gnc malaysia
GNC Malaysia merupakan pengeluar makanan kesihatan terbesar serta telah menjadi sumber yang dipercayai untuk suplemen fizikal dan nutrisi.

GNC Malaysia merupakan pengeluar makanan kesihatan terbesar serta telah menjadi sumber yang dipercayai untuk suplemen fizikal dan nutrisi. Ini merupakan senarai produk GNC Malaysia yang popular untuk anda.

Burn 60

Formula termogenik yang meningkatkan utilisasi sel tenaga, meransang metabolisma dan menggalakkan peningkatan aktiviti sel metabolik. Produk ini sering menjadi pilihan di kalangan individu yang menjaga badan dan peminat sukan. Ia memberikan tenaga dan sesuai untuk meningkatkan kualiti kesihatan.

TriFlex

Produk yang meningkatkan kesihatan sendi ini sangat sesuai untuk anda dengan masalah osteoartritis. Ia meningkatkan pergerakan dan kelenturan sendi serta membantu pembentukan semula rawan. Ia mengandungi gabungan glukosamin dan kondroitin iaitu komponen semula jadi yang ada pada tisu penghubung dan rawan sendi.

Lean Shake Classic

Shake penurun berat badan yang lazat lengkap dengan protein, serat, vitamin dan mineral yang berkualiti tinggi. Ia membantu menyokong pengurusan berat badan yang sihat serta memenuhi metabolisma yang sihat.

Masquelier’s French Pine Bark Extract

Mengandungi anti oksidan yang membantu meneutralkan lebihan radikal bebas dan toksin di dalam badan. Malah, produk ini sangat bagus untuk seluruh organ, otot dan tisu dalam badan kerana ia memberikan sokongan nutrisi yang kuat serta mengekalkan tahap kolagen.

Trimax Omega-3 Fish Oil

Kapsul minyak ikan dengan khasiat omega 3 yang tinggi. Diformulasikan dengan 100mg Coenzyme Q-10 yang membantu menyihatkan tubuh badan.

Lac Traut Collagen Drink

Memberikan anda kulit yang awet muda dan terhidrat. Mengandungi ekstrak rawan ikan yu, asid hialuronik dan vitamin yang membantu melembapkan kulit secara mendalam. Malah, kandungan asid amino di dalamnya membantu anda memperbaiki dan memulihkan masalah kulit.

Lac GastroRx IBS

Mengandungi ekstrak kiwi emas dan vitamin C yang menghilangkan ketidakhadaman dan memudahkan pergerakan usus. Di samping itu, mengurangkan simptom seperti kembung perut, sakit perut, usus kejang, cirit birit dan sembelit.

Acetyl-L-Carnitine

Suplemen kesihatan dalam bentuk kapsul 500mg ini menyokong fungsi tubuh yang memerlukan tenaga yang tinggi.

Lac Calcium Fit Junior

Jeli kalsium untuk kanak-kanak ini mengandungi kalsium lactate dan casein phosphopeptide yang meningkatkan penyerapan kalsium dengan lebih baik. Gigi dan tulang menjadi lebih sihat, serta masalah kaviti dapat dikurangkan. Malah, ia mengandungi serbuk rumpai merah iaitu sumber asli yang mengembalikan ketumpatan tulang.

Lac Super-i Junior

Jeli yang sedap untuk kanak-kanak dengan sumber nutrien yang penting untuk mata. Ia menyokong penglihatan yang sihat terutamanya penglihatan malam.

Mata dapat menyesuaikan tahap percahayaan serta memberikan penglihatan yang jelas dan tajam. Jeli berperisa beri ini juga mencegah jangkitan mata serta mengurangkan ketidakselesaan mata.

MuscleTech Hydroxycut Hardcore

Formula termogenik yang mengandungi campuran bahan semula jadi seperti teh hijau, guarana dan yerba mate. Ia menyokong pengurangan lemak serta membantu anda untuk menurunkan berat badan. Malah ia juga membantu meningkatkan tenaga.

L-Carnitine 1000mg

Suplemen kesihatan ini membantu metabolisma lemak serta memberikan tenaga. Ia juga melindungi otot lean dan membantu pemulihan selepas senaman.

Earth Genius Calming TonIQ

Tonik harian tanpa gluten, GMO serta pemanis tiruan. Meredakan keresahan, emosi terganggu serta rasa tidak tenang. Selain itu, ia meningkatkan kemampuan menangani stres serta mengurangkan kesan stres seperti masalah penghadaman, hilang selera, imuniti lemah, dan perubahan emosi serta kemarahan.

Lac Appetise Junior

Diformulasikan dengan L-Lysine, vitamin B kompleks, enzim penghadaman, probiotik dan ekstrak gentian yang meningkatkan selera anak anda yang sangat memilih makan. Memberikan nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat.

Lac Fullcal

Formula dalam bentuk serbuk ini membantu anda membentuk tulang dan gigi yang kuat. Magnesium di dalamnya meningkatkan penggunaan kalsium dalam badan dan menyokong saraf dan otot yang sihat.

Bandingkan produk untuk membantu anda memilih produk GNC Malaysia yang paling sesuai dengan keadaan anda. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor untuk menentukan produk yang bersesuaian.

SUMBER

https://www.gnclivewell.com.my/

https://en.wikipedia.org/wiki/GNC_(store)

Summary
15 Produk GNC Malaysia Yang Popular
Article Name
15 Produk GNC Malaysia Yang Popular
Description
GNC Malaysia merupakan pengeluar makanan kesihatan terbesar serta telah menjadi sumber yang dipercayai untuk suplemen fizikal dan nutrisi.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: