penyakit dikurangkan diet keto
Diet keto bukan sahaja boleh membantu mengurangkan berat badan, tetapi banyak lagi manfaat yang ditawarkan.

Penyakit dikurangkan diet keto menjadi punca mengapa diet keto semakin popular di kalangan masyarakat. Kajian awal mendapati bahawa diet yang tinggi kandungan lemak, rendah karbohidrat ini boleh memberikan kebaikan kepada beberapa keadaan kesihatan.

Walaupun sebahagian bukti tersebut adalah daripada kajian kes dan kajian haiwan, namun keputusan daripada kajian manusia juga boleh dipercayai.

Jadi, mari kita ketahui 15 penyakit dikurangkan diet keto daripada aspek kesihatan yang dapat diperoleh daripada diet ketogenik.

1. Epilepsi

Penyakit dikurangkan diet keto adalah Epilepsi. Epilepsi merupakan penyakit yang menyebabkan sawan kerana adanya aktiviti otak yang melampau.

Ubat anti-sawan dikatakan mampu membantu sesetengah individu dengan penyakit ini. Tetapi, ada juga di antara mereka yang tidak sembuh walaupun memakan ubat tersebut atau tidak boleh tahan dengan kesan sampingannya.

Jika dibandingkan aspek kesihatan yang boleh mendapat manfaat daripada diet keto ini, epilepsi boleh mendapatkan faedah terbanyak. Malah, terdapat banyak kajian telah dilakukan berkaitan hal tersebut.

Kajian juga menunjukkan bahawa kejadian sawan biasanya dapat dicegah dan disembuhkan dalam 50% pesakit epilepsi yang mengamalkan diet keto yang klasik. Ini juga dikenali sebagai nisbah 4:1 diet keto (4 kali ganda jumlah lemak berbanding gabungan protein dan karbohidrat).

Diet keto ini juga mungkin mempunyai kelebihan lain pada otak selain mengawal kejadian sawan.

Sebagai contoh, apabila pengkaji memeriksa aktiviti otak dalam kanak-kanak yang menghidap epilepsi, mereka menjumpai corak berlainan dalam 65% kanak-kanak yang mengikuti diet keto. Ini terbukti tanpa mengambil kira berapa banyak kejadian sawan yang pernah mereka alami.

2. Sindrom Metabolik

Penyakit dikurangkan diet keto seterusnya adalah sindrom metabolik. Sindrom metabolik atau kadangkala dikenali sebagai ‘pra-diabetes’ adalah dicirikan oleh ketahanan insulin.

Anda mungkin mempunyai sindrom metabolik sekiranya anda mempunyai salah satu daripada 3 ciri di bawah iaitu:

  • Pinggang yang besar – berukuran 35 inci (89cm) atau lebih pada wanita dan 40 inci (102cm) atau lebih pada lelaki.
  • Paras trigliserida (triglycerides) yang tinggi – 150 mg/ dL (1.7 mmol/L) atau lebih.
  • Kadar kolesterol HDL yang rendah – kurang daripada 40mg/ dL (1.04 mmol/ L) pada lelaki dan kurang daripada 50mg/ dL (1.3mmol/ L) pada wanita.

Individu dengan sindrom metabolik lebih berisiko menghidap penyakit kencing manis, penyakit jantung dan masalah serius lain yang berkaitan dengan ketahanan insulin.

Mujurlah pengamalan diet keto mungkin boleh merawat pelbagai aspek dalam sindrom metabolik ini. Kesan positif ini merangkumi tahap kolesterol yang lebih baik serta tahap gula dalam darah dan tekanan darah yang berkurangan.

Dalam satu kajian kawalan selama 12 minggu, individu dengan sindrom metabolik yang mengamalkan diet ketogenik telah menghilangkan 14% lemak badan mereka. Paras trigliserida (triglycerides) mereka juga menurun sebanyak lebih 50% serta mengalami kemajuan dalam aspek kesihatan yang lain.

3. Masalah Penyimpanan Glikogen

Individu dengan masalah penyimpanan glikogen (glycogen storage disease – GSD) kekurangan salah satu daripada enzim untuk menyimpan glukos (gula dalam darah) sebagai glikogen. Terdapat beberapa jenis GSD ini dan setiap satunya terjadi berdasarkan jenis enzim yang hilang.

Penyakit dikurangkan diet keto adalah masalah penyimpanan gilkogen. Biasanya, masalah ini didiagnosis semasa zaman kanak-kanak. Simptomnya juga berbeza mengikut jenis GSD dan boleh melibatkan pertumbuhan yang lambat, kadar gula yang rendah, kekejangan otot dan pembesaran hati.

Selain itu, pesakit GSD juga sering dinasihatkan untuk mengamalkan pemakanan yang tinggi dalam kandungan karbohidrat pada waktu makan agar glukos sentiasa ada dalam badan.

Walau bagaimanapun, kajian awal mendapati bahawa diet ketogenik ini mungkin boleh memberikan kebaikan kepada sesetengah individu yang mempunyai masalah penyimpanan glikogen ini.

Sebagai contoh, GSD III yang juga dikenali sebagai penyakit Forbes-Cori boleh menjejaskan hati dan otot. Oleh itu, diet keto ini mungkin membantu melegakan simptom dengan membekalkan keton yang boleh digunakan sebagai sumber tenaga alternatif.

Terdapat satu kes yang mana seorang individu lelaki yang menghadapi masalah penyimpanan glikogen telah mengamalkan diet keto selama setahun. Berdasarkan tahap kerja keras yang diperlukan, dia mengalami peningkatan sehingga 10 kali ganda dalam toleransi terhadap senaman.

Namun, kajian kawalan diperlukan untuk mengesahkan kelebihan yang berpotensi daripada diet keto.

4. Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)

Penyakit dikurangkan diet keto yang keempat adalah Sindrom ovari polisistik. Sindrom ovari polisistik merupakan penyakit yang berlaku kerana masalah hormon yang tidak berfungsi. Ini sering menyebabkan individu mendapat tempoh haid dan ketidaksuburan yang tidak tetap.

Salah satu cirinya adalah rintangan insulin. Kebanyakan wanita dengan masalah ini mengalami masalah obesiti dan susah untuk mengurangkan berat badan. Selain itu, mereka juga lebih berisiko untuk menghidap penyakit diabetes jenis 2.

Golongan ini malah lebih cenderung mendapat simptom yang boleh menjejaskan penampilan mereka seperti peningkatan bulu di wajah, jerawat dan tanda-tanda maskulin lain yang berkait rapat dengan peningkatan tahap testosteron.

Satu kajian selama 6 bulan dan melibatkan 11 wanita dengan sindrom ovari polisistik yang mengikuti diet keto ini telah mendapati kadar penurunan berat badan dengan purata 12%. Kerintangan insulin juga telah menurun sebanyak 54% manakala tahap hormon reproduktif pula telah meningkat. Malah, dua wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan juga telah berjaya hamil.

5. Diabetes

Penyakit dikurangkan diet keto seterjusnya adalah diabetes. Individu yang menghidap kencing manis biasanya akan mengalami pengurangan tahap gula dalam darah secara mendadak setelah mengikuti diet keto. Ini terbukti membantu bagi kedua-dua diabetes jenis 1 dan jenis 2.

Malah, banyak kajian kawalan menunjukkan bahawa diet rendah karbohidrat membantu mengawal kadar gula dalam darah. Dalam satu kajian selama 16 minggu, 17 daripada 21 individu yang mengamalkan diet keto berjaya berhenti atau mengurangkan dos ubat diabetes mereka. Peserta kajian juga kehilangan berat badan purata sebanyak 19 paun (8.7kg) dan berjaya mengurangkan saiz pinggang, tahap trigliserida dan tekanan darah.

Selain itu, dalam satu kajian selama 3 bulan yang membandingkan diet keto dengan diet pengambilan karbohidrat dengan sederhana, individu dalam kumpulan keto mempunyai anggaran penurunan sebanyak 0.6% dalam HbA1c. 12% daripadanya mencapai tahap HbA1c di bawah 5.7% yang dianggap sebagai normal.

6. Beberapa jenis kanser

Penyakit dikurangkan diet keto yang keenam adalah kanser yang merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan kematian di seluruh dunia.

Dalam beberapa tahun ini, kajian saintifik telah mencadangkan bahawa diet keto mungkin boleh merawat beberapa jenis kanser jika ia diamalkan bersama rawatan biasa seperti kemoterapi, radiasi dan pembedahan.

Ramai pengkaji juga telah mendapati bahawa peningkatan kadar gula dalam darah, obesiti dan jenis 2 diabetes boleh dikaitkan dengan kanser seperti kanser payu dara dan jenis kanser yang lain. Mereka juga berpendapat bahawa pengambilan karbohidrat yang terkawal bagi mengurangkan kadar gula dalam darah serta tahap insulin mungkin boleh mencegah pertumbuhan tumor.

Walau bagaimanapun, sesetengah pakar perubatan mempercayai bahawa diet keto mungkin lebih bermanfaat bagi kanser otak.

Kajian kes dan analisis data pesakit pula telah menemukan kemajuan yang baik dalam kebanyakan jenis kanser otak termasuklah ‘glioblastoma multiforme (GBM). GBM merupakan jenis kanser otak yang paling biasa dan paling agresif.

Satu kajian mendapati bahawa 6 daripada 7 pesakit GBM mempunyai respon sederhana terhadap diet keto yang tidak menyekat pengambilan kalori dibuat bersama penggunaan ubat anti-kanser. Pengkaji juga percaya bahawa diet itu adalah selamat tetapi mungkin tidak memberikan kesan yang diinginkan jika tidak digabungkan dengan rawatan lain.

Di samping itu, ada juga pengkaji yang melaporkan bahawa berlakunya pemeliharaan jisim otot dan kadar pertumbuhan tumor semakin perlahan dalam kebanyakan pesakit kanser yang mengikuti diet keto bersama dengan rawatan lain seperti radiasi dan terapi kanser yang lain.

Walaupun diet keto mungkin tidak mempunyai kesan yang besar dalam progres penyakit yang serius dan teruk, diet ini telah terbukti selamat untuk dilakukan dan berpotensi untuk memberikan kualiti hidup yang lebih baik.

7. Autisme

Masalah autisme merujuk kepada keadaan yang berlaku disebabkan masalah komunikasi, hubungan sosial dan dalam beberapa kes, kerana perlakuan yang berulang. Penyakit ini selalunya didiagnosis semasa zaman kanak-kanak dan dirawat dengan terapi percakapan dan terapi-terapi lain.

Kajian awal pada anak tikus mendapati bahawa diet keto mungkin boleh membantu memperbaiki corak perlakuan autisme. 

Penyakit autisme mempunyai beberapa ciri yang sama dengan penyakit epilepsi . Kebanyakan individu yang menghidap autisme boleh mendapat sawan yang berkaitan dengan aktiviti sel otak yang melampau.

Kajian menunjukkan bahawa diet keto mengurangkan stimulasi sel otak dalam model tikus yang menghidap autisme. Diet ini juga dilihat memberi kesan positif terhadap tingkah laku dan berlakunya perubahan dalam aktiviti sawan.

Sebuah kajian berdasarkan 30 kanak-kanak yang menghidap autisme telah mendapati bahawa 18 daripada mereka menunjukkan kesan positif terhadap simptom yang dialami setelah mengikuti diet keto selama 6 bulan.

Dalam satu kajian kes yang lain pula, seorang kanak-kanak perempuan yang menghidap autisme dan mengamalkan diet keto yang bebas daripada gluten dan produk tenusu selama beberapa tahun mengalami perubahan yang bagus. Ini termasuklah pengawalan berat badan dan peningkatan tahap IQ sebanyak 70 mata.

8. Penyakit Parkinson

Penyakit Parkinson merupakan penyakit sistem saraf yang berlaku kerana kekurangan molekul dopamin.

Kekurangan dopamin boleh menyebabkan beberapa simptom termasuklah rasa gementar, susah untuk duduk dengan betul, kekakuan dan masalah untuk berjalan dan menulis.

Memandangkan diet keto boleh memberikan kesan positif yang melindungi otak dan sistem saraf, ia sedang dikaji sebagai satu terapi tambahan yang berpotensi bagi merawat penyakit Parkinson.

Pemakanan mengikut diet keto diberikan kepada tikus yang menghidap penyakit ini menunjukkan adanya peningkatan dalam penghasilan tenaga, perlindungan terhadap kerosakan saraf dan boleh meningkatkan fungsi motor.

Dalam satu kajian, 7 individu dengan penyakit Parkinson mengamalkan diet ketogenik dengan nisbah 4:1. Selepas 4 minggu, 5 daripada mereka menunjukkan perubahan positif pada simptom yang dialami sebanyak 43%. Dengan itu, kesan positif diet keto pada pesakit Parkinson telahpun dibuktikan.

9. Obesiti

Banyak kajian menunjukkan bahawa diet ketogenik adalah lebih efektif bagi menangani masalah berat badan berbanding dengan diet yang mengehadkan kalori atau lemak.

Dalam satu kajian selama 24 minggu, peserta yang mengikuti diet keto (rendah karbohidrat) telah kehilangan lemak 2 kali ganda berbanding individu yang mengamalkan diet rendah lemak.

Selain itu, tahap trigliserida bagi kumpulan yang mengamalkan diet keto juga telah berkurangan manakala kolesterol HDL (kolesterol baik) pula telah meningkat. Kumpulan yang mengikuti diet rendah lemak pula menunjukkan penurunan yang sedikit dalam trigliserida dan juga penurunan dalam kolesterol HDL.

Keupayaan diet ketogenik untuk mengurangkan kelaparan adalah salah satu sebab mengapa ianya berkesan untuk menurunkan berat badan. Satu analisis besar telah mendapati bahawa diet keto membantu individu untuk kurang berasa lapar.

Malah, apabila pengamal diet keto dibenarkan untuk makan apa sahaja yang mereka mahu, mereka sebenarnya makan dengan kadar kalori yang sedikit. Ini berlaku disebabkan kesan ketosis yang menahan selera individu.

10. Sindrom Kekurangan GLUT1

Sindrom kekurangan GLUT1 iaitu pengangkut glukos merupakan sejenis masalah genetik yang jarang berlaku. Ia melibatkan kekurangan protein khas yang membantu mengalirkan gula dalam badan ke bahagian otak.

Simptom penyakit ini selalunya bermula selepas kelahiran dan merangkumi masalah pertumbuhan yang lambat, kesusahan untuk bergerak dan kadangkala, sawan.

Tidak seperti glukos, keton tidak memerlukan protein untuk mengalir daripada darah kepada otak. Oleh itu, diet keto memberikan sumber tenaga alternatif yang boleh digunakan oleh otak kanak-kanak secara efektif.

Selain itu, diet ketogenik sememangnya boleh membantu mengurangkan dan menyembuhkan gejala yang berlaku. Pengkaji telah melaporkan bahawa adanya penurunan dalam kejadian sawan, kemajuan dalam koordinasi otot, menjadi lebih berwaspada dan lebih senang untuk fokus bagi kanak-kanak yang mengamalkan diet keto.

11. Kecederaan kepala yang serius

Kecederaan kepala yang serius selalunya terjadi apabila kepala terhentak dalam kemalangan kereta atau terjatuh.

Ia boleh mengakibatkan kesan mendalam pada fungsi anggota badan, pengingatan dan personaliti seseorang. Tidak seperti kebanyakan sel pada organ-organ lain, sel otak yang tercedera sukar disembuhkan.

Memandangkan otak tidak bleh menggunakan gula akibat kecederaan kepala, diet ketogenik boleh memberi kebaikan kepada individu dengan masalah ini.

Berdasarkan kajian pada tikus, pengamalan diet keto selepas kecederaan otak mampu mengurangkan pembengkakan otak, meningkatkan fungsi motor dan mempercepatkan proses penyembuhan. Namun begitu, kesan ini didapati lebih banyak berlaku pada tikus yang lebih muda berbanding yang lebih tua.

12. Sklerosis Pelbagai

Sklerosis pelbagai boleh merosakkan penutup pelindung saraf. Ini boleh mengakibatkan masalah komunikasi antara otak dan badan. Simptom bagi keadaan ini biasanya melibatkan rasa kebas dan masalah berkaitan keseimbangan, pergerakan, penglihatan dan memori.

Satu kajian berkaitan sklerosis pelbagai menggunakan model tikus mendapati bahawa diet ketogenik dapat menyekat tanda keradangan. Masalah keradangan berkurangan itu seterusnya akan mendorong pada peningkatan memori, pembelajaran dan juga fungsi anggota badan.

Di samping itu, seperti masalah sistem saraf yang lain, masalah sklerosis ini boleh mengurangkan keupayaan sel untuk menggunakan gula sebagai sumber tenaga. Terdapat juga perbincangan bahawa diet keto berpotensi untuk membantu dalam fungsi pembelajaran dan fungsi fizikal bagi individu yang terjejas.

Seterusnya, kajian kawalan terbaru yang melibatkan 48 pesakit dengan pelbagai masalah sklerosis telah menemukan peningkatan ketara dalam kualiti kehidupan, kolesterol dan trigliserida. Ini didapati berlaku pada mereka yang mengikuti diet keto ataupun yang berpuasa selama beberapa hari.

13. Penyakit hati berlemak tidak beralkohol

Penyakit hati berlemak tidak beralkohol (nonalcoholic fatty liver disease – NAFLD) merupakan penyakit hati yang paling kerap berlaku.

Ia berkait rapat dengan kencing manis, sindrom metabolik dan obesiti. Tetapi, penyakit hati berlemak boleh disembuhkan dengan diet ketogenik.

Dalam satu kajian kecil, 14 lelaki gemuk (dengan masalah sindrom metabolik dan hadi berlemak) berjaya mengurangkan berat badan, tekanan darah dan enzim hati. Ini merupakan hasil baik setelah mengamalkan diet keto selama 12 minggu.

Apa yang lebih mengagumkan adalah 93% daripada keseluruhan peserta mempunyai penurunan lemak hati dan 21% daripadanya telah sembuh sepenuhnya daripada penyakit hati berlemak tidak beralkohol ini.

14. Penyakit Alzheimer

Penyakit Alzheimer adalah sejenis penyakit Demensia yang progresif. Ia berlaku kerana plak dan kekusutan di otak yang merosakkan memori.

Apa yang menarik adalah penyakit Alzheimer mempunyai ciri yang sama dengan penyakit epilepsi dan juga penyakit diabetes iaitu simptom sawan. Sawan terjadi apabila otak mengalami keradangan disebabkan oleh gangguan insulin.

Kajian haiwan menunjukkan bahawa diet ketogenik boleh meningkatkan keseimbangan dan koordinasi, dengan membekalkan keton. Ini boleh mengurangkan plak Amiloid dan juga mengurangkan beberapa gejala penyakit Alzheimer.

Sebagai contoh, satu kajian mengikuti perkembangan 152 pesakit Alzheimer yang mengambil kompaun MCT. Selepas 45 dan 90 hari, kumpulan ini menunjukkan peningkatan dalam fungsi mental sementara fungsi kumpulan ‘placebo’ mengalami penurunan fungsi mental.

15. Sakit kepala migrain

Sakit kepala migrain biasanya melibatkan kesakitan yang dahsyat serta sensitif terhadap cahaya dan berasa loya. Tetapi, migrain selalunya berkurangan selepas mengamalkan diet keto.

Satu kajian melaporkan bahawa adanya penurunan aktiviti migrain dan penggunaan ubat tahan sakit pada mereka yang mengamalkan diet keto selama sebulan.

Di samping itu, satu kajian kes menarik melibatkan 2 beradik yang mengamalkan diet ketogenik kitaran bagi mengurangkan berat badan telah melaporkan bahawa masalah sakit kepala migrain mereka hilang selepas 4 minggu. Namun, masalah tersebut kembali semasa kitaran diet normal selepas 8 minggu.

Walau bagaimanapun, kajian berkualiti tinggi diperlukan untuk mengesahkan keputusan kajian-kajian ini.

Mesej Khas Bagi Pengamal Keto

Diet keto masih dipertimbangkan sebagai rawatan bagi beberapa masalah kesihatan kerana potensi kesan positif terhadap kesihatan metabolik dan juga sistem saraf kita.

Walau bagaimanapun, kebanyakan keputusan ini memerlukan pengesahan melalui kajian berkualiti tinggi, termasuklah ujian kawalan secara rawak.

Dalam pada itu, diet keto hendaklah dijadikan sebagai terapi tambahan sahaja pada penyakit kanser dan penyakit-penyakit serius yang lain dengan pemantauan doktor atau penjaga kesihatan yang berkelayakan.

Harus diingatkan juga bahawa tiada sesiapa pun perlu mempertimbangkan diet ketogenik sebagai satu ubat untuk merawat sebarang penyakit atau masalah dengan sendirinya.

Namun begitu, potensi diet keto untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan kita sangatlah sukar untuk ditolak. Kalau ingin tahu, cara yang paling senang ialah mencubanya sendiri.

SUMBER

https://www.health.com/weight-loss/keto-diet-types

https://www.everydayhealth.com/ketogenic-diet/diet/health-conditions-it-may-help-and-definitely-wont/

https://www.vox.com/the-highlight/2019/7/25/18744359/keto-diet-weight-loss-diabetes

Summary
15 Masalah Dikurangkan Diet Keto
Article Name
15 Masalah Dikurangkan Diet Keto
Description
Banyak penyakit boleh dikurangkan oleh diet keto dan ini menjadi punca mengapa diet keto semakin popular di kalangan masyarakat.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: