cara hilangkan sakit gigi

Sakit gigi merupakan salah satu penyakit yang mengilukan selagi tidak jumpa cara hilangkan sakit gigi.

Lagi-lagi apabila gusi terasa berdenyut hingga ke kepala. Nak buat satu kerja pun tergendala kerana menahan sakit yang amat sangat. Aduh, tak dapat nak bayangkan sakitnya tu!

Jika anda mengalami sakit gigi, Langkah pertama yang anda perlu ambil adalah ketahui punca yang menyebabkan timbul rasa sakit gigi.

Dari situ, anda dapat menentukan apa yang perlu dibuat berdasarkan masalah yang dialami. Malah, lebih efektif dan jimat masa.

Sekiranya gejala anda berlanjutan sehingga melebihi 1 atau 2 hari, apa yang anda perlu lakukan adalah segera berjumpa dengan doktor gigi.

Doktor gigi akan terus membuat pemeriksaan terhadap gigi anda.

Namun, jika anda sedang hamil atau menyusu atau mempunyai penyakit lain, pastikan anda mendapat khidmat nasihat dari doktor terlebih dulu sebelum mengambil apa-apa ubat tahan sakit.

Punca Sakit Gigi

Gigi rosak penyebab sakit gigi adalah biasa. Kerosakan gigi boleh menyebabkan karies gigi atau kaviti jika seseorang individu tidak mendapatkan rawatan.

Kaviti adalah kerosakan gigi yang disebabkan oleh asid dari bakteria. Bakteria inilah yang menembusi enamel dan merosakkan tisu sekitar gigi.

Jika terkena saraf, ia akan menyebabkan rasa sakit dari biasa dan hingga boleh jadi parah.

Selain itu, jangkitan sinus juga boleh menyebabkan sakit gigi pada sesetengah orang.

Gejala seperti sakit dan tekanan dari jangkitan mungkin lebih menyakitkan pada waktu malam.

Antara penyebab sakit gigi yang lain adalah seperti berikut.

  • Kehilangan filling gigi
  • Gusi bernanah
  • Trauma pada rahang
  • Gigi bongsu atau gigi kekal
  • Makanan tersekat di gigi atau gusi
  • Penyakit gusi
  • Berlaku pengeseran secara paksaan antara permukaan occlusal gigi bawah dan gigi atas pada waktu malam.

Kenapa gigi lebih sakit pada waktu malam?

Sakit gigi boleh jadi menyakitkan pada waktu siang, tetapi semakin teruk pada waktu malam.

Salah satu sebab perkara ini berlaku adalah kerana ketika seseorang sedang berbaring, darah mengalir ke kepala.

Darah tambahan di kawasan ini dapat meningkatkan rasa sakit dan tekanan yang dirasakan akibat sakit gigi.

Sebab lain mengapa banyak kesakitan terasa lebih teruk pada waktu malam adalah kerana terdapat sedikit gangguan.

Sebab itu seseorang sukar tidur dengan lena.

Berikut merupakan 13 cara untuk hilangkan sakit gigi dengan mudah. Anda boleh mencubanya di rumah!

13 Cara Hilangkan Sakit Gigi

Ini adalah 13 cara yang boleh anda lakukan untuk hilangkan kesakitan yang anda alami.

1. Tuam Dengan Ais

Teknik ini mudah dan berkesan untuk menghilangkan rasa sakit gigi.

Anda hanya perlu tuamkan ais di sekitar gigi yang sakit. Biarkan selama 20 minit.

2. Kumur Dengan Air Garam

Caranya, anda perlukan 1 cawan air panas dan larutkan sesudu garam. Tunggu sehingga suam.

Kemudian, kumur berulang kali kerana ia juga merupakan pembasmi kuman yang sangat baik untuk membersihkan gigi anda tetapi awas jangan tertelan air garam itu ya. Masin!

3. Gunakan Hidrogen Peroksida

Sama seperti kumur dengan air garam, hidrogen peroksida juga digunakan membasmi bakteria dan mengurangkan rasa bengkak gusi.

Cara ini sangat berkesan untuk gusi berdarah atau sakit gigi yang disebabkan jangkitan.

Untuk menggunakannya, campurkan hidrogen peroksida sebanyak 3% ke dalam air, kacau dan siap digunakan untuk berkumur selama 30 saat sebelum diludahkan.

4. Cengkih

Bunga cengkih adalah salah satu rempah ratus yang mempunyai 1001 khasiat.

Ia mengandungi bahan antiseptic iaitu eugenol.

Ada 2 cara untuk menggunakan cengkih sebagai rawatan sakit gigi. Anda boleh gigit cengkih di tempat yang sakit atau mencampurkannya dengan sedikit air.

Minyak sireh tersebut boleh digunapakai untuk tujuan berkumur.

5. Teabag Tanin

Tanin adalah polifenol larut air yang terdapat dalam uncang teh.

Ia bertindak sebagai bahan antiseptik yang boleh menyembuhkan sakit gigi.

Caranya, anda hanya perlu gunakan the tannin yang suam dan letakkan pada gigi yang sakit.

6. Minyak Pokok Teh, Thyme dan Pudina

Ketiga-tiga minyak dari jenis yang berbeza ini mempunyai sifat antibakteria dan antibiotik untuk mencegah jangkitan.

Minyak pudina juboleh digunakan untuk mengurangkan sakit gigi. Minyak thyme dipercayai mempunyai sifat antibakteria dan antioksidan yang dapat melegakan sakit gigi.

Gunakan cotton bud untuk meletakkan beberapa titis ke kawasan gigi yang sakit dan biarkan ia meresap dengan baik.

7. Asafetida

 Asafetida adalah sejenis rempah yang menggantikan bawang putih dan bawang merah.

Caranya, campurkan rempah asafetuda dengan 1/2 sudu teh jus lemon sapukan pada gigi yang sakit setiap 20 minit selama 1 jam sehingga rasa sakit reda.

8. Bawang Putih

Bawang putih mempunyai sifat antibakteria yang baik untuk mengelakkan pembentukan plak gigi walaupun baunya tidak menyenangkan.

Caranya, anda boleh tumbuk beberapa ulas bawang putih dan campurkan dengan garam. Letak di kawasan gigi yang sakit.

Jika anda berani, boleh kunyah bawang putih secara mentah-mentah.

9. Halia

Jika anda tidak boleh menahan bau bawang putih, gantikan dengan halia.

Caranya, tumbuk halia lebih kurang 1 ruas jari sehingga lumat, kemudian letakkan halia tersebut pada gigi yang berlubang.

Anda akan rasa tidak selesa kerana pedas. Cuba tahan sehingga rasa sakit gigi beransur hilang.

10. Ekstrak vanila

Ekstrak vanila mengandungi alkohol, yang membantu membunuh kuman dan menghilangkan rasa sakit pada gigi. Sapukan ekstrak vanila ke cotton pad dan tahan di kawasan yang sakit untuk jangka masa pendek untuk melegakan kesakitan.

11. Kunyit

Kunyit terkenal dengan sifat penyembuhannya. Ia anti-radang dan antibakteria. Buat pes serbuk kunyit dengan sedikit air dan sapukan ke kawasan yang terkena.

Boleh dicampurkan dengan sedikit madu dan sapu pada gigi yang sakit.

12. Lemon

Lemon kaya dengan Vitamin C, yang bagus untuk gigi.

Caranya, potong hirisan kapur dan lemon. Letakkan bancuhan di kawasan gigi yang sakit.

13. Propolis

Propolis adalah produk yang dihasilkan oleh madu lebah. Propolis boleh menghilangkan selesema, dan juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit gigi kerana mempunyai sifat antibakteria.

Jika ada kapsul propolis, ke dalam air suam dan gunakannya sebagai ubat kumur.

Akhir kata, sakit gigi adalah sakit yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Semua orang pasti pernah mengalaminya.

Namun, anda juga tahu yang terbaik untuk gigi anda. Sebelum berlaku apa-apa kesakitan yang tidak diingini, lakukan pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk mengelakkan sebarang rasa sakit gigi.

Jika anda sudah tidak tahan, segera berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan rawatan selanjutnya sebelum terlambat.

Sumber:

https://www.medicinenet.com/home_remedies_for_toothache/article.htm

https://www.healthline.com/health/garlic-for-toothache#efficacy

https://www.healthline.com/health/how-to-get-rid-of-toothache-at-night#causes

Summary
13 Cara Hilangkan Sakit Gigi Dengan Mudah
Article Name
13 Cara Hilangkan Sakit Gigi Dengan Mudah
Description
Sakit gigi merupakan salah satu penyakit yang mengilukan selagi tidak jumpa cara hilangkan sakit gigi.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: