10 Tanda-Tanda Anda Hampir Bersalin
Ia merupakan satu peristiwa sangat menggembirakan kerana anda tentu sudah tertunggu-tunggu selama berbulan-bulan untuk berjumpa dengan bayi anda.

Ia merupakan satu peristiwa sangat menggembirakan kerana anda tentu sudah tertunggu-tunggu selama berbulan-bulan untuk berjumpa dengan bayi anda. Ramai ibu hamil tertanya-tanya bagaimanakah rasanya melahirkan seorang bayi, berapa lamakah tempoh yang diambil dan apakah tanda-tanda hampir bersalin.

Adalah sukar bagi meramalkan jawapan kepada semua persoalan tersebut kerana setiap kelahiran adalah berbeza. Namun, mengetahui tanda-tandanya boleh membantu anda untuk mengetahui masa yang hampir tiba untuk bertemu dengan bayi anda.

Bersalin berlaku apabila saat bermulanya kontraksi rahim dan ia berakhir dengan seorang bayi.

Jika anda kehamilan anda seperti kebanyakan ibu hamil yang lain, anda mungkin tertanya-tanya bagaimanakah anda akan mengetahui tempoh kelahiran yang sebenar dengan yakin dan pasti. Oleh itu, sekiranya anda sudah hampir dengan tempoh bersalin, beri perhatian kepada 10 tanda bersalin ini yang boleh memberitahu anda akan kelahiran bayi anda:

1. Bayi anda “jatuh

Jika anda seorang ibu yang pertama kali melahirkan bayi, biasanya bayi anda akan mula jatuh, atau turun ke bahagian pelvik anda beberapa minggu sebelum kelahiran (biasanya sekitar dua hingga empat minggu sebelumnya, tetapi tempoh ini boleh berubah-ubah).

Anda mungkin akan berada di satu tahap di mana anda lebih kerap pergi ke tandas kerana kepala bayi menekan pundi kencing anda.

Namun begitu, bagi kehamilan seterusnya, keadaan ini tidak selalu berlaku sehinggalah anda benar-benar ingin melahirkan bayi.

2. Serviks anda mengembang 

Serviks anda juga akan mula bersedia untuk kelahiran yang akan tiba. Ia akan mengembang dan menjadi nigis selama berhari-hari atau berminggu-minggu sebelum kelahiran. Sewaktu rutin pemeriksaan mingguan, pakar kesihatan anda mungkin akan mengukur dan merekod pengembangan dan penipisan rahim anda melalui ujian dalaman.

Walau bagaimanapun, setiap individu mengalami keadaan yang berbeza-beza.

3. Anda mengalami kekejangan dan sakit belakang yang kerap

Anda mungkin terasa kejang dan sakit di bahagian belakang dan pangkal paha apabila sewaktu hampir dengan tempoh kelahiran terutamanya jika ia bukanlah kehamilan pertama anda. Otot dan sendi anda akan meregang dan bergerak sebagai persediaan untuk dilahirkan.

4. Sendi anda terasa lebih longgar

Sepanjang kehamilan anda, hormon relaxin melonggarkan ligamen anda sedikit.

Sebelum anda melahirkan bayi, anda mungkin dapat merasa sendi-sendi di seluruh tubuh anda sedikit longgar dan lebih relaks. Ia adalah cara semula jadi untuk membuka pelvik bagi mengeluarkan penumpang kecil anda ke dunia.

5. Anda mengalami cirit-birit

Seperti otot-otot di rahim anda yang direhatkan sebagai persediaan kelahiran, begitu juga otot lain dalam badan anda termasuklah otot di rektum. Keadaan ini boleh menyebabkan cirit-birit, iaitu simptom kelahiran yang agak menjengkelkan yang mungkin anda alami sewaktu kehamilan.

Walaupun ia agak menjengkelkan, ia adalah sesuatu yang normal. Pastikan anda kekal terhidrat dan ingat: Ini merupakan salah satu petanda yang baik!

6. Berat anda berhenti meningkat (atau berat menurun)

Berat badan sering berubah pada saat-saat akhir kehamilan. Sesetengah bakal ibu malah kehilangan beberapa kilo berat.

Ini adalah perkara biasa dan ia tidak akan menjejaskan berat bayi anda. Berat anda mungkin akan jatuh kerana paras cecair amniotik yang makin berkurang dan anda akan melawat tandas dengan lebih kerap.

7. Anda berasa sangat letih

Perut yang bersaiz besar digabungkan bersama pundi kencing dan organ lain yang termampat, boleh menjadikan anda sukar untuk mendapatkan tidur malam yang baik pada hari-hari dan minggu terakhir kehamilan. Oleh itu, tumpukan bantal dan tidur sebentar apabila anda boleh, sekiranya mungkin.

Namun begitu, ada juga sesetengah ibu yang semakin meningkat tenaga, yang juga dikenali sebagai naluri bersarang (nesting instinct) ketika hari ulang tahun bayi mendekati jadi, mereka bersemangat untuk membersihkan dan mengatur segala benda dalam pandangan. Ia tidak mengapa, selagi anda tidak keterlaluan.

8. Anda kehilangan palam lendir (mucous plug) dan keputihan anda berubah warna dan konsistensi

Palam lendir anda mungkin akan keluar dalam bentuk lendir yang besar atau kecil, Ia kelihatan seperti lendir dalam hidung anda. Walau bagaimanapun, sesetengah wanita tidak akan kehilangannya langsung sebelum kelahiran.  

Pada hari-hari terakhir sebelum kelahiran, anda mungkin akan melihat keputihan yang meningkat dan / atau tebal. Cecair tebal dan berwarna merah jambu ini dipanggil  merupakan petunjuk yang baik bahawa kelahiran sudah semakin hampir.

Tetapi jika masih tiada kontraksi atau pelebaran bukaan faraj sebanyak 3 hingga 4 sentimeter, kelahiran masih boleh bertahan selama beberapa hari lagi.

9. Anda merasakan kontraksi yang lebih kuat dan lebih kerap

Kontraksi adalah tanda awal kelahiran yang aktif atau tidak. Ini kerana anda juga boleh mengalami kontraksi Braxton Hicks selama berminggu-minggu dan bahkan bulan sebelum kelahiran. Saat kontraksi, anda akan merasakan cengkamannya saat otot-otot dalam rahim anda menegang sebagai persediaan untuk saat besar: menolak bayi anda keluar.

10. Air ketuban pecah

Air ketuban pecah merupakan salah satu tanda akhir kelahiran yang paling banyak dialami oleh wanita, namun ia hanya berlaku dalam 15 peratus kelahiran atau kurang daripada itu. Oleh itu, jangan menganggapnya sebagai tanda kelahiran yang jelas dan pasti.

Sumber

https://www.whattoexpect.com/pregnancy/labor-signs

https://www.fatherly.com/health-science/signs-your-wife-is-going-into-labor-giving-birth/

https://www.livescience.com/44554-signs-of-labor.html

https://www.parents.com/pregnancy/giving-birth/signs-of-labor/early-labor-checklist/

Summary
10 Tanda-Tanda Anda Hampir Bersalin
Article Name
10 Tanda-Tanda Anda Hampir Bersalin
Description
Bagi ibu baru, mengetahui tanda-tanda bersalin boleh membantu anda untuk mengetahui masa yang hampir tiba untuk bertemu dengan bayi anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: