tempat menarik di shah alam

Bila menuju ke Shah Alam Selangor mesti kita mencari tempat untuk dikujungi. Pada artikel kali ini kami akan kongsikan 12 Tempat menarik di Shah Alam, Selangor yang wajib anda kunjungi jika anda berpeluang untuk keluar menghirup udara segar dan tempat baru di negeri orang. Sekiranya anda penduduk Selangor atau Shah Alam mungkin ada juga boleh cari idea tempat-tempat yag dekat dan menarik untuk anda kunjungi.

Antara tempat menarik di Shah Alam yang perlu anda lawati.

  1. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz dikenali sebagai dengan nama masjid biru. Ia merupakan mercu tanda bagi bandar Shah alam.

Jika anda tidak berkesempatan menyinggah ke masjid ini, jangan risau. Anda masih berpeluang untuk melihat daripada jauh, walau anda berada di mana-mana sudut bandar kerana saiz  kubah dan menara masjid yang sangat besar.

tempat menarik di Shah Alam

Ketinggian menara adalah 142 meter dan ia merupakan masjid yang tertinggi di dunia ketika di awal pembinaan. Pada bulan Februari 2016, projek besar telah dilaksanakan dalam mengubahsuai dan mengembalikan jubin biru dan kaligrafi kepada kemegahan asalnya.

  1. Muzium Sultan Alam Shah

Muzium Sultan Alam Shah adalah muzium negeri bagi negeri Selangor dan telah dibuka pada tahun 1989. Muzium ini mempamerkan dan memberi informasi berguna mengenai geografi, sejarah, budaya dan sejarah negeri Selangor. Sebahagian bangunan muzium masih dalam pembinaan dan pembaikan pulih pada tahun 2016 .Walaubagaimanapun, muzium masih beroperasi seperti biasa dan masih dibuka untuk pelawat.

  1. Dataran Shah Alam

Dataran Shah Alam adalah merupakan tempat sambutan bagi hari kebangsaan. Dataran ini mempunyai air pancur, menara jam dan pejabat informasi pelancongan. Ia juga terletak berdekatan dengan beberapa bangunan kerajaan negeri.

  1. Taman Tasik Shah Alam

Taman Tasik Shah Alam mempunyai kawasan tanah seluas 43 hektar .taman tasik ini menyediakan tempat rekreasi bagi orang awam. Pelbagai kemudahan telah disediakan seperti tempat laluan pejalan kaki, trek basikal, dan laluan kawasan berjoging di sekitar tasik.

Bukan itu sahaja, pengguna yang berkeluarga boleh berkelah dan anak-anak kecil boleh bermain di taman permainan kanak-kanak. Bagi yang teringin untuk merasai nikmat dan cabaran berada di tasik, perkhidmatan kayak untuk disewa ada disediakan. Terdapat juga restoran makanan laut atas dek.

  1. Wet World Shah Alam

Wet World Shah Alam adalah taman air yang amat digemari oleh semua pengunjung tidak kira umur.

Harganya yang murah menjadikan tema air ini popular dikalangan masyarakat setempat. Terdapat permainan baru iaitu peluncur air terpanjang di Asia tenggara seperti Super Hurricane dan Monsoon Buster Adventure.

tempat menarik di shah alam

Harga terkini untuk masuk adalah :

  Warganegara    Warga asing
RM 24 dewasaRM 34 dewasa
RM 19 kanak-kanak (MyKad).RM 29 kanak-kanak.

Sekadar untuk pengetahuan, Wet World Shah Alam  dibuka setiap hari kecuali hari rabu pada jam 10 pagi hingga 6 petang.

  1. Galeri Shah Alam

Galeri Shah Alam terletak di pinggiran tasik . galeri ini mengandungi beberapa pameran lukisan dan karya seni daripada seniman tempatan dan luar negara. Majlis perkahwinan juga sering diadakan di galeri ini. Berdekatan dengan galeri adalah Taman Alam Shah Alam, iaitu sebuah pusat perkhidmatan awam bagi  persembahan tarian dan muzik tradisional dan moden diadakan secara berkala. Para pengunjung juga boleh membeli-belah hasil kraf tangan penduduk tempatan di gerai kraf tangan .

7. Taman Botani Negara

Taman Botani Negara Shah Alam, dahulunya dikenali sebagai pusat pertanian Malaysia. Ia juga mempunyai keluasan sebanyak 817 hektar dan ia menyimpan lebih 422 jenis spesies tumbuhan dan pokok-pokok.

Ia merupakan salah satu tempat yang paling menyeronokkan jika ingin merasai pengalaman berada di hutan simpan yang mana lokasinya tidak jauh dari bandar. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini termasuk pusat Skytrex Adventure , bola pin, taman haiwan, rumah suhu empat musim, taman rempah, arboretum, memancing, mendaki dan berbasikal.

  1. I-City

I-City adalah satu taman tema yang menyeronokkan oleh warga tempatan terutama Digital Lights iaitu hutan pokok buatan manusia yang diterangi dengan ribuan lampu LED berwarna-warni.

Selain itu, terdapat taman tema lain seperti Waterworld @ i-City, Muzium Trick Art, Muzium Lilin Karpet Merah, Snowalk (taman salji dalaman) dan banyak lagi tarikan gaya pameran.

  1. Laman Seni Shah Alam

Laman Seni Shah Alam adalah sebuah tempat pameran seni jalanan yang mana dinding di jalan lorong yang suram bertukar menjadi tapak galeri bagi seniman yang mempunyai bakat dalam mempamerkan pemasangan seni 3D dan lukisan grafiti hasil daripada air tangan mereka. Hal itu telah membuahkan hasil dengan menghidupkan jalan yang sunyi dan sepi berubah menjadi jalan kehidupan yang ceria.

  1. Stadium Shah Alam

Stadium Shah Alam adalah stadium terbesar di Asia Tenggara. Ia merupakan tempat asal bagi kelab bola sepak Selangor dan menariknya ia boleh memuatkan kapasiti penonton seramai 80,000 orang. Bagi bahagian luar stadium pula terdapat  tempat letak kereta yang menyediakan peralatan untuk disewa  dan trek kart .

  1. Kompleks Pusat Kesenian Islam Selangor

Kompleks Pusat Kesenian Islam Selangor adalah sebuah bangunan yang mempamerkan tentang keindahan hidup beragama Islam antaranya adalah kaligrafi Islam, senaskhah al-Quran ,patung, lukisan dan seni bina yang berharga.

Kompleks tersebut dibuka  pada :

Hari Selasa-Ahad: 9.30 pagi – 5.30 petang

  1. Pusat Sumber Awam Raja Tun Uda

Pusat Sumber Awam Raja Tun Uda merupakan perpustakaan awam yang dikendalikan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Bangunan ini terletak di puncak bukit bersebelahan Kelab Desa & Golf Sultan Abdul Aziz Shah.

Bangunan ini terdiri daripada enam tingkat yang luas yang dipenuhi oleh pelbagai koleksi-koleksi buku dan juga  disertai dengan pemandangan yang indah sekelilingnya.

Banyak ruangan meja dan kerusi disediakan demi keselesaan pelajar dan ulat buku. Bukan itu sahaja, setiap meja juga dipenuhi dengan komputer keluaran terkini .

tempat menarik di shah alam

Secara kesimpulan, terdapat 12 tempat menarik  di Shah alam yang patut anda dilawati walaupun ia terletak di tengah kota, ia juga mempunyai daya tarikan sendiri.

Setiap tempat mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri terpulang terhadap cita rasa pengunjung. tidak kisah di mana jua berada. Asal bijak mengambil langkah dan peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga.

SUMBER:

https://www.malaysia-traveller.com/shah-alam-attractions.html

https://www.malaysia-traveller.com/shah-alam.html

https://www.malaysia-traveller.com/i-City.html

Summary
12 tempat menarik di Shah Alam.
Article Name
12 tempat menarik di Shah Alam.
Description
Bila menuju ke Shah Alam Selangor mesti kita mencari tempat untuk dikujungi. Pada artikel kali ini kami akan kongsikan 12 Tempat menarik di Shah Alam, Selangor yang wajib anda kunjungi jika anda berpeluang untuk keluar menghirup udara segar dan tempat baru di negeri orang.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: