Now Reading
12 Perkara Penting Dalam Perjanjian Sewa Rumah

12 Perkara Penting Dalam Perjanjian Sewa Rumah

perjanjian sewa rumah

Bagi anda yang baru berjinak ke arah pelaburan hartanah, pastikan anda semak semula perkara penting yang kami senaraikan dalam perjanjian sewa rumah.

Anda perlu sedia maklum bahawa setiap sewaan wajib mempunyai surat perjanjian sewa rumah masing-masing.

Ini bertujuan untuk memberi perlindungan kepada tuan tanah seperti anda atau menjadi panduan untuk penyewa rumah.

Dalam perjanjian ini hendaklah mengandungi maklumat lengkap rumah, harga sewa dan deposit, tempoh penyewaan dan syarat pembaharuan, tanggungjawab tuan rumah, kewajipan penyewa rumah, serta peraturan dan larangan yang ditetapkan oleh tuan rumah yang perlu dipatuhi oleh penyewa.

Apa yang anda perlu tahu ialah sekiranya anda tidak mempunyai sebarang surat perjanjian sewa rumah secara bertulis, maka anda akan menghadapi risiko yang tinggi jika ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Oleh itu, disini kami kongsikan agar anda tidak terlepas perkara penting dalam perjanjian sewa rumah.

Apa itu Perjanjian Sewa Rumah?

Contoh Perjanjian Sewa Rumah Yang Ringkas (Dalam Word & PDF)

Perjanjian sewa rumah adalah satu kontrak perjanjian di antara penyewa tuan rumah dan yang sudah tertulis kewajipan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pihak penyewa selama tempoh menyewa.

Selain itu, semua maklumat berkaitan rumah yang disewa, peralatan, perabot dan semua kemudahan yang terlibat dalam sewaan ada tertulis dalam kontrak tersebut.

Untuk melengkapkan dokumen, tuan tanah disarankan mendapatkan nasihat dari peguam untuk merangka keseluruhan perjanjian sewa rumah, didrafkan sebelum mengambil kata sepakat untuk melaksanakan perjanjian tersebut.

Tetapi, disebabkan kos upah peguam di negara ini agak mahal, jadi kebanyakan tuan tanah lebih memilih untuk menulis surat perjanjian sewa rumah mengikut piawaian mereka sendiri sebelum berjumpa dengan calon penyewa.

Buat masa ini, masih belum ada undang-undang di Malaysia yang dikhaskan untuk mengawal perjanjian sewa rumah ni, jadi tuan rumah atau penyewa boleh meletakkan apa-apa terma yang mereka inginkan agar kontrak tersebut memberi manfaat bagi kedua-dua belah pihak.

Tanpa kontrak bertulis, ia boleh menjadi bahaya. Ini kerana anda sebagai penyewa atau tuan rumah sedang menanggung risiko besar kerana ketiadaan dokumen yang menyokong anda!

Perkara Yang Penting Yang Perlu Ada dalam Perjanjian Sewa Rumah

Terdapat banyak perkara yang perlu dinyatakan dalam kontrak penyewaan. Tuan Rumah perlu tulis dengan teliti untuk memastikan bahawa maksudnya jelas untuk mengelakkan berlaku salah faham

Berikut adalah perkara-perkara yang ada dalam perjanjian tersebut:

1. Maklumat harta yang disewa (jenis rumah, alamat)

2. Tujuan penyewaan (dalam kes ini, kediaman)

3. Tempoh penyewaan

4. Harga sewa

5. Harga deposit

6. Bagaimana dan bila sewa bulanan akan dibayar

7. Apa yang akan diberikan oleh tuan tanah sebagai sebahagian daripada penyewaan (mis. Perabot, utiliti)

8. Tanggungjawab tuan tanah sepanjang tempoh penyewaan

9. Tanggungjawab penyewa sepanjang tempoh penyewaan

10. Apa yang berlaku sekiranya berlaku pertikaian

11. Tempoh penyewaan dan klausa pembaharuan

12. Tandatangan

Selagi anda mempunyai syarat-syarat ini dalam perjanjian sewa anda, anda boleh melindungi diri anda sekiranya anda tidak mahukan penyewa yang sama.

Perjanjian sewa rumah memberikan penyelesaian kepada tuan rumah kerana penyewa tidak boleh buat sesuka hati terutamanya meninggalkan rumah sewa begitu sahaja!

Jenis Deposit Penyewa Perlu Bayar Kepada Tuan Rumah

Selain dari sewa rumah, sesetengah penyewa juga perlu bersedia untuk membayar duit cengkeram ataupun deposit, deposit utiliti serta deposit sekuriti. Kami jelaskan ketiga-tiga jenis deposit berserta dengan tempohnya sekali untuk anda rujuk.

1. Deposit cengkeram

Deposit cengkeram adalah wang pendahuluan mewajibkan penyewa membayar dahulu untuk ‘booking’ supaya tuan rumah tidak akan membuka sewaan kepada orang lain. Setidak-tidaknya dalam masa 7 hari selepas mendapat wang deposit dari penyewa.

Deposit ini selalunya adalah sama dengan kos satu bulan sewa, dan akan disimpan oleh ejen hartanah dalam tempoh eskrow.

Untuk deposit ini, penyewa akan disertakan sekali surat tawaran penyewa, serta satu dokumen untuk memaklumkan tuan rumah tentang hasrat dan rumah mana yang nak disewa. 

Bila tempoh penyewaan sudah bermula, deposit ‘earnest’ digunakan sebagai  bayaran sewa bulan pertama.

Terkadang, terdapat juga tuan rumah yang akan memulangkan semula kepada penyewa, atau disimpan sebagai wang jaminan.

2. Deposit sekuriti

Anda boleh menganggap bahawa deposit sekuriti adalah jaminan penyewa kepada tuan rumah sekiranya penyewa melanggar syarat perjanjian sewa rumah.

Contohnya adalah ketika penyewa tiba-tiba tinggalkan rumah lebih awal dari tarikh yang tertulis di dalam kontrak. Jadi, tuan rumah tidak perlu susah hati untuk segera mencari penyewa baru dalam masa yang singkat. Bagi mengelakkan sebarang pembaziran kadar sewa bulanan atau bil utiliti berlaku.

Tetapi, penyewa jangan khuatir kerana kebanyakan perjanjian sewa rumah akan disertakan jaminan bahawa deposit sekuriti akan dipulangkan semula jika penyewa patuh dan mengikuti segala arahan dan bertanggungjawab atas rumah sewa tersebut.

Deposit ni selalunya bersamaan dengan 2 bulan sewa, jika penyewa lari terlebih dahulu dan ingkar janji jadi tuan rumah boleh guna duit ini untuk membersihkan rumah, memperbaiki apa-apa yang rosak dan untuk ganti peralatan serta kunci. 

3. Deposit utiliti

Deposit ini akan digunakan oleh tuan rumah untuk membayar bil utiliti yang belum dibayar apabila tempoh penyewaan tamat seperti bil gas, bil elektrik, bil air serta pembentungan. Selalunya, deposit utiliti adalah 50% daripada kos sewa selama satu bulan.

Sebagai info tambahan, selepas menandatangani perjanjian sewa rumah, penyewa harus membayar deposit sekuriti dan deposit utiliti kepada tuan rumah.

Tambahan: Akta Sewa Kediaman

Untuk melindungi kepentingan tuan tanah dan penyewa secara adil, Belanjawan Malaysia 2018 baru-baru ini mengusulkan “Akta Sewa Kediaman” untuk mewujudkan undang-undang sewa yang lebih tersusun di Malaysia.

Akta ini akan membantu menggariskan hak asas tuan tanah dan penyewa, dan boleh merangkumi

  • Membuat tribunal untuk menyelesaikan pertikaian dengan lebih teratur dan cekap.
  • Memastikan harta tanah sewa memenuhi standard minimum
  • Daftar awam untuk tuan tanah dan penyewa untuk pemeriksaan latar belakang
  • Menyeragamkan jumlah deposit
  • Menyeragamkan undang-undang pengusiran

Pada masa ini, masih belum ada lagi Undang-Undang yang wujud berkaitan dengan perjanjian sewa rumah, jadi yang paling penting adalah pastikan anda sebagai tuan rumah atau penyewa mempunyai perjanjian sewa rumah yang jelas.

Sumber:

https://www.recommend.my/blog/how-to-write-your-own-tenancy-agreement-in-malaysia/

https://www.propertyguru.com.my/property-guides/malaysia-tenancy-agreement-guide-and-download-9649

https://www.legalzoom.com/articles/10-terms-to-include-in-your-rental-agreement

error: Content is protected !!