manfaat avokado
Kebaikan avokado untuk kesihatan meliputi bertindak sebagai pembangkit syahwat, membantu merawat penyakit arthritis, membantu menguruskan diabetes, menggalakkan kesihatan kulit, mengurangkan berat badan, sumber fiber yang kaya, membantu meningkatkan profil kolesterol, meningkatkan penyerapan nutrisi berasaskan tumbuh-tumbuhan, menyokong kesihatan mata, mengandungi asid folik dan membantu fungsi hati.

Kebaikan avokado dari aspek kesihatan termasuklah bertindak sebagai pembangkit syahwat, membantu mengubati artritis, membantu menguruskan diabetes, menggalakkan kesihatan kulit, mengurangkan berat badan serta merupakan sumber yang kaya dengan fiber. Selain itu, avokado juga baik untuk menstabilkan tahap kolesterol, membantu meningkatkan penyerapan nutrisi berasaskan tumbuh-tumbuhan, membantu dalam kesihatan mata, mengandungi asid folik serta membantu hati berfungsi dengan lebih baik.

Apa itu avokado?

Terlalu banyak kebaikan dalam aspek kesihatan yang boleh didapati daripada avokado menjadikan ia salah satu buah terbaik di planet. Ya, avokado yang versatil ini adalah salah satu buah yang penuh dengan lemak yang baik dijumpai di planet ini. Berdasarkan penggunaannya dalam pelbagai resepi yang boleh menyerlahkan lagi rasa berkrim serta enak membuatkan sesiapa sahaja boleh mendapat kelebihan dengan pengambilan buah ini.

Adakah anda tahu bahawa istilah ‘Avokado’ berasal dari bahasa Nahuati yang digunakan oleh masyarakat Aztec dan mempunyai maksud bush zakar? Jika anda berfikir balik, ada alasan mengapanya ia bermaksud sedemikian dan ia akan diberi penerangan di bawah.

Avokado boleh berfungsi sebagai pembangkit syahwat

Ya, seperti yang diterangkan sebelum ini, istilah avokado berasal daripada bahasa yang digunakan oleh masyarakat Aztec dan bermaksud bush zakar. Apakah alasan di sebalik kejadian ini? Sebenarnya, avokado dipercayai mampu meningkatkan syahwat dengan kuat. Meskipun ia bukanlah pembangkit syahwat sebenar seperti yang diperkatakan, ia masih mempunyai kegunaannya tersendiri. Avokado adalah buah yang kaya dengan lemak tepu, bermakna ia penting untuk proses sintesis testeron. Ia juga bukanlah satu kebetulan apabila diet moden dilihat memerlukan pengambilan lemak yang terhad dengan kadar testeron yang rendah yang juga menyebabkan nafsu seks yang rendah. Jadi, disebabkan itulah avokado dikatakan mampu menjadi pembangkit syahwat.

Avokado boleh merawat artritis

Penyakit osteoartritis dan rheumatoid artritis yang kronik adalah penyakit yang boleh menyebabkan ketidakselesaan bagi pesakit artritis. Meskipun pengambilan ubat di kaunter dapat memberi kelegaan buat sementara, namun ubat itu tidak mampu memberi jalan penyelesaian yang tetap. Justeru itu, avokado mengandungi kompaun bagi membantu melegakan kesakitan dan keradangan yang berlaku kerana penyakit artritis ini. Meskipun sukar untuk mengatakan berapa banyak avokado yang perlu diambil bagi mendapatkan kesan efektif sebegitu, pengambilan avokado sebiji sehari dapat membantu melegakan kesakitan kerana lemaknya bertindak sebagai kusyen pada tisu-tisu di antara sendi anda.

Membantu menguruskan hal kencing manis

Mengawal diabetes bukanlah satu hal yang mudah malah tiada makanan yang ada mampu membantu mengatasi masalah ini. Ramai yang mencari sumber karbohidrat terbaik tetapi masih tidak mencukupi bagi melawan penyakit ini. Walau bagaimanapun, avokado bukanlah sumber karbohidrat biasa kerana mereka mengandungi banyak lemak yang baik yang berfungsi memperlahankan penyerapan gula ke dalam saluran darah.

Memandangkan diabetes jenis 2 juga mempunyai sensitiviti insulin yang rendah, tindakan melambatkan penyerapan gula adalah tindakan yang bagus kerana memberi banyak masa pada insulin untuk memproses karbohidrat.

Meningkatkan kesihatan kulit

Sekiranya anda mengalami masalah kulit kering atau sekiranya anda merasakan bahawa kulit anda boleh jadi lebih baik, maka avokado adalah peneman setia anda. Avokado adalah buah yang penuh dengan lemak mesra kulit dan antioksidan vitamic C dan vitamin E. Vitamic C akan terlibat dalam sintesis kolagen bagi memastikan kulit anda nampak sihat dan kekal lembuat bertahun lamanya. Lemak dalam avokado juga membantu mengukuhkan strukur pada kulit, jadi kelembapan kulit anda tidak hilang dengan cepat.

Avokado bantu hilangkan berat badan

 

Kita semua memang perlu membuang sedikit lemak di badan, jadi apa-apa yang boleh membantu proses ini adalah sangat membantu. Apabila sesuatu perkara melibatkan lemak, ramai yang menjadi takut dan menerima informasi yang salah. Sebenarnya, lemak tidak semestinya menyebabkan berat badan anda naik meskipun ia boleh menghasilkan lebih banyak kalori per gram jika dibandingkan dengan nutrien makro. Avokado, bagaimanapun membantu mengurangkan selera makan dan mengurangkan pengambilan kalori anda sepanjang hari. Tambahan pula, apabila avokado ditambah dalam makanan, anda akan rasa kenyang buat masa yang lama dan dapat menghalang diri daripada mengambil makanan yang berlemak.

Avokado kaya dengan fiber

Ramai orang gagal mendapatkan fiber yang secukupnya dalam diet mereka dengan alasan yang berbeza-beza. Kebiasaannya, ia berlaku kerana mengambil makanan berproses dengan terlalu banyak serta tidak mengambil makanan yang sihat secukupnya. Jika anda tidak gemar makan sayur-sayuran, masih ada harapan lagi buat anda. Avokado mengandungi fiber yang penting; larut atau tidak larut. Fiber jenis larut memainkan peranan penting dalam menyokong microbome daripada usus manakala fiber jenis tidak menyokong kerja yang dilakukan itu. Kedua-duanya mempunyai peranan penting, jadi amat penting bagi kita mendapatkan kedua-dua jenis fiber ini setiap hari.

Menstabilkan tahap kolesterol

Melalui diet pemakanan yang tidak teratur ditambahkan pula dengan bahan kompaun yang rendah kualiti lemak dan gula merupakan cara terpantas mendapatkan penyakit jantung. Sungguhpun begitu, tidak semua lemak itu adalah jahat. Sebenarnya, lemak adalah penting dan diperlukan untuk mendapatkan kesihatan yang baik termasuk kesihatan pada jantung serta membantu menstabilkan tahap kolesterol pada tahap normal.

Pengambilan avokado yang kerap membantu meningkatkan aspek terbaik bagi kolesterol yang dikenali sebagai HDL. Aspek yang harus direndahkan pula akan menjadi rendah seperti kadar kolesterol jenis LDL dan triglycerides. Jika anda mengalami keadaan hiperlipidemia, adalah baik sekiranya anda mengambil lemak sihat daripada avokado yang dapat mengurangkan lemak tiruan dan karbohidrat bagi mendapatkan keberkesanan yang maksima.

Meningkatkan penyerapan nutrisi pada makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan

Meskipun buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan nutrisi, tahukah anda bahawa nutrisi itu mudah disabotaj? Ya, buah-buahan serta sayur-sayuran sebenarnya telah mempunyai mekanisme sabotaj itu dalam diri mereka iaitu dalam bentuk fiber. Meskipun fiber penting dalam sebahagian diet anda, namun ia boleh menjadi masalah apabila ia menjejaskan penyerapan pelbagai ‘phytochemicals’ yang ada pada makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan. Jadi, apakah cara terbaik untuk mengatasi masalah ini? Makanlah lemak yang baik kerana lemak itu bertindak sebagai pembawa molekul yang membantu memindahkan nutrisi lemak larut yang tidak digunakan sepenuhnya menjadi ‘sampah’. Ini juga menjelaskan situasi yang biasa berlaku akibat kekurangan pengambilan nutrisi bagi mereka yang mengehadkan pengambilan lemak atau mereka yang mengamalkan diet vegan.

Baik untuk meningkatkan kesihatan mata

Avokado meningkatkan penyerapan nutrisi yang penting bagi menjamin kesihatan yang baik. Ia juga mengandungi antioksidan yang diperlukan mata iaitu lutein dan zeaxanthin. Kedua-dua antioksidan ini berjaya membuktikan keupayaan masing-masing dalam mengurangkan pembinaan katarak, memperlahankan degenerasi otot-otot dan saraf di mata serta meningkatkan penglihatan waktu malam. Kesemua ini sangatlah penting terutama bagi kita yang makin berusia.

Mengandungi asid folik yang penting

Asid folik amat penting dalam proses replikasi DNA yang berlaku pada semua manusia dan ia menjadi semakin penting sewaktu wanita mengandung. Justeru itu, amat digalakkan bagi wanita mengandung untuk makan makanan tambahan yang mengandungi asid folik dan avokado adalah sumber terbaik. Asid folik boleh membantu mengelakkan kecacatan pada janin yang sedar membesar dalam rahim yang dipanggil spina bifida.

Meningkatkan fungsi hati yang sihat

Hati merupakan salah satu organ yang penting. Meskipun ia boleh memperbaiki dirinya sendiri, namun itu tidak bermaksud anda boleh mengambil kesempatan ke atas keadaan itu. Cara yang terbaik bagi menyokong organ hati yang telah bekerja keras buat anda selama ini adalah dengan memastikan bahawa ia berfungsi secara optimum. Avokado dapat membantu mengurangkan penyakit hati berlemak yang berlaku kerana pembinaan kolesterol dan triasilglyceride pada darah juga. Selain itu, avokado boleh meningkatkan sintensis anti-oksida glutathione dalam badan untuk melindungi anda daripada radikal yang bebas.

Avokado membantu mengatasi masalah mulut berbau

Avokado mengandungi flavonoid yang boleh menghalang pembiakan bakteria dan kulat dalam mulut serta mengurangkan pembentukan halitosis dengan efektif. Avokado juga boleh membantu mengurangkan ulser mulut.

Mempercepatkan kesembuhan pada luka

Avokado membantu mempercepatkan kesembuhan luka-luka di tubuh badan dengan memodulasikan aktiviti dalam sistem imun. Avokado memastikan semua luka dibaiki dalam tempoh masa yang sekata dan membantu merawat luka dengan cepat.

Avokado mengatasi emosi yang kurang baik

Disebabkan kandungan asid folik yang padat dalamnya, avokado melawan kesan negatif yang berlaku kerana kompaun homocyteine. Kompaun ini mengurangkan penghasilan dopamine dan serotonin, iaitu sejenis neurotransmitter yang memberi kesejahteraan pada kehidupan manusia.

Membantu meningkatkan kesihatan tulang

Tisu tulang memerlukan mineral kalsium, zink, magnesium, potasium, vitamin D dan vitamin K bagi membentuk dengan sempurna. Avokado mengandungi kesemua nutrisi tersebut terutamanya vitamin K yang sukar didapati dalam makanan. Kekerapan mengambil avokado berserta dengan senaman akan membantu kita mendapatkan kepadatan tulang yang sihat.

Langgani buletin kami dan dapatkan berita terbaru mengenai kesihatan serta promosi-promosi rakan kami.

Summary
15 Kelebihan Avokado Untuk Kesihatan
Article Name
15 Kelebihan Avokado Untuk Kesihatan
Description
Kebaikan avokado dari aspek kesihatan termasuklah bertindak sebagai pembangkit syahwat, membantu mengubati artritis, membantu menguruskan diabetes, menggalakkan kesihatan kulit, mengurangkan berat badan serta merupakan sumber yang kaya dengan fiber.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *