12 Fakta Menarik Tentang Air Mani
Air Mani merupakan salah satu daripada subjek berkaitan seksual yang diselubungi dengan begitu banyak misteri, malah kini menjadi semakin menarik untuk dirungkai.

Air Mani merupakan salah satu daripada subjek berkaitan seksual yang diselubungi dengan begitu banyak misteri, malah kini menjadi semakin menarik untuk dirungkai. Namun, satu fakta yang jelas tentang Air Mani adalah, ia merupakan punca utama untuk menjadikan seorang wanita mengandung. Ia sebenarnya adalah salah satu daripada perkara-perkara yang akan membuat anda mengagumi betapa menakjubkannya penciptaan tubuh manusia.

Bacalah 12 fakta menarik tentang air mani yang perlu anda ketahui.

1. Sperma dan air mani adalah dua perkara yang berbeza

Ramai individu sering menggunakan dua istilah ini secara bergantian, tetapi kedua-duanya tidak mempunyai maksud yang sama. Air Mani adalah cecair yang dihasilkan oleh zakar semasa ejakulasi. Manakala, Sperma termasuk dalam sebatian Air Mani yang bersaiz mikroskopik dan berfungsi untuk mensenyawakan telur.

Sperma mengandungi separuh daripada jumlah bilangan kromosom manusia manakala telur membawa separuh lagi sel kromosom untuk melengkapi Zigot dengan sel yang cukup. Jika Sperma dengan kromosom X menyuburkan telur, zigot akan menjadi jantina wanita. Apabila Sperma membawa kromosom Y, zigot akan menjadi jantina lelaki.


HIMALAYA Speman Tablets 100

RM 69.90

Meningkatkan spermatogenesis: Bahan-bahan semula jadi dalam Speman mendorong spermatogenesis (proses pembentukan sperma) dengan meningkatkan kadar testosteron pada lelaki yang terkena oligospermia (air mani dengan kepekatan sperma yang rendah). Ini seterusnya meningkatkan jumlah sperma dan kualiti air mani dengan meningkatkan sel basofil yang menghasilkan LH-FSH di hipofisis.
Meningkatkan prestasi seksual: Ubat ini meningkatkan keinginan seksual dan mengekalkan ereksi zakar. Ia juga mengandungi ramuan herba yang mempunyai khasiat afrodisiak yang berkesan, yang membantu dalam kelemahan mani.

2. Air mani hanya mengandungi sekitar 5 hingga 10 jumlah kalori bagi setiap ejakulasi

Majoriti komponen Air Mani adalah air. Selain itu, ia juga terdiri daripada kandungan gula seperti fruktosa, protein yang dihasilkan oleh prostat yang digelar prostaglandin, dan enzim. Secara keseluruhan, Sperma membentuk sebahagian kecil cecair tersebut.


MENEVIT Male Fertility Supplement 90 Capsules

RM 238.00

Menevit adalah kombinasi unik antioksidan yang diformulasikan khusus untuk menjaga kesihatan sperma bagi pasangan yang merancang kehamilan. Ia adalah suplemen kesuburan lelaki yang dirumus secara khusus untuk membantu meningkatkan kesihatan sperma. Mengapa lelaki memilih Menevit semasa pra-konsepsi, untuk meningkatkan kesihatan sperma? Menevit adalah dari pembuat Elevit, multivitamin kehamilan No.1 di Australia *. Menevit menyokong kesihatan sperma untuk lelaki, yang merupakan pasangan yang sama dalam bayi membuat persamaan. Kesihatan sperma penting kerana mempunyai peranan yang sangat menuntut dalam persenyawaan. Perjalanan sperma dalam perjalanan mereka untuk menyuburkan telur telah disamakan dengan manusia yang berusaha berenang sejauh beberapa ribu kilometer.

3. Terdapat banyak sperma dalam setiap ejakulasi

Jumlah purata ejakulasi menghasilkan sekitar 1.5 hingga 5 mililiter Air Mani dan setiap ejakulasi mengandungi 15 juta Sperma. Walaupun hanya satu Sperma sahaja yang diperlukan untu mentuburkan telur, terdapat banyak ‘perangkap’ lain dalam sepanjang laluannya menuju ke telur tersebut.

Banyak air mani akan terbuang kerana ia tidak menentang graviti dan jika wanita tersebut bergerak, ia mungkin tidak dapat tinggal dalam faraj. Faraj merupakan persekitaran yang sukar untuk dihuni oleh Sperma hidup. Ini adalah kerana nilai pH Sperma adalah sedikit neutral manakala nilai pH faraj agak berasid. Tanpa penambahan cecair ini, yang membantu meneutralkan keasidan Sperma, Sperma akan lebih sukar melalui faraj untuk sampai ke telur.

Kemudian, mana-mana Sperma yang masih bertahan sepanjang jalan, terpaksa memilih tiub fallopian yang betul untuk mencari telur dand perlu berada dalam keadaan terbaik untuk menyuburkannya. Atas sebab inilah ia secara purata mengambil masa 5-6 bulan bagi pasangan untuk hamil.

4. Sperma tidak semestinya terkandung dalam pra-ejakulasi

Pada hakikatnya, cecair pra-ejakulasi yang jelas dan melekit ini dihasilkan daripada rembesan prostat. Namun begitu, secara teorinya ia tidak bermakna anda tidak boleh hamil dari pra-ejakulasi sahaja kerana Sperma boleh berada dalam uretra akibat daripada ejakulasi sebelumnya. Tambahan lagi, kebenaran mengenai pra-ejakulasi tidak mengandungi Sperma tidak dapat melindungi seseorang daripada jangkitan seksual.


SWISSE Ultiboost Men’s Vitality (Maca + Oyster + Kangaroo) 120 Tablets

RM 167.00

Swisse Ultiboost Men’s Vitality adalah formula berkualiti premium dengan kombinasi vitamin, mineral dan herba yang disesuaikan khusus untuk menyokong lelaki. Juga mengandungi ekstrak kanggaru yang bersumber dari Australia dan ekstrak tiram dari New Zealand.

Pengeluaran Sperma Sihat: Selenium dan zink penting untuk kesihatan pembiakan dan menyokong pengeluaran sperma yang sihat. Tiram adalah sumber semula jadi zink dan selenium.

5. Sperma boleh bertahan selama beberapa hari di dalam badan wanita

Ya, Sperma mungkin boleh bertahan sehingga 5 hari! Ini kerana, Sperma suka berada dalam persekitaran yang hangat dan basah. Tetapi jika berada di luar tubuh manusia, ia hanya boleh bertahan selama beberapa minit.


NATURE’S WAY Vitagummies Multivitamin For Men 50’S

RM 49.90

Lelaki mempunyai keperluan pemakanan yang unik, seperti menyokong kesihatan pencernaan lelaki, kesihatan pembiakan, pengeluaran tenaga, sistem jantung dan saraf dan sistem imun. Oleh itu, Nature’s Way Gummies with Multivitamin for Men diperibadikan untuk keperluan lelaki. Tidak seperti suplemen biasa yang mengikuti konsep satu ukuran yang sesuai untuk semua di mana anda akan mendapat kesan umum. Sebaliknya, rumusan ini diperibadikan untuk memberikan kesan yang mungkin dicari oleh seorang lelaki.

6. Rutin harian tertentu boleh merosakkan sperma lelaki

Beberapa penyebab utama kerosakan Sperma adalah:

  • Merokok
  • Haba berlebihan (seperti bekerja di hadapan ketuhar 400 darjah sepanjang hari atau menggunakan tab mandi panas beberapa kali dalam seminggu)
  • Berat badan berlebihan

Selain itu, walaupun ia tidak terbukti secara saintifik, tabiat meletak komputer riba di atas riba seorang lelaki juga mungkin boleh menyebabkan kerosakan Sperma. Kenyataan ini agak kontroversi, tetapi komputer riba boleh menghasilkan banyak haba justeru memberi kesan kepada penghasilan Sperma yang baik.

7. Sperma bermula daripada proses penghasilannya hinggalah ejakulasi dalam masa tiga bulan

Ia mengambil masa kira-kira 64 hari untuk badan lelaki menghasilkan Sperma, kemudian sekitar 24 hingga 28 hari lagi untuk dikeluarkan dan diakhiri dengan ejakulasi.


SWISSE Men’s Ultivite 50+ 90 Tablets

RM 170.00

Swisse Men’s Ultivite 50+ multivitamin mengandungi 40 vitamin, mineral, antioksidan dan herba berkualiti premium untuk membantu menyokong lelaki berusia 50+ untuk memenuhi keperluan pemakanan mereka dan mengekalkan kesejahteraan umum. Formula ini membantu pengeluaran tenaga dan stamina dan membantu menyokong sistem saraf yang sihat.

8. Tidak ada cara saintifik untuk mengubah rasa atau bau air mani

Jika seseorang lelaki adalah sihat, Air Mani beliau tidak mungkin berbau atau mempuyai rasa yang teruk. Namun begitu, satu perkara yang konsisten yang akan menjadikan bau dan rasanya tidak menyenangkan adalah merokok. Tetapi masih tidak ada bukti untuk mengatakan sekiranya anda makan buah kiwi atau manisan, rasa Air Mani anda dan baunya turut sama sepeti makanan yang dimakan.


SWISSE Ultiboost Zinc+ 60 Tablets

RM 89.00

  • Zink: menjaga kesihatan dan kesejahteraan umum dan merupakan salah satu mineral yang paling banyak terdapat di dalam badan.
  • Fungsi Imun: Zink berperanan penting dalam pemeliharaan dan fungsi sistem imun yang sihat.
  • Kesihatan Kulit: Zink menyokong kulit yang sihat dan penyembuhan luka ringan.
  • Kesihatan Reproduktif: Zink penting untuk kesihatan pembiakan lelaki dan wanita. Zink juga menyokong pengeluaran sperma yang sihat dan membantu mengekalkan tahap testosteron yang sihat di dalam badan.
  • Kesihatan Umum: Zink membantu menjaga sensasi rasa dan bau dan membantu menyokong metabolisme protein, lemak dan karbohidrat. Vitamin A dan B6 ditambah magnesium disertakan untuk menyokong kesejahteraan.

9. Konsistensi air mani boleh berubah dari hari ke hari

Penghidratan adalah salah satu faktor utama mengapa Air Mani seorang lelaki boleh menjadi cecair yang sangat licin atau tebal. Sebenarnya, lebih banyak air yang diminum, semakin nipis tekstur cecair tersebut. Tetapi keadaan ini juga terjadi berasaskan mekanisme fizikal yang sangat menarik. Sesetengah Air Mani berada dalam fasa gelatin sehinggalah ia bertemu dengan enzim prostat. Apabila kedua-duanya digabungkan, ia akan mempunyai tekstur yang cair dan licin. Walau bagaimanapun, kadangkala proses ini tidak sempat habis sehingga seseorang lelaki mengalami ejakulasi. Itulah sebabnya anda mungkin melihat tekstur Air Mani seperti larutan tepung ubi atau gel. Sekiranya ia berada dalam faraj ia akan menjadi lebih cair untuk menjadi lebih mudah alih.

10. Air mani tidak boleh dibekukan seperti yang dilakukan dalam filem dan TV

Terdapat babak dalam sebuah filem di mana seorang ibu tunggal membekukan Air Mani seseorang dalam termos, kemudian mencairkannya dan menggunakannya untuk hamil. Itu adalah mustahil. ia tidak boleh dibekukan di rumah kerana ia seharusnya dibekukan dalam cecair nitrogen pada tahap -190C. Sekiranya prosedur tersebut dilakukan di rumah, Sperma dalam Air Mani akan mati.

11. Alahan terhadap air mani jarang berlaku, tetapi tidak mustahil

Jika anda alah kepada sesuatu bahan, anda akan dapat mengesannya apabila anda mengalami simptom tertentu. Sesetengah simptom alahan akan menyebabkan gatal-gatal, bengkak, dan kemerahan di kawasan sentuhan Air Mani, sama seperti Alahan lain. Dianggarkan bahawa kurang daripada satu peratus wanita terjejas oleh Alahan terhadap Air Mani. Individu yang mempunyai Alahan ini dapat dirawat melalui pendedahan langsung terhadap Air Mani yang dilakukan di bawah penjagaan seorang profesional perubatan.

12. Lelaki menghasilkan sejumlah besar sperma dalam seumur hidup

95% lelaki yang menghasilkan paras Sperma biasa, dapat menghasilkan sekitar 2 trilion perenang seumur hidup. Daripada jumlah 2 trilion tersebut, mereka melancarkan sebanyak 700 bilion sperma setiap ejakulasi. Namun begitu, pengeluaran Sperma akan merosot apabila lelaki semakin tua, tetapi ia masih merupakan prestasi yang sangat mengagumkan.

Sumber

https://www.healthline.com/health/mens-health/sperm-myth-and-facts

https://www.healthline.com/health/healthy-sex/swallowing-semen

Summary
12 Fakta Menarik Tentang Air Mani
Article Name
12 Fakta Menarik Tentang Air Mani
Description
Air mani sebenarnya adalah salah satu perkara yang akan membuat anda mengagumi betapa menakjubkan penciptaan tubuh manusia.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: