10 Superfruits Paling Popular Anda Perlu Cuba
Buah-buahan ini telah menjadi tumpuan dan diperkenalkan sebagai ‘superfruits’ oleh saintis dan pakar kesihatan.

Superfruits adalah buah menyeluruh yang membekalkan banyak vitamin semulajadi seperti mineral, lemak sihat, asid amino, enzim tumbuhan, antioksida dan nutrisi phyto.

Buah-buahan ini telah menjadi tumpuan dan diperkenalkan sebagai ‘superfruits’ oleh saintis dan pakar kesihatan. Dalam beberapa kajian yang telah dilakukan, buah-buahan ini menunjukkan manfaat yang berkesan boleh mengurangkan risiko beberapa penyakit.

Inilah senarai 10 jenis ‘superfruits’ yang paling popular:

1. Acai Berries

Ini adalah buah yang paling berkesan untuk menjadikan anda sihat dan awet muda. Beri ini berwarna ungu dan ia ditemui di Hutan Hujan Amazon. Buah ini dianggap sebagai superfruit nombor 1 oleh beberapa pakar kerana ia penuh dengan asid amino, protein, dan vitamin seperti A, E, & B1.

Faedah buah ini adalah:

  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Memperbaiki kesihatan mental
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Sokongan pencernaan
  • Menjaga kulit supaya kekal sihat dan bersinar
  • Meningkatkan kekebalan sistem imun
  • Mendetoksifikasi dan membersihkan badan
  • Mempromosikan kesihatan jantung

2. Delima

Ia adalah sejenis buah berwarna merah yang mengandungi banyak bijian berair.

Buah ini boleh ditemui di Asia Barat, tetapi kebanyakannya ditanam di kawasan kering dan panas di seluruh dunia. Delima kaya dengan kalium dan vitamin C. Jumlah antioksidan yang terdapat dalam Delima adalah tiga kali lebih banyak daripada Teh Hijau.

Faedah delima:

3. Epal

Sehari sebiji Epal, menghindari doktor. Anda pasti pernah mendengar kata-kata ini bukan? Ia adalah benar. Buah warna merah dan hijau ini sentiasa berada dalam senarai buah-buahan ‘super’. Umum tahu bahawa epal merupakan sumber serat yang terhebat.

Faedah tambahan makan epal secara berkala adalah:

  • Mengandungi antioksidan, anti-radang dan antihistamin
  • Melindungi anda dari masalah jantung
  • Menggalakkan fungsi paru-paru yang lebih baik
  • Mencegah alahan

4. Avokado

Buah ini berbentuk telur dan dipenuh dengan asid lemak sihat dan lemak ‘monounsaturated’. Avokado sesuai untuk meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Malah, lemak yang terkandung dalam buah ini meningkatkan penyerapan karotenoid seperti lycopene dan beta-karoten untuk jantung yang sihat.

Faedah Avokado:

  • Menurunkan LDL (kolesterol jahat)
  • Menaikkan jumlah kolesterol baik
  • Mengurangkan risiko kanser
  • Mengurangkan risiko Kencing Manis dan Penyakit Jantung

5. Kiwi

Anda ingin mendapatkan dos harian vitamin C yang mudah? Jadikan Kiwi sebagai buah rutin anda sekiranya anda mengalami masalah pencernaan. Kiwi penuh dengan vitamin C dan mengandungi lebih banyak kalium daripada Pisang.

Faedah yang anda dapat:

  • Kaya dengan serat
  • Sesuai untuk individu yang mengalami Sindrom Usus Radang
  • Mengandungi karbohidrat kompleks prebiotik

6. Pisang

Pisang secara teknikal adalah sejenis Beri, bukan buah. Ia merupakan buah yang paling senang untuk dimakan. Manfaat hebat yang ditawarkan dalam Pisang menjadikannya superfruit yang paling popular. Pisang dipenuhi dengan kalium dan ia merupakan sumber serat yang sangat baik.

Faedah makan Pisang secara rutin adalah:

  • Menurunkan tekanan darah
  • Memperbaiki metabolisme
  • Mengandungi hanya 110 kalori dan tiada lemak
  • Mengurangkan risiko Strok dan Kanser
  • Meningkatkan tahap tenaga dan menjadikan anda cergas

7. Tembikai Susu

Buah super ini adalah senjata utama untuk kulit yang awet muda, bersinar dan licin. Buah ini tinggi dengan vitamin A. Selain itu, ia juga mengandungi adenosin yang digunakan untuk merawat masalah jantung. Oleh kerana kandungan nutrien dan vitamin yang tinggi, ia terkenal dengan manfaat kesihatan dan kesejahteraan yang baik.

Faedah kesihatan buah ini:

  • Mengeringkan darah anda untuk mengelakkan pembentukan darah beku
  • Melegakan serangan Angina
  • Menggalakkan reproduksi sel

8. Buah Sitrus

Buah Sitrus seperti limau dan oren penuh dengan serat, vitamin C, dan ciri-ciri melawan penyakit. Inilah sebabnya mengapa semua buah sitrus adalah superfruit. Ia:

  • Penuh mineral dan nutrien
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat matahari
  • Mencegah bintik-bintik penuaan
  • Mengawal kelenjar minyak

9. Betik

Ia merupakan sejenis buah eksotik yang boleh ditambah ke dalam diet harian anda kerana Betik tinggi dengan nutrien. Malah, ia mempunyai lebih banyak vitamin C daripada Lemon dan Oren.

Faedah:

  • Sumber kalium yang banyak
  • Mengawal tekanan darah dan cecair dalam badan
  • Mengandungi vitamin A yang baik untuk penglihatan dan kulit

10. Nanas

Nanas sangat sihat dan lazat. Ia kaya dengan serat, vitamin C, kuprum, dan manganese. Selain itu, ia turut mengandungi Bromelain, iaitu sejeni enzim pencernaan yang penting. Kelebihan nanas dalam diet anda termasuklah:

  • Memperbaiki mata
  • Menyokong sistem imun
  • Mengurangkan kembung perut
  • Mencegah kanser
  • Mengekalkan kesihatan tulang dan mulut

Berikutlah senarai 10 superfruits yang paling popular dan bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada kesihatan anda. Setiap buah dalam senarai ini mengandungi campuran mineral, antioksidan, dan vitamin yang hebat. Tambah superfruits ini dalam diet anda untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat!

Sumber

https://food.ndtv.com/food-drinks/7-super-fruits-you-must-eat-for-super-health-1780585

https://www.snowgoose.com.au/blog/top-14-superfruits

https://www.health.com/food/23-healthiest-superfruits-you-need-now

https://food.ndtv.com/food-drinks/7-super-fruits-you-must-eat-for-super-health-1780585

Summary
10 Superfruits Paling Popular Anda Perlu Cuba
Article Name
10 Superfruits Paling Popular Anda Perlu Cuba
Description
Buah-buahan ini telah menjadi tumpuan dan diperkenalkan sebagai ‘superfruits’ oleh saintis dan pakar kesihatan. Cuba superfruits hari ini!
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: