jajan

Zaman kanak-kanak tidak akan lengkap tanpa makanan ringan atau lebih mesra dipanggil jajan yang membuat zaman kanak-kanak kita lebih indah.

Tidak kira apa yang anda lakukan atau di mana sahaja anda berada, anda pasti ingin kembali ke zaman kanak kanak yang mana berrgaduh dan bertengkar mulut dengan rakan anda mengenai siapa yang mendapat potong terakhir jajan itu adalah konflik terbesar yang anda telah lalui.

Oleh itu, ayuh lah kita pergi imbas kembali beberapa jenis jajan yang telah menguasai zaman kanak-kanak anda.

1. White Rabbit Cream Candy

Jajan ini juga dikenali sebagai rabbit candy yang mempunyai rasa susu yang melimpah. Ia akan membuat anda merasa muak tetapi anda tetap ingin memakannya lagi.

Selain dari rasanya yang berkrim dan bersusu, apa yang tidak akan dapat dilupakan mengenai gula-gula ini adalah pembungkus legapnya yang menarik.

Pembalut gula gula ini sebenarnya dibuat dari selofan beras yang boleh dimakan yang larut di mulut anda. Jadi, mengapa bersusah payah membuang pembalutnya jika kita dapat makannya sekali?

2. Appolo Chocolate Wafer (Red Foil)

Apollo Chocolate Wafers adalah jajan wajib di dalam goodies yang anda terima semasa anda pergi ke majlis hari lahir rakan rakan anda.

Wafer ini sangat menarik kerana coklatnnya yang mudah meleleh dan boleh membuatkan anda kelihatan comot tetapi anda tidak keberatan menjilatnya dari bungkus kerana rasanya memang sedap.

Oleh kerana setiap pek hanya mempunyai satu wafer, jadi pasti tidak cukup. Anda akan memakan lebih dari satu wafer. Percayalah!

3. Ice Gems

Ice gems yang juga dikenali sebagai biskut icing adalah salah satu jajan tradisional yang tidak akan anda lupakan.

Biskut bersaiz kecil yang disertakan dengan sejenis “icing” manis dan keras yang berbentuk seperti permata ais adalah salah satu daripada jajan Malaysia yang dapat tidaka akan dilupakan kanak kanak yang lahir dari tahun 60-an hingga 90-an.

Ketika itu, anda pasti akan merasa pening untuk fikir, yang mana satu yang perlu anda gigit terlebih dahulu, biskut atau icing?

Atau adakah anda salah satu daripada kanak kanak nakal yang akan menggigit icing sahaja dan kemudian menyerahkan biskut itu kepada ibu anda untuk dimakan?

4. Eye Glass Candy

Biji susu coklat ini adalah jenis Smarties tetapi dengan harga lebih murah. Tetapi jajan ini lagi menarik kerana anda boleh membuat kaca mata menggunakan pembalutnya!

Kanak kanak sangat sukakannya kerana anda cuma perlu letakkan getah di lubang di tepi pembalutnya.

Adakah anda salah seorang kanak kanak yang membeli gula gula ini hanya untuk membuat kaca mata?

5. Marukawa Bubble Gum

Terdapat pelbagai jenis jajan berbentuk gula-gula getah semasa zaman 90-an tetapi jenama Marukawa adalah yang paling diingati ramai.

Jenama jajan gula-gula getah ini tidak hanya memberikan keseronokan meniup gula-gula getah, tetapi ia juga datang dengan pembungkus beruang hitam yang dilengkapi dengan tatu palsu yang mempunyai bermacam-macam corak.

Namun tidak hairanlah mengapa gula-gula getah ini dilarang di sekolah di seluruh negara kerana kanak kanak nakal akan menampal pelekat tatu itu di seluruh tempat.

6. Nano Nano

Gula-gula datang dengan rasa manis dan masam dan masin sekali.  Gula-gula berperisa unik ini mengembalikan kenangan indah, terutamanya gaya lucu yang dibuat oleh wajah kita setiap kali bahagian masam itu terkena lidah kita.

Namun, salah satu sebab utama mengapa gula-gula ini diingati ramai adalah kerana lagu temanya yang membuat kita semua menyanyi bersama sama.

7. Yupi Gummi Burger

Jajan yang bernama Yupi Gummi terdapat dalam pelbagai bentuk tetapi burger adalah kegemaran ramai kanak kanak!

Terdapat banyak cara untuk menikmati burger kecil ini. Salah satunya adalah dengan menggabungkan semua kepingan tengah untuk membuat satu burger tinggi, dan kemudian memasukkannya ke dalam mulut anda.

8. Big Foot

Lollipop Big Foot terdapat dalam pelbagai jenis. Antaranya, perisa asli, serbuk masam atau serbuk soda.

Rasa buah asli adalah enak tetapi yang mempunyai serbuk masam atau soda akan memancarkan rasa aneh di mulut anda.

Walaupun rasanya yang aneh, tetapi lollipop ini mungkin satu-satunya jenis kaki yang ingin anda jilat. Lihat sajalah bentuknya yang menarik itu!

9. Tora & Ding Dang

Tora & Ding Dang - A Kid's Fun, An Adult's Fond Memory (Part 2)

Mengaku sajalah, anda membeli ini untuk mainan yang disertakan di dalam kotaknya dan bukannya jajan itu sendiri.

Sekiranya anda tidak tahu, Tora dan Ding Dang sebenarnya adalah adik beradik kerana kedua-duanya dihasilkan oleh syarikat yang sama bernama Kinos.

Wafer berbentuk bola yang terdapat di dalam kotak Tora dan Ding Dang ini dilapisi coklat adalah salah satu jajan yang sangat digemari kanak-kanak Malaysia.

10. Coklat syiling emas

Ketika sambutan Tahun Baru Cina, mungkin sekolah anda akan memberikan para pelajar mereka duit syiling coklat emas palsu ini sebagai sebahagian daripada “paket merah” mereka.

Coklat atau jajan ini sangat digemari kanak-kanak kerana rupanya yang unik yang dibalut seperti duit syiling. Tambahan pula coklat itu dibungkus dengan warna emas.

11. Ice Pop

Ia juga dikenali sebagai “ais krim tiub” yang berfungsi sebagai penyegar di bawah sinar matahari Malaysia yang panas dan terik. Ia juga merupakan jajan yang paling ramai kanak-kanak akan beli ketika tamat waktu persekolahan untuk menghilangkan rasa panas dan dahaga.

Tidak ada yang mengejutkan apabila melihat sekumpulan pelajar berpakaian seragam sekolah rendah mengerumuni penjual aiskrim di luar perkarangan sekolah, bergelut untuk mendapatkan perisa kegemaran mereka.

Bercakap tentang perisa kegemaran, perisa ice pop mana yang menjadi kegemaran anda?

12. Haw Flakes

Haw flakes, atau lebih dikenali sebagai gula gula CD yang kita semua pasti tidak tahu diperbuat daripada apa. Tetapi yang pasti, rasanya yang masam manis membuat kita tidak berhenti memakannya.

Sama ada anda memasukkan seluruh timbunan ke dalam mulut anda atau makan satu satu, kepingan jajan ini adalah makanan yang sangat sesuai pada bila bila masa sahaja.

Jajan ini pasti tidak akan anda rindui jika ia tidak datang dengan pengalaman yang indah semasa zaman kanak-kanak anda. Jajan-jajan seperti inilah yang akan membuat anda mengimbau kembali zaman kanak-kanak anda apabila sudah besar. Syukurlah bahawa rakan dan keluarga anda berada bersama anda semasa kecil untuk mencipta kenangan memakan jajan ini dengan anda, bukan?

Sumber

https://hype.my/2015/32213/12-childhood-snacks-that-malaysians-grew-up-obsessed-with/

https://thesmartlocal.com/read/childhood-snacks-malaysia/

https://www.shopback.my/blog/40-malaysia-childhood-snacks-to-munch-on

Tagged: