Now Reading
11 Makanan Berkhasiat Dan Manfaat Yang Menakjubkan!

11 Makanan Berkhasiat Dan Manfaat Yang Menakjubkan!

11 Makanan Berkhasiat Dan Manfaatnya Yang Menakjubkan!

Dalam dunia ini, terdapat pelbagai jenis makanan yang sedap dan sihat. Tahukah anda? Dengan cara memenuhkan pinggan anda dengan sayur, buah-buahan, protein sihat dan makanan menyeluruh yang lain, anda telah mempunyai hidangan yang menarik, lengkap dan baik untuk anda!

Dalam artikel kali ini, kami berkongsi tentang 11 Makanan Berkhasiat dan Manfaatnya yang penting untuk kesihatan anda!

Beri

Buah Beri Kaya dengan vitamin, mineral, serat dan antioksidan. Keupayaan antioksidan yang tinggi pada buah Beri dikaitkan dengan pengurangan risiko Penyakit Jantung, Kanser dan Keradangan. Bukan itu sahaja, Beri juga berkesan dalam merawat pelbagai masalah gangguan pencernaan dan sistem imuniti tubuh apabila digunakan sebagai terapi perubatan tradisional.

Antara jenis Beri yang biasa dimakan termasuklah:

  • Raspberi
  • Strawberi
  • Beri Biru
  • Beri Hitam
  • Kranberi

Tidak kira sama ada anda menikmati Beri sebagai sarapan pagi, pencuci mulut, salad atau minuman ringan, manfaat kesihatan buah Beri masih sama.

Teh hijau

Teh Hijau berasal dari China. Ia merupakan sejenis minuman ringan berkafein yang mengandungi pelbagai jenis manfaat perubatan. Teh Hijau kaya dengan antioksidan dan sebatian polifenol yang mempunyai kesan anti-radang yang kuat. Salah satu antioksidan dalam teh hijau ialah catechin epigallocatechin gallate, atau EGCG.

EGCG memberikan teh hijau kemampuannya untuk melindungi seseorang daripada penyakit kronik seperti Penyakit Jantung, Kencing Manis dan Kanser. Penyelidikan juga telah menunjukkan bahawa kombinasi catechin dan kafein dalam Teh Hijau boleh menjadikannya sebagai makanan yang berkesan untuk penurunan berat badan bagi sesetengah individu.

Telur

Telur secara sejarah merupakan topik kontroversial dalam dunia nutrisi kerana kandungan kolesterolnya yang tinggi, namun begitu Telur tetap menjadi salah satu makanan yang paling sihat. Telur kaya dengan pelbagai nutrien termasuklah vitamin B, kolin, selenium, vitamin A, zat besi dan fosforus. Ia juga sarat dengan protein berkualiti tinggi.

Telur mengandungi dua jenis antioksidan kuat, iaitu zeaxanthin dan lutein, yang diketahui dapat melindungi penglihatan dan kesihatan mata. Walaupun terdapat kebimbangan mengenai penggunaan telur dan jumlah kolesterolnya yang tinggi, penyelidikan menunjukkan tiada peningkatan yang dapat diukur dalam risiko Penyakit Jantung atau Kencing Manis apabila seseorang memakan sebanyak 6-12 biji telur dalam seminggu.

Malah, makan Telur boleh meningkatkan kadar kolesterol “baik” HDL bagi sesetengah individu dan boleh membawa kepada pengurangan risiko Penyakit Jantung. Walau bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk membuat kesimpulan yang jelas mengenai perkara tersebut.

Kekacang dan Legum

Kekacang dan Legum adalah kelas makanan dari jenis tumbuhan yang terdiri daripada kacang termasuklah kacang soya, kacang merah, kacang tanah dan alfalfa. Kekacang mengandungi nutrien yang tinggi dan boleh membantu mencegah serta mengawal pelbagai jenis penyakit. Kekacang turut kaya dengan sumber vitamin B, pelbagai mineral, protein dan serat.

Penyelidikan menunjukkan bahawa ia menawarkan banyak manfaat kesihatan termasuklah mengawal Kencing Manis jenis 2 serta mengurangkan Tekanan Darah dan kolesterol. Selain itu, memakan kekacang dan legum juga boleh mengawal berat badan yang sihat, kerana kemampuannya untuk meningkatkan rasa kenyang.

Kacang dan Bijian

Bijian kaya dengan serat, protein sayur-sayuran dan lemak yang sihat untuk jantung. Ia juga mengandungi pelbagai sebatian tumbuhan dengan sifat anti-radang dan antioksidan yang boleh mencegah tekanan oksidatif. Malah, penyelidikan juga menunjukkan bahawa makan bijian mempunyai kesan perlindungan terhadap Penyakit Jantung.

Kacang dan Bijian yang biasa termasuklah:

Menariknya, walaupun kacang dan bijian tinggi dengan kalori, sesetengah jenis kacang turut dikaitkan dengan penurunan berat badan apabila dimasukkan ke dalam diet yang seimbang.

Kefir (Dan Yogurt)

Kefir adalah sejenis minuman fermentasi yang biasanya dihasilkan daripada susu yang mengandungi protein, kalsium, vitamin B, kalium dan probiotik. Kefir adalah sama dengan yogurt tetapi mempunyai konsistensi yang lebih cair dan biasanya mengandungi lebih strain probiotik berbanding yogurt.

Makanan yang kaya dengan probiotik seperti Kefir mempunyai beberapa manfaat kesihatan yang menakjubkan termasuklah mengurangkan kolesterol, menurunkan tekanan darah, memperbaiki sistem pencernaan dan mempunyai kelebihan anti-radang. Walaupun secara tradisional Kefir dihasilkan daripada susu lembu, ia biasanya boleh diterima oleh individu yang tidak mempunyai toleransi terhadap laktosa kerana kandungan laktosa dalamnya telah ditapai oleh bakteria.

Walau bagaimanapun, ia juga boleh dihasilkan daripada minuman bukan tenusu seperti santan, susu dan air kelapa. Anda boleh membeli Kefir atau membuatnya sendiri. Sekiranya anda memilih produk yang disediakan secara komersial, elakkan Kefir yang mengandungi gula tambahan.

Bawang putih

Bawang Putih adalah makanan yang mempunyai kaitan dengan bawang merah dan daun bawang. Ia merupakan sumber yang baik bagi nutiren dan mineral seperti mangan, vitamin C, vitamin B6, selenium dan serat. Bawang Putih adalah bahan masakan yang popular kerana rasanya yang unik, tetapi ia juga telah digunakan sebagai ubat-ubatan selama berabad lamanya.

Penyelidikan menunjukkan bahawa Bawang Putih mungkin berkesan dalam mengurangkan kolesterol dan Tekanan Darah, serta menyokong fungsi imun tubuh badan. Lebih-lebih lagi, sebatian sulfur yang terdapat dalam Bawang Putih mungkin memainkan peranan dalam mencegah jenis Kanser tertentu.

Minyak zaitun

Minyak zaitun adalah minyak semula jadi yang diekstrak daripada buah zaitun dan merupakan salah satu makanan utama dalam hidangan Mediterranean. Ia sangat bermanfaat bagi kesihatan kerana tahap asid lemak ‘monounsaturated’ dan sebatian polifenol yang tinggi. Menambah minyak zaitun ke dalam diet anda boleh mengurangkan keradangan dan risiko penyakit tertentu seperti Penyakit Jantung dan Kencing Manis.

Tambahan lagi, Minyak Zaitun juga mengandungi bahan antioksidan seperti vitamin E dan K, yang boleh melindungi tubuh daripada kerosakan sel yang disebabkan oleh tekanan oksidatif.

Halia

Halia berasal daripada akar tumbuhan berbunga dari China. Ia digunakan sebagai penambah rasa dan ramuan perubatan tradisional. Akar halia mengandungi bahan antioksidan seperti gingerol, yang mungkin bertanggungjawab terhadap banyak manfaat kesihatan yang dilaporkan berkaitan dengannya. 

Sebagai contoh, Halia mungkin berkesan untuk mengawal rasa loya dan mengurangkan rasa sakit akibat keradangan akut dan kronik. Selain itu, Ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit kronik seperti Penyakit Jantung, Demensia dan Kanser tertentu.

Halia boleh didapati secara segar, sebagai minyak atau jus dan dalam bentuk kering /serbuk. Ia boleh dimasukkan ke dalam sup, tumisan, sos dan teh.

Kunyit

Kunyit adalah rempah yang berwarna kuning terang yang berkait rapat dengan Halia. Ia berasal dari India dan digunakan dalam masakan serta atas faedah perubatannya. Curcumin adalah sejenis sebatian aktif dalam Kunyit. Ia mempunyai kesan antioksidan dan anti-radang yang kuat.

Kajian menunjukkan bahawa curcumin mungkin berkesan dalam merawat dan mencegah penyakit kronik seperti Kanser, Penyakit Jantung dan Kencing Manis. Bahkan, ia juga boleh membantu penyembuhan luka dan mengurangkan rasa sakit. Satu kelemahan menggunakan Curcumin dalam perubatan adalah ia tidak mudah diserap oleh badan anda, namun penyerapannya dapat dipertingkatkan dengan memadankannya dengan lemak atau rempah lain seperti lada hitam.

Betik

Faedah kesihatan Betik hampir tiada batasan. Ia kaya dengan kebaikan tropika serta flavonoid utama yang membantu badan anda melawan sel-sel kanser. Carotene dalam buah Betik membantu mencegah kaviti dalam mulut dan kanser paru-paru. Sementara itu, bahan-bahan lain dalam Betik boleh mengawal radikal bebas yang merosakkan sel-sel dalam badan. Faedah lain Betik termasuklah:

  • Mengawal tekanan darah
  • Mempunyai ciri-ciri anti-amoebic yang membantu melancarkan pergerakan usus
  • Mencegah darah beku melalui fibrin enzim
  • Mencerahkan kulit apabila digunakan dalam rawatan muka
  • Menggalakkan sistem penghadaman yang sihat

Kesimpulannya,

Kesihatan dipupuk dengan memakan pelbagai jenis makanan berkhasiat pada setiap hari. Itu termasuklah beberapa, atau semua makanan dalam senarai ini. Jika dijadikan sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian anda, ia boleh memberi manfaat kepada kesihatan anda secara menyeluruh dan boleh mencegah penyakit kronik tertentu.

Dapatkan Makanan Berkhasiat Ini Sekarang !

Jika artikel ini berguna untuk anda, pertimbangkanlah untuk membuat pembelian barangan ini dari stor atau pautan kami. Pembelian anda membantu menyumbang kepada misi kami untuk menyediakan maklumat berguna kepada semua.

Signature Market Healthy Nut Mix

RM 16.90

Signature Market Antioxidant Boost Mix

RM 8.00

Sumber

https://www.healthline.com/nutrition/20-most-weight-loss-friendly-foods

https://www.medicalnewstoday.com/articles/245259

https://www.webmd.com/food-recipes/ss/slideshow-surprisingly-healthy-foods

error: Content is protected !!