toner kulit kering
Sebenarnya anda perlu memilih toner kulit kering yang bersesuaian untuk kulit anda. Mari kita lihat 10 toner kulit kering yang dipilih khas untuk anda.

Berbeza dengan salah faham yang sering diperkatakan bahawa anda toner perlu dihindari jika anda mempunyai kulit kering. Sebenarnya anda perlu memilih toner kulit kering yang bersesuaian untuk kulit anda.

Mari kita lihat 10 toner kulit kering yang dipilih khas untuk anda.

1. Neutrogena Alcohol-Free Toner

Neutrogena Alcohol-Free Toner merupakan antara toner muka terbaik yang boleh didapati di Malaysia pada tahun 2020.

Ia merupakan toner yang menjanjikan kulit segar dan bersih tanpa mengetatkan atau mengeringkan wajah anda. Formula tanpa alkohol ini lembut pada kulit dan cukup untuk membersihkan kotoran yang tertinggal pada wajah.

Pastinya ia merupakan toner dengan harga yang paling berpatutan yang anda boleh dapati.

2. Khairs Supple Preparation Toner

Dengan formula yang memberikan kulit anda penghidratan dan menghidupakan semula kulit letih anda. Khairs Supple Preparation Toner adalah toner yang boleh memberikan anda kulit yang bersinar seperti yang anda mahu untuk kulit kering sesaing dengan Pixi Glow Toner.

3. Innisfree Green Tea Seed Skin

Siapa tidak ketahui jenama Innisfree bukan? Ia merupakan salah satu jenama yang mengeluarkan produk kecantikan yang sangat bagus.

Jika anda ingin mencuba toner harian yang baru cubalah Innisfree Green Tea Seed Skin. Ia bukan sahaja berbau seperti teh hijau malah ia menghidratkan kulit anda.

Toner yang berpatutan ini mengandungi glycerin dan mudah diserap ke dalam lapisan kulit anda.

4. Cosrx Centella Water Alcohol-Free Toner

Toner tanpa alkohol ini sesuai untuk diambil ketika anda sibuk. Ia memberikan kesegaran dengan segera dan menghidupkan kulit penat anda.

Mengandungi bahan yang anti radang memberi anda penghidratan dan mengoptimumkan tahap PH wajah anda. Percayalah, anda ingin produk ini sentiasa dibawa ke mana sahaja anda pergi.

5. SUKIN Original Hydrating Mist Toner

Sesuai sebagai toner kulit kering, mereka yang menggunakan SUKIN Original Hydrating Mist Toner merasakan ia benar-benar menghidratkan.

Namun begitu, ia mungkin tidak sesuai untuk mereka dengan kulit sensitif kerana mengandungi bau daripada air mawar. Kamomile di dalam toner ni menenangkan kulit anda dan mengurangkan kemerahan.

Dalam bentuk semburan boleh digunakan apabila diperlukan hanya dengan menyembur pada wajahnya dan memberikan kemasan matte.

6. Benton Aloe BHA Skin Toner

Benton Aloe BHA Skin Toner mengandungi formula yang disertakan dengan air daun aloe barbadensis membuatkan ia produk yang sangat melembapkan.

Ia juga mengandungi asid hialuronik untuk menghidratkan dan asid salisilik yang mengekfoliasi pori anda dengan lembut. Toner ini berbaloi untuk didapati walau apa juga keadaan kulit anda.

7. Avene Eau Thermal Gentle Toning Lotion

Adakah kulit anda kering dan sensitif? Jika ia pasti anda sukakan toner menghidratkan ini. Toner berasaskan air oleh Avene mengandungi emolien ringan untuk menghalang kulit kering anda daripada merekah.

Ia mengandungi anti oksidan dan air mata air terma yang mengelakkan keradangan dan menenangkan kulit anda.

8. Clinique Anti-Blemish Solution Clarifying Toner

Malang sekali, kulit kering tidak bermakna kita bebas daripada jerawat degil, terutama di zon T di mana berlaku penghasilan minyak berlebihan.

Tidak perlu risau lagi dengan toner daripada Clinique ini dapat mengatasi lebihan minyak dan mengelakkan kulit rosak.

Jika anda mempunyai kulit yang sangat kering, gunakannya hanya pada zon T dan hapuskan segala jerawat yang anda hari ini juga,

9. Acwell Licorice PH Balancing Cleansing Toner

Sesuai untuk kulit kering dengan air licorine dan ekstrak akar yang memberikan kebaikan mencerahkan kulit dan anti jerawat. Ia juga membersihkan segala kekotoran yang tertinggal pada wajah dengan berkesan.

Ia menghidratkan dan melembutkan kulit anda selepas memakainya.

10. Thayers Witch Hazel Rose Petal Facial Toner

Diperbuat daripada Amerika Syarikat, Thayers Witch Hazel Rose Petal Facial Toner adalah tidak sepenuhnya bebas alkohol.

Namun bau toner yang semulajadi sesuai untuk semua jenis kulit. Formula ini mengandungi bahan organik yang diiktiraf seperti witch hazel dan aloe vera. Melembutkan kulit dan menenangkan kulit yang iritasi.

SUMBER

https://bestbuyget.com/toner-malaysia/

https://productnation.co/my/beauty/9968/best-toner-dry-skin-malaysia

https://www.stylecraze.com/articles/best-toners-for-dry-skin/

Summary
10 Toner Kulit Kering Menyelesaikan Masalah Anda
Article Name
10 Toner Kulit Kering Menyelesaikan Masalah Anda
Description
Sebenarnya anda perlu memilih toner kulit kering yang bersesuaian untuk kulit anda. Mari kita lihat 10 toner kulit kering yang dipilih khas untuk anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: