prune

Prun atau prune adalah plum kering yang kebanyakkan datang dari Eropah. Pengunaan istilah “prune” untuk plum segar sudah usang kecuali apabila digunakan pada jenis (plum) yang ditanam untuk pengeringan. Prune ini digelar sebagai ‘super food’ kerana ia mengandungi 64% karbohidrat, 2% protein, serat makanan yang tinggi, sumber vitamin K dan B yang kaya. Kandungan sorbitol serat makanan yang tinggi juga membuatkan ia mampu untuk memberi kesan ‘pelawasan’ selepas pengambilan prun. Pelbagai produk prun telah dikeluarkan oleh pelbagai syarikat untuk memanfaatkan hidup kita. Marilah kita tengok produk-produk prun yang kita boleh dapat di pasaran Malaysia. 

Sunsweet Prunes Pitted

RM18.25

Dengan hakcipta ‘Amazing Prune!’, Sunsweet ini cukup terkenal untuk menyediakan prun yang sangat lazat! Ia menawarkan serat dari buah prun yang utuh, dengan hanya 100 kalori setiap hidangan! Selain itu, buah prun mempunyai indeks glisemik (GI) yang rendah membuatkan anda rasa berasa kenyang dengan lebih masa dan ianya sesuai untuk dimakan oleh penghidap diabetes yang memerlukan diet yang rapi. Nikmati lah buah prun yang semula jadi dengan penuh khasiat ini dalam bijirin, yogurt, salad dan juga di dalam sos anda! 

Biogreen Prune Enzymes 

RM19.80

Enzim prun ini diperbuat daripada prun organik dan madu enzim aktif yang membentuk padanan sempurna untuk melindungi tubuh anda dari bahaya penyakit. Ia mengandungi antioksidan, serat, enzim aktif, vitamin A, B kompleks dan pelbagai jenis mineral yang tinggi. Enzim yang berkhasiat ini membantu meningkatkan jumlah darah merah dan mempromosikan kemerahan kulit. Selain itu, ia memudahkan pencernaan makanan dan meningkatkan penyerapan makanan, meningkatkan sel darah putih yang membantu penyembuhan dan pembunuhan kuman. Membantu juga untuk meneutralkan cairan tubuh dan pH darah. Disyorkan untuk Individu yang mengalami masalah pencernaan yang lemah, keletihan, sembelit, dan anemia. 

Happy Baby Prunes 

RM12.90

Semestinya anda ingin memberi segala yang terbaik kepada bayi anda. Happy Baby Prunes ini dibungkus dengan rapi dan direka dengan teliti untuk menyediakan pilihan organik dan lazat untuk perjalanan pemakanan bayi anda. Resipi organik premium digunakan untuk pertumbesaran anak-anak anda. sangat sesuai dengan usia dan peringkat anak anda. Hebat untuk selera eksploratori pemakan Tahap 1, ia memperkenalkan bayi dengan keseimbangan buah-buahan dan sayuran organik yang sederhana dengan semua rasa baru yang bayi anda gemari! 

Brands InnerShine Pati Prun + Vitamin E 

RM31.70

InnerShine Prune Essence dengan Vitamin E tinggi serat dan mengandungi maltodekstrin (serat larut) yang mendorong pergerakan usus secara berkala. Kandungan Vitamin E juga membantu melindungi sel daripada pengoksidaan. Minum InnerShine Prune Essence untuk mengekalkan kesejahteraan keseluruhan dan membuat anda tidak berseri. Prun dari California mengalakkan sistem pencernaan yang sihat dan ia terbukti untuk melambatkan proses penuaan. Maltodekstrin pula mengawal dan meningkatkan kekerapan membuang air besar. Kandungan Vitamin E pula bertindak sebagai anti-oksidan untuk melindungi kulit. 

Yusuf Taiyoob Pitted Prunes 

RM9.50 

Pek ini mudah didapati di mana-mana sahaja dan sesuai dibawa ke mana-mana sahaja untuk menjadi kudapan dan snek. Buah prun ini mengandungi khasiat phytonutrient yang lebih dikenali sebagai phenols yang penting untuk mengelakkan penyakit kardiovaskular jantung. Ia juga mampu untuk mengelak diabetes dan obesiti dengan bantuan serat yang tinggi yang terkandung di dalam prun. Ia menjaga kadar gula dalah darah agar ia sentiasa berada di dalam paras yang normal. Tambahan pula, ia membantu untuk merendahkan tahap kolesterol di dalam badan dengan meyerap lemak di usus dan mempromosikan nyahtoksin. 

Fomec’s California Prune Extract 

RM45.00 

Fomec’s California Essence of Prune diekstrak dari buah prun semula jadi dan juga mengandungi oligofruktosa. Ianya organik – tidak mengandungi pewarna, perasa dan pengawet tiruan. Teksturnya membenarkan ia untuk dimakan begitu sahaja ataupun disapu di atas roti sebagai sarapan untuk memulakan hari anda! Ekstrak ini juga kaya dengan serat makanan dan Vitamin C untuk mempromosikan sistem pencernaan yang bagus serta menjaga kesejahteraan umum tubuh anda. 

Sunsweet Prune Juice 

RM21.50 

Setiap hidangan Sunsweet Amaz!n Prune Juice ini memberikan serat semula jadi yang dan menyediakan 5 vitamin dan mineral penting untuk membantu menyeimbangkan dan mengekalkan kesihatan pencernaan yang baik untuk membantu anda merasakan yang terbaik. Dipekkan di dalam botol, ianya ideal untuk menjadi salah satu hidangan sarapan pagi untuk anda yang mempunyai gaya hidup yang sibuk. 

Little Freddie Organic Pouches Apple 

RM16.90 

Pek ini mengandungi campuran epal dan prun yang hasil untuk kebaikan bayi anda. Menggunakan hanya produk organik, ianya bebas dari produk tenusu dan gluten. Campuran epal juga dicampurkan untuk memberikan rasa yang manis, sesuai dengan cita rasa bayi. Prun sangat sesuai untuk menjaga bayi anda secara teratur dan membawa rasa karamel manis ke dalam campuran ini, yang telah diimbangi dengan epal garing.

Lakewood Organic Pure Prune Juice

RM43.90 

Jus ini diperah daripada 100% buah prun segar. Ianya bebas daripada apa-apa pengawet membuatkan ia sempurna untuk memberikan khasiat yang sepenuhnya kepada badan anda. Mengandungi nutrien, vitamin dan mineral penting -nutrien mikro penting menyokong sistem pencernaan & membantu mengekalkan tahap kolesterol normal. Vitamin C, B2, B6 dan K membantu menyokong sistem imun untuk kesihatan badan dan vitaliti anda. Kandungan kalium pula baik untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan strok. 

Nu-lax Natural Laxative Tablets with Senna

RM41.50

Tablet pelawas semula Jadi NU-LAX ini menggunakan buah prun sebagai bahan utama. Ia memberikan kelegaan dalam masa semalaman dan meningkatkan keteraturan, menjadikan najis yang lebih lembut. Penambahan buah prun menjadikan formula ini unik, hanya ekstrak semula jadi telah ditambah di dalam tablet it. Prun sememangnya tinggi serat dan poliol, termasuk sorbitol, yang membantu mengatur fungsi sistem pencernaan. Sesuai untuk pemakan vegetarian kerana ianya bebas daripadai produk haiwan. 

prune


Tresor Earthfood Pitted Prunes 180g

RM7.96

Prun adalah sumber vitamin A yang hebat, vitamin yang penting untuk penglihatan yang sihat. Satu prun memberikan 3% pengambilan vitamin A. Pengambilan harian yang disyorkan.

prune


Brands Innershine Camu Camu Essence 42ml X 12s

RM62.73

BRAND’S® InnerShine® Prune Essence dirumus khas untuk memberikan lebih banyak faedah pemakanan dan detoksifikasi dengan formulasi baru yang telah disempurnakan dengan buah super dari hutan hujan Amazon yang disebut Camu Camu.

Kebaikan

  • Menggalakkan kesejahteraan dan kecantikan dari dalam.
  • Camu-camu dikenali sebagai buah dengan jumlah Vitamin C semula jadi tertinggi di dunia
  • Membantu memberi tenaga dan menguatkan sistem imun
  • Menjaga kesihatan mata dan kulit
  • Menyahtoksin badan untuk memberi anda kulit yang lebih berseri
  • Berkesan dalam membantu penghadaman
  • Bagus untuk mengatur dan meningkatkan kekerapan buang air besar
  • Sangat kaya dengan serat makanan
  • Berkesan dalam melambatkan proses penuaan
prune


Biogreen 100% Organic Prune Paste 510g

RM 103.00

Untuk kulit yang berseri, bercahaya dan usus yang sihat dan sihat, tambahkan makanan super antioksidan dan mineral penting ini ke dalam diet harian anda. Dibuat dari prun organik segar tanpa gula tambahan, Biogreen 100% Organic Prune Paste dapat dinikmati sebagai snek yang sihat dan berkhasiat.

  • Aktiviti antioksidan tertinggi di antara buah-buahan dan sayur-sayuran yang biasa dimakan
  • Sumber kalium dan magnesium: untuk fungsi normal sistem otot dan saraf
  • Sumber zat besi: komponen penting sel darah merah, melancarkan peredaran darah
  • Sorbitol dan serat: masukkan air ke dalam usus – menggalakkan pergerakan usus dan melegakan sembelit
  • Tanpa gula tambahan, sesuai untuk pesakit diabetes dan ibu mengandung.
prune


Earth Organic Dried Fruits & Nuts (280g/can)

RM17.90

  • Kualiti premium
  • Bebas gluten
  • Tanpa lemak
  • Tiada bahan pengawet
  • Saiznya kecil tetapi penuh dengan nutrisi
  • Meningkatkan tenaga anda
  • Pengambila serat tambahan dengan mudah
  • Snek sihat yang luar biasa
  • Ideal sebagai snek, baking, smoothie, pencuci mulut, sos dan salad
prune


Lohas Organic Dried Prunes (Pitted)

RM8.45

  • Prun adalah sumber vitamin A yang hebat, vitamin yang penting untuk penglihatan yang sihat
  • Tinggi Antioksidan
  • Jantung Sihat
  • Melegakan Sembelit
  • Perlindungan Terhadap Osteoporosis
  • Menggalakkan Kesihatan Rambut
  • Bagus untuk Kulit
  • Tiada bahan pengawet
  • Bebas gluten
  • Tinggi Serat
prune


Love Earth 180g

RM10.00

  • Sumber serat yang baik
  • Tinggi kalium dan vitamin
  • Menyediakan sumber zat besi yang baik
  • Membantu pencernaan, membina tulang dan otot
  • Mengurangkan kadar kolesterol dan menurunkan tekanan darah
  • Kurang risiko kanser kolon

Tagged: