rosehip oil

Dari semua penemuan penjagaan kulit baru-baru ini, rosehip oil telah menjadi menonjol dan popular kerana memberi banyak manfaat. Minyak ini diekstrak dari biji mawar dan diformulasikan dengan bahan lain untuk melawan tanda-tanda penuaan, melindungi kulit dan menyuburkannya dari dalam.

Minyak ini mengandungi konten vitamin dan nutrient yang kaya dan penting untuk memanjakan kulit anda. Di sini, kami telah mengumpulkan 10 produk rosehip oil yang terlaris di pasaran sekarang. Anda boleh menggunakannya di wajah anda dan melihat diri anda kelihatan lebih cantik setiap hari! 

Lihat produk-produk yang mengandungi rosehip oil yang telah kami senaraikan di bawah.

Aromatica Organic Rosehip Oil

RM116.00

Minyak 100 peratus rosehip pekat produk Aromatica ini telah diproseskan daripada biji mawar semula jadi yang tumbuh di pergunungan Andes, salah satu kawasan yang paling bersih di dunia. Aromatica juga memastikan mereka sentiasa memilih biji-biji mawar yang organik untuk kebaikan kulit anda. Hasilnya, ianya mudah diserap ke dalam kulit anda dan memberi khasiat untuk melembapkan kulit anda. Walaupun ia tampak pekat, minyak ini mempunyai tekstur yang lembut dan menghasilkan kesan yang terbaik kepada untuk semua jenis kulit – tak kiralah kulit kering, berminyak, sensitif dan lain-lain.

Melvita L’Or Rose Refining Scrub

RM110.00

Melvita telah menggabungkan Pink Berries dari kepulauan Réunion dengan minyak rosehip dalam scrub yang membersihkan badan ini. Teksturnya berubah dari gel kepada krim yang kaya meliputi kulit dengan bau L’Or Rose yang harum. Mengandungi bahan yang bernutrisi seperti kacang argan tahan dan ekstrak minyak rosehip, biji-biji kecil di dalam scrub ini membantu mengurut kulit dan menghilangkan kotoran dari kulit dengan lembut. Diperkaya juga dengan minyak lada hitam, ia membantu melicinkan permukaan kulit. 

A’kin Certified Organic Rosehip Oil

RM53.20

Minyak rosehip dari A’Kin ini membantu untuk menyuburkan dan menghidratkan kulit. Ia juga mengurangkan penampilan parut dan “stretch marks”. Minyak ini sangat mudah diserap ke dalam kulit anda, mengembalikan kelembapan dan menyegarkan kulit secara semula jadi. Kaya dengan kandungan anti-oksidan, ia juga membantu melindungi kulit dari rengsaan dari persekitaran, mencegah tanda-tanda penuaaan dan mengurangkan penampilan kedutan. Sangat sesuai untuk digunakan pada parut, warna kulit yang tidak sekata serta di bibir yang kering

Essano Rosehip Night Cream

RM93.00

Krim malam Essano ini dirumuskan secara saintifik untuk membekalkan khasiat sel mikro, menyokong pembaharuan selular kulit dan melindungi kulit daripada kerosakan radikal. Pemakaian malam melembapkan dan menyuburkan kulit anda semasa tidur selain daripada meningkatkan keanjalan kulit. Kaya dengan minyak rosehip organik ditemani dengan aloe vera, jojoba dan shea butter untuk impak yang terbaik kepada kulit anda, mengunci kelembapan sehingga kulit anda nampak lebih berseri pada waktu pagi. 


Sukin Rich Moisture Facial Masque

RM28.00

Mask keluaran Sukin ini menghidratkan kulit kering dengan bantuan ekstrak rosehip, plum Kakadu dan quandong – membuatkan ia mask yang sangat sesuai untuk jenis kulit yang paling kering. Diformulasikan dengan Vitamin E, aloe vera dan ekstrak jus delima, ia mampu mengembalikan kecergasan kulit dan membantu untuk menyuburkan kulit wajah anda. Ia memerlukan hanya 15 minit untuk menampakkan kulit yang lebih anjal selepas pemakaian. 

Mario Badescu Rose Hips Nourishing Oil

RM140.00

Mengandungi konten minyak rosehip dan ditemani dengan antiseptik, serum Mario Badescu ini mampu memberikan warna kulit yang lebih cerah dan sekata. Tekstur yang ringan berfungsi dengan lembut walaupun pada kulit yang sensitif. Setelah menyapukan ia di wajah, formula campuran botani dan vitamin menenangkan kulit yang kering dan melambatkan proses penuaan kulit secara drastik. Juga kaya dengan anti-oksidan Vitamin C untuk melindungi kulit daripada kotoran daripada persekitaran. 

The Olive Tree Argan Rosehip Body Lotion

RM79.90

Losyen badan campuran minyak argan dan rosehip ini sesuai untuk semua jenis kulit yang halus dan juga pada anak-anak kecil. Formulasi yang lembut membantu menghidratkan kulit kering dan gatal. Ianya kaya dengan vitamin A, E dan asid yang sihat untuk memperbaiki tona warna kulit. Selain daripada itu, anda boleh mengubah suai aroma losyen badan ini dengan tambahan “essential oils” kegemaran anda. 

Essano Rosehip Moisturising Crème Cleanser

RM59.90

Rosehip Moisturizing Crème Cleanser daripada Essano yang ini diperakui terdiri daripada campuran bahan yang menyayangi kulut, direka untuk mempromosikan kulit yang berseri tanpa mengeringkannya. Minyak rosehip organik telah dicampur adun dengan aloe vera dan lilin lebah membersihkan dan menambah kelembapan ke dalam kulit dengan berkesan – kulit anda akan berasa lembut dan anjal. Diformulasikan secara rapi untuk menghilangkan solek muka dengan lembut, kotoran sambil mengunci kelembapan di dalam kulit. 

Essano Gentle Foaming Facial Cleanser

RM59.90

Jika anda mempunyai kulit yang sensitif dan memerlukan pembersih gel, pilihlah Essano Gentle Foaming Facial Cleanser untuk membersihkan kulit anda. Ia membersihkan kulit anda sambil membina penghalang kelembapan semula jadi kulit anda. Kaya dengan minyak rosehip dan ekstrak botani semula jadi seperti aloe vera, pembersih wajah ini terbukti akan memberi segala penghidratan yang diperlukan kepada kulit anda. Produk ini juga tidak mempunyai kandungan sabun dan mampu untuk membersihkan kotoran tanpa pengeringan. 

The Ordinary 100% Organic Cold-Pressed Rosehip Oil

RM88.00

Sesuai untuk pengunaan harian, serum The Ordinary menggunakan 100 peratus rosehip oil yang tulen dan organik. Tahukah anda bahawa minyak rosehip yang kaya dengan asid linoleate, asid linolenik dan pro-Vitamin A, membantu untuk mengurangkan tanda penuaan foto serta menghidrat dan menyuburkan semua jenis kulit. Tambahan pula, ia membantu untuk mencapai kulit yang sihat secara keseluruhan. Manfaat serum ini juga ialah untuk merawat pigmentasi, parut dan luka bakar pada kulit. Anda kini boleh lah berasa yakin dengan penampilan berseri yang baru! 

Sukin Certified Organic Rosehip Oil 25ml

RM58.00

  • Ia mengandungi tidak kurang daripada 70% asid lemak penting dan mempunyai vitamin untuk membantu menenangkan, melembutkan dan menghidratkan kulit.
  • Sifat berkhasiat ini membantu mengurangkan penampilan parut dan memerangi tanda-tanda penuaan- menang!
  • Boleh digunakan dengan kerap untuk membantu melegakan kemerahan akibat kulit kering/gatal dan membantu mengekalkan kesihatan kulit yang optimum.
  • Minyak yang cepat menyerap menjadikan kulit kelihatan berseri dan sihat.

Thursday Plantation Rosehip Oil Certified Organic 25ml

RM88.50

  • Ringan, tidak berminyak dan sesuai digunakan pada semua jenis kulit, termasuk kulit berminyak dan sensitif
  • Memulihkan kelembapan pada kulit
  • Membantu mengurangkan penampilan parut dan tanda-tanda penuaan pramatang yang boleh dilihat.
  • Membantu melindungi kulit pada tahap selular
  • Bebas daripada petrolatum, minyak mineral, silikon, bahan kimia, (SLS), bahan terbitan haiwan, pengawet sintetik dan paraben sintetik
  • Daripada tanaman Rosehip yang ditanam secara liar di ladang pertanian bukan konvensional

Essano Certified Organic Rosehip Oil 20ml

RM67.20

Manfaatkan kuasa semulajadi Minyak Rosehip organik yang ditekan sejuk dan diperakui diperkaya dengan Minyak Beri Acai organik dan Vitamin E. Ringan, tidak berminyak, mesra kulit dan 100% semulajadi.

  • Melembutkan rupa parut, garis halus dan tanda regangan,
  • Meningkatkan kelembapan dan menghidratkan kulit, dan,
  • Memperbaiki rupa kepejalan kulit anda dan menyekatakan tona kulit

Palmer’s Cocoa Butter Formula Skin Therapy Oil Rosehip 60ml

RM24.75

Formula ringan untuk membantu memperbaiki penampilan parut, kesan regangan, kulit kering, rosak, tona kulit tidak sekata, kulit yang menua dan garis-garis halus serta kedutan. Kulit kelihatan dan terasa lembut serta licin serta-merta dengan formula unik, tidak berminyak dan tidak mengotorkan ini.

  • Minyak kecantikan penyempurna kulit untuk badan & muka
  • Membantu memperbaiki penampilan parut, stretch mark, kulit kering, rosak, tona kulit tidak sekata, garis halus & kedutan
  • Wangian rosehip yang cantik
  • Bebas daripada minyak mineral, paraben, phthalates, alergen wangian
  • Sesuai untuk kulit ekzema

Claire Organics Rosehip Oil 60ml

RM59.00

  • Terkenal dengan sifat berkhasiat super untuk kulit yang cantik dan awet muda
  • Melembapkan kulit kering, juga melindungi kulit sensitif.
  • Memanjakan kulit anda dengan lembapan yang mewah.
  • Dengan ciri-cirinya yang meningkatkan tahap kelembapan kulit dan meratakan warna kulit anda!

Manyo Factory Manyo Factory Rosehip Oil 20ml

RM60.00

Minyak muka yang tidak ditapis dan ditekan sejuk mengandungi 60,000 Buah Rosehop dengan lima vitamin pencerah kulit
Omega 3 untuk membantu menyuburkan, melembapkan dan menguatkan skin barrier untuk kulit yang licin dan lembut.

  • Minyak pelembap berasaskan tumbuhan ini bagus untuk mereka yang mengalami kerosakan dan kering
  • Memulihkan keseimbangan lembapan
  • Mengubah kulit yang kusam dan tidak bermaya dan mencerahkan kulit.

Cosmoderm Vitamin E Oil 15,000 I.U. With Roseship Oil 30ml

RM39.90

  • Minyak rawatan ringan dengan 15,000 I.U Vitamin E yang membantu menyelamatkan kulit kering atau matang.
  • Ia membantu memudarkan parut jerawat dan jeragat.
  • Ia juga boleh digunakan untuk membantu meningkatkan kualiti rambut dan mengelakkan hujung rambut bercabang.
  • Vitamin E – Antioksidan yang melindungi kulit daripada kerosakan oksidatif dengan melawan radikal bebas.
  • Ia juga mempunyai manfaat pelembab dan peremajaan kulit yang membantu menguatkan fungsi penghalang kulit.

Derma E Illuminating Roseship & Cranberry Face Oil 30Ml

RM90.47

  • Minyak muka yang sangat menghidratkan ini diperkaya dengan botani tumbuhan tulen, minyak pati, antioksidan dan asid lemak untuk menggalakkan kulit yang bercahaya dan kelihatan sihat.
  • Minyak Rosehip Pencerah, Cranberi dan Minyak Biji Labu organik memberikan cahaya yang lebih muda.

The Hive Rosehip Oil 15ml

RM28.00

  • The Hive Rosehip Oil tidak ditapis dan mengekalkan komposisi asalnya semasa pengeluaran.
  • Kini tersedia dalam botol 15ml, kobalt-biru, untuk mengelakkan pendedahan langsung daripada cahaya matahari yang akan menyebabkan kemerosotan dan perubahan komposisi minyak.
  • 100% bahan tulen (tiada bahan tiruan dan pengisi)
  • Warna: Rona keemasan atau kemerahan yang mendalam
  • Tekstur: Ringan dan mudah diserap

Rosehip oil sememangnya merupakan bahan rahsia untuk kulit yang cantik dan bebas masalah. Oleh itu, mulalah menggunakan produk yang mengandungi rosehip oil mulai hari ini, supaya kulit anda sentiasa cantik! Semoga bermanfaat buat anda.

Tagged: