12 Produk Minyak Telon Di Pasaran Malaysia

minyak telon

Pada bayi yang berumur lebih dari 3 bulan, minyak telon boleh digunakan untuk membantu menggalakkan tidur dan juga melegakan simptom kolik. Sebelum menggunakan minyak telon kepada bayi, penting untuk memahami nisbah dan kaedah penggunaan yang betul.

Oleh kerana minyak telon tersedia secara meluas hari ini, semak label produk untuk memastikan anda menggunakan minyak yang tulen dan tidak tercemar. Apakah minyak telon yang terdapat di pasaran Malaysia yang paling sesuai dan lembut untuk kulit anak ibu bapa?

Mustika Ratu Minyak for baby 60ml

RM10.00

Mustika Ratu Minyak Telon merupakan minyak dengan gabungan tiga jenis minyak iaitu Minyak Kayu Putih, Minyak Adas, dan Minyak Kelapa yang mampu meredakan masalah perut kembung dan masuk angin. Sapukan minyak ini di bahagian tubuh bayi seperti dada, perut dan telapak kaki dapat memberikan rasa hangat dan harum kepada bayi. Minyak telon ini digunakan secara tradisional untuk melegakan masalah perut kembung pada bayi.

Plus My Baby 60ml

RM11.00

Plus My Baby merupakan minyak yang mampu memberi rasa hangat pada tubuh badan bayi dan melindungi bayi daripada gigitan nyamuk dan serangga. Dengan ini, demam denggi dapat dicegah kerana si manja akan kekal bebas daripada nyamuk selama enam jam. Ini dapat sentiasa memberikan keselesaan kepasa si manja anda. Ini amat sesuai untuk bayi dan kanak-kanak hingga usia 5 tahun. Sapukan pada dada, perut, punggung dan telapak kaki selepas mandi ataupun bila- bila masa sahaja diperlukan.

BAYI ALRUQYAH UMMIALYA / BABY OIL ALRUQYAH UMMIALYA OIL

RM20.00

Minyak Telon Bayi Alruqyah Ummialya merupakan minyak yang dibacakan dengan ayat Al-Quran,selawat dan zikir sebagai syifa’ baby. Minyak ini dibuat daripada enam jenis minyak iaitu minyak zaitun, minyak bunga matahari, minyak pala, minyak kayu putih, minyak lemon dan minyak papermint. Ini amat sesuai digunakan untuk menurunkan kuning dan mengurangkan muntah bayi. Selain itu, jika bayi selsema atau batuk, sapukan pada ubun-ubun serta dada bayi.

Bebiku Minyak Telon (Big) 75ml

RM8.50

Bebiku Minyak Telon merupakan minyak yang digunakan secara tradisional untuk melegakan masalah kembung perut, menghindari badan si manja dari masuk angin dan memanaskan badan si manja anda. Sapukan minyak ini pada dada, perut, belakang badan, punggung dan telapak kaki bayi selepas mandi ataupun bila-bila masa yang diperlukan. Namun begitu, sekiranya penyakit terus berlanjutan, anda harus jumpa dan mendapatkan nasihat daripada doktor.

Cap Lang/Eagle Brand

RM4.90

Minyak Telon Cap Lang adalah minyak untuk bayi yang dapat digunakan untuk setiap hari secara tradisional untuk gangguan perut dan memanaskan badan selepas mandi. Selain itu, penggunaan minyak ini juga dapat membantu bayi menghindari daripada gigitan nyamuk, melembapkan kulit, menghindari masuk angin, membantu meredakan perut kembung, meredakan masalah perut kembung dan masuk angin serta melindungi bayi dari udara dingin .

Minyak JMK 60ml

RM20.00

Pengasas minyak JMK merupakan cucu kepada Nyonya Meneer. Selepas kilang minyak telon Nyonya Meneer telah tutup, perniagaan diteruskan oleh cucu beliau dengan jenama JMK. Minyak ini diperbuat daripada bahan semula jadi iaitu oleum foeniculi, oleum cocos dan oleum cajuputi yang sangat sesuai untuk disapu pada bayi selepas mandi. Ini juga boleh membantu bayi mencegah gigitan nyamuk. Minyak ini dibuat dari bahan semula jadi, wangi sedap, dan tidak panas bayi. Ini boleh digunakan untuk meredakan masalah sakit perut dan perut tidak selesa.

Sariayu Baby Warming Oil 60ML

RM14.00

Sariayu Baby Warming Oil merupakan minyak telon yang mengandungi minyak kelapa dan minyak zaitun sebagai pelembab kulit bayi di samping menjaga kesihatan kulit bayi sebagai antikuman semula jadi. Selain itu, kandungan Citronella yang terdapat dalam minyak ini akan membantu bayi menghindari daripada gigitan serangga dan nyamuk pada setiap pemakaian. Minyak ini juga akan membantu meredekan masalah kembung perut bayi dan memberikan rasa kehangatan dan menghindari masuk angin pada tubuh badan si manja anda.

See Also

DEKPI MINYAK TELON / SELSEMA / DEMAM / BATUK KAHAK / GIGIT NYAMUK

RM10.00

Minyak Telon Dekpi adalah salah satu rawatan alternatif untuk merawat selsema dan kembung untuk bayi dan kanak-kanak. Petua orang tua-tua menggunakan minyak telon untuk merawat selsema, kembung perut akan memudahkan bayi tidur tanpa ubat. Minyak ini juga telah diinovasikan untuk tujuan memudahkan penggunaan. Minyak telon ini adalah 100% menggunakan bahan semula jadi dan tanpa sebarang pewangi tambahan. Ini dapat mengelakkan bayi menghadapi masalah alahan terhadap bahan kimia.

Anugerah Minyak Telon 50ml

RM13.80

Anugerah Minyak Telon merupakan minyak yang dibuat dengan penggunaan ramuan istimewa. Ia mengandungi herba-herba tradisional seperti minyak kayu putih, serai, pudina, lengkuas dan limau purut yang amat memanfaatkan si manja anda. Minsalnya, minyak kayu putih dapat memberikan sensasi rasa hangat pada tubuh badan si manja dan juga sebagai antiseptik semula jadi untuk mencegah penyakit. Minyak ini juga diyakini dapat membantu mencegah perut kembung dan merangsang sistem metabolisma dalam tubuh agar menjadi lebih aktif.

Konicare Minyak Telon 60ml

RM10.00

Melindungi bayi dari gangguan gigitan nyamuk dan serangga selama lebih dari 8 jam, menghangatkan tubuh bayi dengan keharuman telon yang khas bayi dan dijamin halal.

  • Membantu meredakan perut kembung
  • Memberikan rasa hangat pada tubuh bayi
  • Membantu menghindari dari gigitan nyamuk / serangga.

Tasneem Naturel Stommy Oil For Baby And Kids 15ml

RMRM19.00

  • Minyak telon ini membantu melegakan bayi dan kanak-kanak yang mengalami kolik, sembelit, dan cirit-birit.
  • Bahan-bahan utama terbukti secara saintifik boleh membantu meredakan dan menyelesaikan sebarang masalah senak.

Minyak Telon Bidara Syifaa Dengan Daun Mambu 60ml

RM5.60

Minyak Telon Bidara Syifaa dirumus dari bahan terpilih seperti Minyak Bidara, Mambu, Minyak Zaitun dan herba terpilih.
Tidak mempunyai bahan kimia dan amat berkesan untuk masalah

  • Kembung Perut
  • Muntah
  • Angin dalam badan
  • Gatal Kulit
  • Terkena Gigitan Serangga
error: Content is protected !!