ubat sakit perut

Tanpa ubat sakit perut akibat ketidakhadaman atau keracunan makanan pastinya menyebalkan anda kerana perlu berulang alik ke tandas. Ini merupakan senarai ubat sakit perut yang ada di pasaran serta mudah didapati untuk disimpan apabila memerlukan.

1. Pil Chit-Kit Teck Aun

Menjadi pilihan sesiapa sahaja kerana sangat popular sebagai ubat berkesan untuk masalah senak perut, cirit birit serta gejala yang berkaitan.

2. Ranitidine 150mg (Zantac)

Membantu mengurangkan rasa sakit perut lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah ulser perut, gastrik dan juga GERD. Ia bertindak mengurangkan rembesan asid perut.

3. Diphenoxylate + Atropine sulphate (Lomotil)

Membantu mengurangkan gejala cirit birit disebabkan keracunan makanan.

4. Activated charcoal 250mg

Mempunyai fungsi yang sama dengan Lomotil, mengurangkan gejala cirit birit.

5. Oral Rehydration Salt (ORS)

ORS ini sering dipreskripsi doctor untuk anda yang mengalami cirit birit, untuk menggantikan garam yang telah hilang daripada badan agar anda kekal hidrat.

6. Kwan Loong Medicated Oil

Tidak gemar menelan biji ubat? Ini merupakan minyak sapu untuk membantu menghilangkan sakit perut anda malah boleh digunakan ketika pening kepala, hidung tersumbat serta mabuk perjalanan. Bau yang tidak lembut dan tidak memeningkan, sesuai untuk anda yang tidak suka bau minyak yang kuat.

7. Minyak Yu Yee Oil Cap Limau

Minyak terkenal ini sering diguna untuk melegakan kembung bayi, namun ia juga sesuai untuk individu dewasa yang mengalami masalah sakit perut dan kembung.

8. Minyak Cap Kapak

Tidak perlu diperkenalkan lagi, membantu melegakan sakit perut anda. Bau yang kuat dengan wangian mint memberi sedikit kepanasan yang melegakan anda nanti.

9. Eno Halia

Paket kecil ini membantu melegakan angin dan ketidakhadaman anda. Hanya perlu masukkan ke dalam air dan minum, semudah itu!

10. Poi Chai Pills

Tidak menemui ubat seperti di senaraikan. Ubatan cina ini juga membantu melegakan sakit perut anda serta gejala yang berkaitan.

Langgani buletin kami dan dapatkan berita terbaru mengenai kesihatan serta promosi-promosi rakan kami.

Summary
10 ubat sakit perut yang ada di pasaran
Article Name
10 ubat sakit perut yang ada di pasaran
Description
Tanpa ubat sakit perut akibat ketidakhadaman atau keracunan makanan pastinya menyebalkan anda kerana perlu berulang alik ke tandas.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *