Kalori minuman
Anda pernah mengira atau tidak kalori minuman tersebut sebelum memesannya ? Minuman panas, sejuk, blended, jus, boba, shakes antara pilihan rakyat Malaysia

Anda pernah mengira atau tidak kalori minuman tersebut sebelum memesannya ? Minuman panas, sejuk, blended, jus, boba, shakes antara pilihan rakyat Malaysia setiap kali memesan minuman di kedai makan atau restoran.

Memanglah manis, sedap dan menyejukkan tetapi sedarkah kita minuman bergula ini menyumbang kepada jumlah kalori dalam pemakanan kita?

Kalori adalah ukuran tenaga. Dalam istilah nutrisi, kalori merujuk kepada tenaga yang diperolehi manusia daripada makanan yang diambil. Kemudian, tenaga tersebut digunakan bagi tujuan aktiviti fizikal.

Kebanyakkan orang hanya mengaitkan kalori dengan makanan dan minuman tetapi sebenarnya apa-apa yang melibatkan tenaga adalah kalori.

Terdapat dua jenis kalori:

  • Kalori kecil (cal) – jumlah tenaga yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1g air pada 1 darjah Celcius
  • Kalori besar (kcal) – jumlah tenaga yang diperlukan untuk menaikkan 1kg air pada 1 darjah Celcius. Ia juga dikenali sebagai kalori kilo.

Gula tambahan adalah bahan yang paling jahat di dalam diet moden. Ia memberikan anda kalori tanpa tambahan nutrien yang boleh merosakkan metabolisma dalam jangka panjang.

Pengambilan minuman bergula secara berlebihan boleh menyebabkan berat badan naik dan penyakit seperti obesiti, diabetes dan penyakit jantung. Ini merupakan kiraan kalori bagi pemanis minuman seperti gula atau susu pekat:

  • 1 sudu teh gula (4.5 gram gula) – 17 kalori
  • 1 sudu besar susu pekat – 55 hingga 62 kalori

Jadi apa tunggu lagi? Ini merupakan senarai 15 kalori minuman kegemaran rakyat Malaysia untuk rujukan anda.

1. Air kelapa

Sering diminum daripada kelapa muda, memberikan rasa yang menyejukkan dan dikatakan sangat sesuai diambil apabila demam atau mengalami demam campak.

Kalori minuman ini adalah sebanyak 60 kalori tanpa isi kelapa, manakala 1000 kalori dengan isi kelapa.

2. Caramel Macchiato Starbucks

Rasa pekat kopi seperti latte vanila dengan rasa karamel. Penggemar kopi pasti mencubanya walaupun sekali, ia mengandungi 260 kalori bergantung pada saiz, jenis susu, tambahan whip cream atau tidak serta tambahan topping lain.

3. Teh O Ais Limau

Teh pekat yang ditapis, 2 sudu gula bergantung pada tahap kemanisan kemudian ditambah dengan perahan limau. Rasa masam manis ini pastinya melegakan tekak anda pada waktu tengah hari yang panas. Kalori minuman Teh O Ais Limau ini sebanyak 120 kalori.

4. Milo Ais

Milo Ais dengan rasa coklat yang pekat, mempunyai pelbagai variasi seperti milo o, milo tabur, milo dinosaur bagi memenuhi selera Malaysia. Tidak dinafikan, ini merupakan minuman yang paling berkalori dengan kandungan gula dan susu pekat yang banyak untuk rasa pekat dan manis. 414 kalori bagi secawan 200ml.

5. Teh Tarik

Sering diminum panas dengan teh yang pekat dibancuh bersama susu pekat dan gula. Ditarik beberapa kali menghasilkan buih di atasnya. Segelas teh tarik ini mengandungi 237 kalori. Berapa banyak kalori minuman yang anda dapat jika tiap hari anda mengambilnya? Banyak juga kan?

6. Coca Cola

Siapa tak kenal jenama seluruh dunia ini? Minuman berkarbonat ini sering ditemui di mana-mana kedai serta restoran makanan segera. Cendol yang memberi anda 140 kalori.  dan penyumbang kepada penyakit yang anda tidak ingini.

7. Air Tebu

Siapa tak suka air tebu? Diperah segar daripada buah tebu. Ia digemari walau sejuk atau suam, kalori minuman bagi air tebu ini adalah sebanyak 110 kalori.

8. Sirap bandung

Sirap merah dibancuh bersama susu pekat, kadang-kadang dicampur bersama cincau. Si merah jambu ini mempunyai peminat tersendiri. Secawan air sirap bandung ini mengandungi 150 kalori.

9. Nescafe Ais

Peminat kopi pasti kenal jenama Nescafe ini. Serbuk Nescafe dibancuh bersama susu pekat ini bertambah kaw dengan tambahan sudu susu pekat. Hati-hati walaupun kopi bagus untuk anda tetapi apabila ditambah gula dan susu ia boleh mengandungi kalori sebanyak 215 kalori.

10. Susu Soya

Perahan susu soya tanpa gula tambahan memberi pelbagai khasiat kepada peminumnya namun hati-hati ia mungkin mengandungi gula tambahan.

Namun begitu, segelas susu soya pekat tanpa gula dengan 50 kalori, manakala jika dicampur bersama gula memberi anda 110 kalori.

11. Soya Cincau

Tadi kita lihat kalori bagi soya tanpa cincau. Susu soya anda boleh ditemui dalam variasi bersama cincau. Segelas soya cincau 500 ml memberi anda sehingga 300 kalori. Bergantung juga jika cincau tersebut tanpa gula atau cincau manis dengan gula tambahan.

12. Cendol

Manisan kegemaran rakyat Malaysia, dengan ais hancur, cendol yang mewah, kacang buah pinggang, santan dituang ke atasnya serta limpahan gula merah untuk tambahan rasa manis.

Cendol yang memberi anda 140 kalori. Belum ditambah dengan durian di atasnya, bertambah la kalorinya juga.

13. Jus Buah

Anda sebenarnya tertipu dengan helah bahawa jus buah ini sangat baik dengan anda tetapi  penjual mungkin menambah beberapa sudu gula di dalam jus buah-buahan anda.

Dan ini bukan lagi minuman yang sihat, jadi hati-hati! Kalori yang dikira berdasarkan segelas jus tembikai adalah sebanyak 280 kalori.

Bagi mendapatkan khasiat yang sebenar, anda boleh memilih untuk membuat sendiri jus buah di rumah tanpa gula!

14. Kopi Latte

Bagi peminat kopi yang lebih sukakan rasa kopi yang manis dan bau kopi yang harum pasti memilih latte sebagai pilihan. Penggunaan susu yang banyak di dalamnya memberikan anda 160 kalori.

Bagi pilihan kopi yang lebih sihat adalah Kopi O kosong iaitu tanpa kalori. Namun begitu, jika anda tidak lalu untuk meminumnya disebabkan rasa pekatnya dan memilih Kopi O ia mengandungi gula jadi jumlah kalorinya adalah sebanyak 60 kalori.

15. Boba Tea

Menjadi pilihan warga Malaysia kini kerana rasa uniknya terutama apabila ditambah boba atau pearl. Jumlah kalori bergantung pada jumlah gula dan karbohidrat yang ada di dalamnya.

Standard 16 aus pearl milk tea mengandungi 278 kalori.

Berdasarkan ukuran sudu teh, gula di dalamnya bersamaan dengan 16 kalori. Anggaran 16 auns air adalah 22 g gula iaitu 5.5 sudu teh, ia bermakna 88 kalori di dalam 16 auns air datang daripada pemanis.

Jumlah susu berubah bergantung pada semanis mana minuman boba anda serta pilihan susu anda. Susu mempunyai 161 kalori berdasarkan 8 auns cawan dan 12 g gula.

Jadi, buat pilihan yang bijak dalam memilih minuman anda. Dan pastinya air kosong atau air sejuk adalah pilihan minuman yang memenuhi keperluan air dalam badan anda serta tanpa kalori!

SUMBER

https://www.healthline.com/nutrition/how-much-sugar-per-day#section2

https://www.livestrong.com/article/295626-how-many-calories-are-in-one-gram-of-sugar

https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2018/06/29/10-drinks-malaysians-love-and-its-shocking-calorie-count

https://kevinzahri.com/panduan-kalori-17-minuman-popular-malaysia/

https://www.livestrong.com/article/321549-how-many-calories-are-in-pearl-milk-tea/

Summary
15 Kalori Minuman Kegemaran Rakyat Malaysia
Article Name
15 Kalori Minuman Kegemaran Rakyat Malaysia
Description
Anda pernah mengira atau tidak kalori minuman tersebut sebelum memesannya ? Minuman panas, sejuk, blended, jus, boba, shakes antara pilihan rakyat Malaysia
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: