isteri curang

Isteri curang, malangnya mungkin ia betul. Sukar untuk anda akui bukan? Namun, jika anda sedang mencari dan sekarang membaca artikel ini, sudah pasti anda mengesyaki isteri anda curang.

Oleh itu, disini kami kongsikan beberapa tanda isteri curang yang berlaku secara umum untuk mengesahkan apa yang ada di minda anda dan menyokong kecurigaan anda terhadap isteri anda.

Penampilan berubah

Anda boleh lihat pasangan anda secara tiba-tiba mula merubah penampilannya dari segi pemilihan outfit, minyak wangi mahupun pemakanan. Dia kelihatan melakukan semua ini untuk kelihatan lebih menarik. Sebagai contoh, isteri anda memotong rambut dan yang paling mencurigakan, memakai set pakaian dalam yang sama warna.

Pasangan anda sering menggunakan telefon dan komputer secara rahsia

Pasangan anda semakin kerap menggunakan telefon dan komputer. Mereka mula menetapkan kata laluan padahal sebelum ini mereka tidak menetapkannya. Bukan itu sahaja, mereka sering menghapus teks dan sejarah panggilan.

Yang paling teruk ialah apabila mereka tidak mahu memberikan telefon mereka kepada anda semasa anda memintanya seolah-olah ada rahsia yang mereka takut untuk kamu ketahui.

Sukar untuk dihubungi

Pasangan yang curang susah untuk dihubungi. Jika ditanya, mereka akan sentiasa beralasan seperti sibuk bermesyuarat ataupun memandu. Mereka seperti malas hendak berhubung dengan anda.

Lebih-lebih lagi jika mereka sukar dihubungi ketika bekerja outstation beberapa hari, mungkin itu petanda buruk.

Perubahan dalam hubungan intim

Apabila pasangan lebih focus kepada orang ketiga ataupun telah emosinya bersama anda telah kurang, mungkin hubungan intim akan kurang dilakukan. Jika ia semakin sering dilakukan pula, mungkin untuk menutup kecurangannya.

Satu lagi apabila pasangan anda melakukan teknik baru semasa berhubungan intim, di mana teknik baru ini mungkin diperoleh ketika bersama dengan orang ketiga.

Bersikap seperti musuh kepada anda dan hubungan

Pasangan yang curang sering menyalahkan anda atas segalanya, mereka bersikap menghukum dan tiada yang betul di mata mereka. Mereka tidak lagi menghargai perkara-perkara istimewa dalam perhubungan dan cara mereka melihat anda tidak sama seperti semasa mereka menikahi anda.

Perubahan jadual harian

Mereka yang curang sering merubah jadual harian, seperti selalu lambat balik kerja, pulang malam. Sentiasa ada alasan seperti tayar pancit, trafik jem atau habis bateri fon. Yang sebelum ini tidak pernah ada kerja outstation, tiba-tiba sekarang kena outstation.

Mereka juga akan selalu lupa tentang perkara penting seperti mengambil anak di sekolah atau acara dan hari istimewa.

Kawan anda menjadi tidak selesa dengan anda

Selalunya bila pasangan curang, anda orang terakhir yang akan tahu. Kawan-kawan pasangan anda yang curang telah mengetahui hal ini sejak awal lagi, jadi mereka berasa tidak enak terhadap anda.

Akhirnya, mereka akan jadi kurang selesa ataupun menjadi terlalu baik dalam melayan anda.

Perbelanjaan yang tidak biasa

Pasangan anda membelanjakan wang secara tidak masuk akal. Terdapat cas terhadap kad kreditnya, pengeluaran dari akaun simpanan, pelaburan, persaraan dan sebagainya. Jika anda tanya kemana pergi nya wang itu, jawapan mereka tidak masuk akal.

Jika anda mendapati terdapat perbelanjaan besar di tempat yang anda tidak biasa kunjungi, itu mungkin petanda buruk.

Keakraban emosi berkurangan

Masa berlalu, kita semakin rapat dengan pasangan, membina kepercayaan antara satu sama lain, dan banyak lagi dilakukan bersama dan itu adalah proses membina keakraban emosi. Kearaban emosi lah yang membuatkan kita masih bersama pasangan apabila kehangatan hubungan tidak lagi seperti di awal-awal perkahwinan.

Jika keakraban emosi ini telah kurang, pasangan anda mungkin curang kerana fokusnya telah beralih arah ke orang ketiga.

Jika ditanya hal curang, pasangan anda mengelak

Jika pasangan anda curang, itu adalah hal terakhir yang ingin dibincangkannya dengan anda. Jika ditanya, mereka akan mengelak, cuba mengubah topik perbualan ataupun menyalahkan anda kerana berfikiran negatif.

Namun, ianya bukan salah anda jika berfikiran sedemikian itu adalah firasat yang timbuk secara semula jadi.

Akhir kata, tiada cara yang tepat untuk anda tahu jika pasangan anda curang melainkan dengan berdepan dengannya dan tanyakan tentang hal ini. Jika anda dapati pasangan anda menipu dan menokok tambah cerita, maka mungkin hal curang mungkin wujud.

Sebelum anda ingin membuat keputusan tentang hubungan anda, ada baiknya juga anda berjumpa pakar perunding perhubungan.

SUMBER:

https://hackspirit.com/how-to-tell-if-wife-cheating

https://www.psychologytoday.com/us/blog/love-and-sex-in-the-digital-age/201812/10-signs-your-spouse-is-cheating

https://www.verywellmind.com/warning-signs-your-spouse-is-cheating-2300652

https://www.nbcnews.com/better/lifestyle/6-mistakes-you-re-making-when-you-argue-your-partner-ncna1131941

Summary
10 Tanda-tanda isteri curang
Article Name
10 Tanda-tanda isteri curang
Description
Isteri curang, malangnya mungkin ia betul. Sukar untuk anda akui bukan? Namun, jika anda sedang mencari dan sekarang membaca artikel ini, sudah pasti anda mengesyaki isteri anda curang.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: