desaru coast
Desaru Coast adalah salah satu bukti perkembangan pelancongan baru yang dinanti-nantikan di Malaysia dengan dengan gabungan unik resort dan villa yang terkenal di dunia.

Desaru Coast adalah salah satu bukti perkembangan pelancongan baru yang dinanti-nantikan di Malaysia dengan dengan gabungan unik resort dan villa yang terkenal di dunia.

Tempat ini sangat menyeronokkan kerana terdapat tempat makan di tepi sungai, pusat persidangan kejuaraan padang golf dan taman air yang menyeronokkan.

Di sini, anda bebas untuk bersantai, percutian golf, ataupun mengembara. Lokasi percutian di Johor ini menjanjikan anda kepuasan yang berganda bagi pencinta alam semula jadi.

1. Tidal Wave Beach

Di sini anda berpeluang merasai pengalaman berenang di dalam kolam renang berombak yang terbesar di dunia serta mengandungi lebih 4 juta gelen air.

Anda boleh bermain ombak dengan selamat di tempat ini dengan menggunakan pelampung yang diesediakan. Di pinggir kolam juga terdapat tempat duduk yang disediakan bagi sesiapa yang ingin bersantai.

2. Kids Ahoy

Kids Ahoy ini khusus direkakan untu kanak-kanak yang berumur 1-12 tahun. Permainan ini dilengkapi dengan 13 gelongsor air yang akan memberikan keseronokan tidak terhingga kepada kanak-kanak.

Selain itu, kanak-kanak pasti akan sangat gembira kerana taman permainan ini mempunyai kelengkapan permainan yang menarik.

3. Riptide

Di Riptide terdapat curam yang membolehkan anda mengalami pengalaman bergerak dengan kelajuan terpantas.

Anda akan bergerak menuju ke ‘twister’ yang pertama dan membuatkan anda berpusing-pusing seketika sebelum bergerak ke ‘twister’ kedua dan ketiga dengan menaiki pelampung yang dapat memuatkan 4 orang dalam satu masa.

4. Kraken’s Revenge

Kraken’s Revenge akan memberikan anda keseronokan yang tidak terhingga kerana ia merupakan satu-satunya permainan roller coaster di taman tema air ini.

Permainan ini sangat pantas bergerak pada kelajuan 70km sejam. Anda hanya perlu duduk di dalam bot dan bersedia untuk berpusing 360-degree dan turun dari ketinggian 27m kebawah terus ke dalam kolam.

5. Beachside Cabanas

Pengunjung boleh duduk dan bersantai di Beachside Cabanas yang disediakan di sepanjang Tidal Wave Beach. Sementara anak-anak berenang dan bermain air di dalam kolam, ibu bapa boleh berehat dengan santai.

6. Surf Wall

Bagi pengunjung yang tidak mempunyai pengalaman meluncur, mereka boleh menjadikan permainan ini sebagai tempat meluncur dengan selamat.

Pengunjung dapat menikmati pengalaman meluncur ombak buatan yang dijana oleh simulator berkuasa tinggi. Dalam satu masa, permainan ini boleh memuatkan 2 ‘stand-up surfers’ dan 5 ‘boarders’.

7. Wild Whirl

Di Wild Whirl, terdapat lorong yang menegak dan seterusnya menuju ke bulatan yang berbentuk mangkuk gergasi yang boleh ditelusuri oleh pengunjung dengan menaiki pelampung dengan 2 muatan.

Sebelum turun ke tengah bulatan, pengunjung akan berpusing-pusing di dinding bulatan beberapa pusingan dan akhirnya terus ke kolam yang berada di hujung pengembaraan.

8. Super Twister

Di Super Twister, dengan menaiki ‘tube’, pengunjung boleh berpusing turun menyelusuri gelongsor. Di pertengahan permainan, pengunjung akan turun melalui terowong dan akhirnya terus ke dalam kolam air.

9. The Tempest

Ketika menaiki permainan ini, pengunjung pasti akan membuatkan jeritan sehingga kedengaran di udara semasa turun melalui gelongsor menggunakan rakit dan bersiap sedia untuk bergerak ke corong bertekanan tinggi.

Kemudian, mereka akan turun dari ketinggian 24 kaki sebelum terus kedalam terowong untuk mengalami ‘splashdown’.

10. Swinging Ship

permainan yang menjadi kegemaran di taman tema ini adalah Swinging Ship atau lebih dikenali sebagai kapal lanun. Permainan ini merupakan satu-satunya permainan di taman tema air  yang tidak akan membuatkan anda basah.

Permainan ini akan membuatkan pengunjung dari semua lapisan umur merasakan keseronokan yang tidak terhingga ketika permainan kapal ini berayun sehingga mencecah 180 darjah.

11. Penawar River Huts

Di sepanjang Penawar River terdapat Penawar River Huts yang membolehkan anda berehat sebentar dan bersantai.

Di sini juga terdapat Cabanas yang sedia untuk disewa. Anda boleh mengembalikan tenaga anda sebelum anda melakukan aktiviti yang seterusnya.

Penutup

Demikianlah aktiviti-aktiviti menarik yang anda boleh cuba di Desaru Coast. Taman tema air ini sangat seronok dikunjungi bersama anak-anak dan keluarga tersayang. Banyak pengalaman menarik yang boleh dirasai di taman tema air ini. Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda berkungjung ke tempat ini!

Sumber:

https://desarucoast.com/en/AboutUs

https://www.caridestinasi.com/tarikan-desaru-coast-adventure-waterpark-johor/

Summary
Aktiviti Menarik Di Desaru Coast Yang Harus Anda Cuba
Article Name
Aktiviti Menarik Di Desaru Coast Yang Harus Anda Cuba
Description
Desaru Coast adalah salah satu bukti perkembangan pelancongan baru yang dinanti-nantikan di Malaysia dengan dengan gabungan unik resort dan vila yang terkenal di dunia.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: