pekat – 1/2 sahaja dari sebiji kelapa
  • Sedikit sahaja air panas
  • Dua sudip besar rebusan perut
  • Sedikit sahaja jus dari perahan limau
  • 2 biji cili merah tanpa biji – Boleh lebihkan jika mahu pedas (dipotong)
  • 1 biji bawang Holland (dihiris nipis)
  • 8-10 batang kacang panjang (dihiris)
  • 2 biji mangga atau pauh yang belum masak
  • Beberapa helai daun kesum
  • Buah beka atau Buah machang (Dilayur terlebih dahulu dan dihiris nipis)
  • 1/2 biji kelapa putih (Sangai terlebih dahulu kemudian dikisar halus).

Cara-cara penyediaanya:

  • Pastikan anda merebus perut terlebih dahulu bersama dengan asam keping dan juga garam secukupnya. Kemudian, biar sudah sudah empuk bolehlah hiris nipis-nipis (halus)
  • Untuk bahan kisar di atas tadi, kisarkan kesemuanya dengan menambahkan sedikit lebihan air rebusan perut tadi
  • Setelah itu, satukan perut bersama dengan kacang panjang dan mangga yang telah disagat. Campurkan sekali dengan daun kesum untuk menaikkan aromanya
  • Kemudian, campurkan isi ikan sardin atau selayang yang direbus dan juga kelapa yang telah dikisar halus. Gaulkan kesemua bahan
  • Tambahkan pula bahan yang dikisar tadi dan kacau sebati
  • Masukkan sekali santan yang telah dipanaskan atau campur dengan sedikit air panas untuk bagi tahan lama. Jangan biarkan sampai pecah minyak pula ya. Sejukkan sekejap sebelum dituang ke dalam semua bahan-bahan tadi
  • Tambahkan 2 sudip air rebusan perut tadi untuk menaikkan rasa
  • Setelah itu, perahkan sedikit jus asam limau. Mahu lebih sedap lagi boleh cuba guna asam limau kerat lentang. Gaul semua sekata ya.
  • Setelah cukup semua rasa manis, masam dan masin boleh taburkan cili merah dan bawang holland yang dihiris nipis tadi.
  • Akhirnya siap pun untuk dihidang. Dah boleh makan terus ni dengan nasi panas-panas. Sedap nya!

Penggemar kerabu mesti tak sabar dah tu nak cuba kan. Buat orang Kelantan, jangan susah hati kalau tak dapat balik Kelantan. Boleh cuba buat sendiri ye resepi perut stail Kelantan ni.

Selesai sudah untuk resepi pertama iaitu kerabu perut stail Kelantan, jom tengok resepi kedua iaitu resepi kerabu perut stail utara pula. Wah mesti tak sabar kan. Nah dibawah kami kongsikan untuk anda.

Resepi kedua : Kerabu perut stail utara

Wah macam ada kelainan sikit eh bahan untuk resepi kerabu perut stail utara ni. Nahhh memperkenalkan kerabu perut yang dikahwinkan dengan pucuk paku! Wah, macam best ja. Anda kena cuba ni. Jom tengok bahan-bahan dan cara penyediaannya:

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 mangkuk besar perut lembu (Terpulang jenis apa: Perut tuala/perut bulat/perut kitab) rebus sehingga lembut dan boleh dipotong ikut kesukaan masing-masing
  • Pucuk paku 1 ikat (dicelur & ditoskan)
  • Tauge 1 genggam (dicelur & ditoskan)
  • Bawang besar 1 biji (dihiris)
  • 3/4 cawang santan pekat
  • 2-3 sudu besar kerisik (Nak lebih sedap boleh tambah lebih lagi ya)
  • 2-3 sudu jus/air limau nipis
  • Garam secukup rasa
  • Ajinomoto secukup rasa (Kalau tak suka ajinomoto ni, boleh kecualikan bahan ni ya)

Bahan-bahan untuk dikisar (halus):

  • 2-3 batang serai
  • 1 cm halia
  • 1 cam lengkuas
  • Sedikit belacan
  • 5-6 cili api/cili padi merah & hijau (boleh lebihkan kalau mahu, sebab orang utara memang suka makan pedas, tapi kalau tak berani jangan cuba okay)

Cara-cara penyediaannya:

See Also
bubur candil

  • Masukkan kesemua bahan yang dah dikisar tadi ke dalam mangkuk yang besar. Tapi, nak lagi mudah dalam besen pun boleh saja lagi senang nak gaul semua tu bagi sebati.
  • Kemudian, masukkan bahan-bahan seperti : bawang, kerisik, air/jus limau nipis, santan, garam, gula dan ajinomoto. Ha, boleh gaul guna tangan ya lagi mudah. Tapi kalau nak guna apa pun boleh. Cuma bila guna tangan, rasalah air tangan tu kan. Baru lah sedap.
  • Akhir sekali, masukkanlah bahan utama kita iaitu perut, pucuk paku dan juga taugeh eh bawang holland sekali jangan lupa. Ha, gaul sekali lagi sampai sebati semua rasa tu. Kalau ada rasa yang tak cukup tu boleh lah tambahkan apa yang tak cukup tu. Ikut cita rasa masing-masing.
  • Akhirnya, dah pun siap! Selamat mencuba ya.

Tips: Kesemua bahan ni kena pandai adjust sendiri ya. Ikut berapa banyak saiz hidangan anda. Agak-agak sahaja pun boleh.

Penutup

Sekian sahaja perkongsian kami bertemakan resepi kerabu perut stail Kelantan dan utara. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba ya!

Sumber

https://kongsiresepi.my/special/resepi-kerabu-perut-kelantan-yang-sedap-makan-ratah-je-pun-boleh-licin-sepinggan-dibuatnya.html

https://sharlinda89.blogspot.com/2019/02/resipi-kerabu-perut-utara-dengan-pucuk.html

error: Content is protected !!