14 Khasiat Menakjubkan Buah Delima
Buah delima adalah salah satu makanan sunnah yang berwarna merah dan mempunyai rasa yang manis.

Buah delima adalah salah satu makanan sunnah yang berwarna merah dan mempunyai rasa yang manis. Berikut adalah beberapa khasiat menarik buah delima.

1. Antioksidan

Delima telah dimakan dan digunakan sejak berdekad lamanya atas sebab manfaat kesihatan yang terkandung dalamnya. Sehingga kini, jus buah delima adalah sebahagian daripada diet yang sihat.

Warna merah terang pada benih buah delima berasal dari polifenol. Bahan kimia ini merupakan sejenis antioksidan yang kuat.

Tambahan lagi, jus delima mengandungi tahap antioksidan yang lebih tinggi daripada kebanyakan jus buah-buahan lain. Ia juga mempunyai tiga kali ganda lebih banyak antioksidan berbanding teh hijau. Antioksidan dalam jus delima boleh membantu membuang radikal bebas, melindungi sel-sel daripada kerosakan, dan mengurangkan keradangan.

2. Vitamin C

Jus delima sahaja mempunyai sebanya 40 peratus daripada keperluan harian vitamin C anda. Namun begitu, vitamin C boleh dipecahkan setelah dipasteurisasi, jadi anda perlu minum jus delima buatan sendiri untuk mendapatkan sebahagian besar nutrien.

3. Pencegah kanser

Baru-baru ini, jus delima menjadi terkenal apabila penyelidik mendapati bahawa ia boleh membantu menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser prostat. Walaupun banyak kajian yang telah dijalankan tentang kesan jus pada kanser prostat, keputusannya adalah masih awal untuk disahkan.

Walaupun tidak ada kajian jangka panjang terhadap manusia yang membuktikan bahawa jus buah delima menghalang kanser atau mengurangkan risiko, menambahkannya ke dalam diet anda masih memberikan pelbagai manfaat lain kepada anda. Terdapat hasil memberangsangkan dalam kajian sehingga setakat ini, dan kajian yang lebih besar kini sedang dilakukan.

4. Perlindungan terhadap penyakit Alzheimer

Kepekatan antioksidan dalam jus buah delima dipercayai boleh mencegah penyakit Alzheimer dan melindungi ingatan anda.

5. Membaiki sistem pencernaan

Jus delima berkesan untuk mengurangkan keradangan dalam usus dan melancarkan sistem pencernaan. Bahkan, ia juga mungkin akan memberi manfaat kepada individu dengan penyakit Crohn, kolitis ulseratif, dan penyakit usus radang lain.

Walaupun terdapat penyelidikan yang saling bertentangan tentang manfaat jus delima terhadap cirit-birit, kebanyakan doktor mengesyorkan amda mengelakkannya sehingga anda merasa lebih baik dan simptom anda telah reda.

6. Anti-radang

Jus delima merupakan sejenis buah berciri anti-radang yang kuat oleh kerana kepekatan antioksidannya yang tinggi. Ia boleh membantu mengurangkan keradangan di seluruh badan dan mencegah tekanan dan kerosakan oksidatif.

7. Membantu masalah Arthritis

Flavonols dalam jus delima boleh membantu menghalang keradangan yang menyumbang kepada kerosakan osteoartritis dan tulang rawan. Jus delima  kini sedang dikaji untuk kesannya terhadap osteoporosis, rheumatoid arthritis, dan jenis-jenis lain arthritis dan radang sendi.

8. Mencegah penyakit jantung

Jus delima adalah jus yang paling sihat. Ia dianggap boleh melindungi jantung dan arteri.

Kajian kecil menunjukkan bahawa jus delima dapat meningkatkan aliran darah dan memelihara arteri anda daripada menjadi kaku dan tebal. Selain itu ia juga boleh memperlahankan pertumbuhan plak dan penumpukan kolesterol dalam arteri. Tetapi delima boleh bertindak balas negatif dengan tekanan darah dan ubat kolesterol seperti statin.

Pastikan anda berbincang dengan doktor dahulu sebelum mengambil jus atau suplemen ekstrak delima.

9. Menurunkan tekanan darah

Minum jus buah delima juga boleh membantu menurunkan tekanan darah sistolik. Kajian menyeluruh mengenai ujian terkawal yang dijalankan secara rawak telah menyatakan bahawa ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan jantung sekiranya anda minum jus delima setiap hari.

10. Antiviral

Mengandungi vitamin C dan nutrien yang meningkatkan imun yang lain seperti vitamin E, jus delima boleh mencegah penyakit dan melawan jangkitan. Buah delima telah dikaji mempunyai ciri antibakteria dan antiviral dalam ujian makmal. Ia masih dikaji untuk mengesahkan kesannya terhadap jangkitan umum dan virus.

11. Kaya dengan vitamin

Selain vitamin C dan vitamin E, jus delima merupakan sumber penting bagi folat, kalium, dan vitamin K yang baik.

Sama ada anda memutuskan untuk menambah delima ke dalam diet harian anda atau hanya meengambilnya secara biasa sahaja, seeloknya semak label jus delima terlebih dahulu untuk memastikan jus yang diminum adalah 100 peratus jus delima tulen, tanpa sebarang gula tambahan. ‘

12. Menguatkan ingatan

Minum jus delima setiap hari boleh memperbaiki pembelajaran dan meningkatkan ingatan, menurut satu kajian baru-baru ini.

13. Meningkatkan daya tahan dan prestasi sukan

Jus delima merupakan penambah prestasi sukan yang baru. Jus ini berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan meningkatkan kekuatan. Selain itu, ia juga mengurangkan kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh senaman.

14. Mengawal kencing manis

Delima secara tradisional digunakan sebagai ubat untuk penyakit kencing manis di negara-negara Timur Tengah dan India. Namun begitu, masih banyak yang belum diketahui tentang kesan delima terhadap penyakit kencing manis. Ia boleh membantu mengurangkan rintangan insulin dan mengawal kadar gula darah yang lebih rendah.

Sumber

https://www.medicalnewstoday.com/articles/318385

https://www.healthline.com/nutrition/12-proven-benefits-of-pomegranate

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-392/pomegranate

https://www.everydayhealth.com/diet-nutrition/diet/pomegranates-nutrition-health-benefits-how-eat-more

Summary
14 Khasiat Menakjubkan Buah Delima
Article Name
14 Khasiat Menakjubkan Buah Delima
Description
Buah delima adalah salah satu makanan sunnah yang berwarna merah dan mempunyai rasa yang manis dan semestinya berkhasiat buat kesihatan!
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: