toner

Penggunaan toner adalah penting selepas mencuci wajah terutamanya bagi mereka yang mempunyai jenis kulit yang berminyak dan mudah berjerawat. Selain itu juga, toner juga bertindak sebagai pembersih permukaan muka yang lebih apabila menggunakan alat mekap yang tebal atau krim pelindung matahari. Bukan itu sahaja, toner juga dapat mengecilkan liang pori, mengembalikan pH kulit dan memberikan rasa segar pada wajah. Di sini kami syorkan 10 jenis toner yang berpatutan yang boleh anda pertimbangkan. Namun sebelum itu, anda perlu mengenalpasti jenis kulit anda untuk memilih toner yang bersesuaian.

SAFI Perfect White Clarifying Tone Simple (100 ml)

SAFI Perfect White Clarifying Tone Simple (100 ml)

RM11.60

Mengecilkan liang pori dan diperkaya dengan agen pelembap untuk memberi kelembapan pada kulit dan menjadi kulit lebih segar dan lembut. Menggunakan Teknologi Ultra White yang menggabungkan kandungan aktif Nano BioWhite dan Kakadu Plum untuk memberikan kecerahan pada wajah. Nano BioWhite meresap masuk ke dalam wajah untuk mengurangkan bintik hitam untuk menjadikan tona yang lebih sekata dan cerah. Kakadu Plum mempunyai sumber yang kaya dengan Vitamin C (100x lebih daripada oren) untuk memberikan wajah yang lebih berseri dan cerah.

NUTOX Astringent Toner (125 ml)

NUTOX Astringent Toner (125 ml)

RM29.90

Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Diformulasikan dengan pH yang seimbang yang memberikan kesegaran pada kulit. Memberikan 24 jam kelembapan pada kulit untuk mengecilkan liang pori dan menegangkan kulit wajah. Kulit wajah lebih lembut dan memudahkan pemakaian alat mekap dan mekap tahan lebih lama. Merupakan rangkaian produk Nutox Anti-Ageing. Diformulasikan dengan B-Nest Collagen and Oxyfusion yang memberikan keremajaan pada kulit.

Neutrogena® Alcohol-Free Toner (150ml)

Neutrogena® Alcohol-Free Toner (150ml)

RM19.90

Mempunyai tindakan dual iaitu membersih dan memberi keseimbangan pada wajah. Membersihkan kekotoran secara lembut dan mengembalikan kondisi kulit wajah. Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Diformulasikan tanpa alkohol yang membersih tanpa menyebabkan iritasi.

NANOWHITE Refining Treatment Toner (200ml)

NANOWHITE Refining Treatment Toner (200ml)

RM25.90

Diperkaya dengan HappyDermatology™, nanotechnology, Omega White C, allantoin, ekstrak oren, ekstrak lemon dan ekstrak bilberry. Mengecilkan dan mengetatkan liang pori. Membuang minyak berlebihan pada permukaan kulit tanpa mengeringkan kulit.  

Simple Soothing Facial Toner (200ml)

Simple Soothing Facial Toner (200ml)

RM19.70

Menyingkirkan kesan alkali dan kekotoran pada muka selepas membasuh muka. Membantu untuk mengembalikan pH semulajadi wajah. Sesuai untuk kulit sensitif. Diformulasi tanpa wangian dan tanpa alkohol yang lembut pada kulit. Tiada bahan kimia yang kuat yang boleh merengsa kulit. Tiada mineral oil dan tiada bahan-bahan yang berasaskan haiwan menjadikan produk ini mesra kulit.

Summary
10 Toner Mampu Milik Di Malaysia Untuk Menyegarkan Wajah
Article Name
10 Toner Mampu Milik Di Malaysia Untuk Menyegarkan Wajah
Description

Author
Tagged: