serum rambut terbaik
Serum rambut biasanya diformulasikan menggunakan silikon untuk memberikan perlindungan pada rambut anda. Ini kemudian boleh membuatkan rambut anda kelihatan lebih bersinar dan tidak berminyak.

Serum rambut biasanya diformulasikan menggunakan silikon untuk memberikan perlindungan pada rambut anda. Ini kemudian boleh membuatkan rambut anda kelihatan lebih bersinar dan tidak berminyak.

Terdapat banyak produk serum rambut yang anda boleh dapatkan di pasaran jadi jom ketahui 10 serum rambut terbaik seperti di bawah.

1. Innisfree Camellia Essential Hair Oil Serum

Produk Innisfree sememangnya berkualiti dari produk penjagaan kulit hinggalah produk penjagaan rambut ini. Dengan serum rambut ini, ia membantu menguatkan, melembapkan dan merawat rambut yang bermasalah dengan kandungan minyak camellia. Malah, ia juga membuatkan rambut anda kelihatan lebih terurus dan tidak terlalu kerinting sejurus selepas mandi.

Anggaran harga: RM43.00+

2. Mise En Scene Perfect Hair Serum

Produk yang berasal dari Korea ini sememangnya terkenal sebagai antara salah satu serum rambut terbaik di Malaysia! Mengandungi 7 jenis minyak dengan khasiatnya tersendiri, rambut anda pasti tidak akan rosak dan kekal hidrat selepas ini. Malah, produk ini juga membantu melembutkan rambut yang rosak dan kering. Gunakannya untuk satu tempoh dan lihat sendiri perbezaan rambut anda selepas itu.

Anggaran harga: RM 43.00+

3. Dove Nutritive Solutions Hair Fall Rescue Serum

Bagi mendapatkan rambut yang lembut dan lurus, gunalah produk serum rambut daripada Dove ini. Ia mengurangkan geseran untuk mencegah kerosakan pada rambut. Serta, ia juga membantu menguruskan rambut anda bagi memberi penampilan yang terurus. Anda juga boleh mengurangkan masalah keguguran rambut dengannya kerana ia menguatkan akar rambut dengan setiap penggunaan.

Anggaran harga: RM21.00+

4. Sailajah Hair Serum

Jika anda mempunyai masalah keguguran rambut yang serius, apa kata anda cuba serum rambut ini kerana ia dikatakan merupakan yang terbaik dalam kalangan serum rambut dengan harga berpatutan. Ia membersihkan dan melegakan kulit kepala anda serta menguatkan kulit kepala bagi mengurangkan masalah rambut gugur. Malah, rambut anda juga akan menjadi lebih lebat dan kuat dengan formulasi bahan yang bermanfaat.

Anggaran harga: RM55.00+

5. Good Virtues Co Multiple Repair Hair Serum

Bukan sahaja murah, malah ia juga mudah didapatkan di kebanyakan kedai seperti Watson, Guardian mahupun pasar raya biasa. Produk ini kaya dengan bahan semula jadi, nutrien, mineral dan antioksida yang membantu merawat dan melindungi rambut anda dari akarnya. Bukan hanya itu, ia juga melembutkan rambut serta mencegah rambut yang kerinting halus dan sukar diuruskan. Jadi, jika rambut anda bermasalah sebegini, cubalah produk ini sekarang.

Anggaran harga: RM16.00+

6. L’oreal Absolut Repair Cellular Serum

Produk serum rambut daripada L’oreal ini juga terkenal kerana kebolehannya dalam melindungi rambut daripada pewarna rambut yang boleh memberi kesan buruk pada kesihatan rambut itu sendiri. Malah, ia juga kaya dengan banyak bahan bagus yang sangat sesuai dalam merawat hujung rambut yang rosak, rambut berwarna yang kering dan banyak lagi!

Anggaran harga: RM40.00+

7. Palmer’s Coconut Oil Formula Hair Polisher Serum

Berdasarkan namanya, anda pasti sudah tahu bahawa ia menggunakan minyak kelapa sebagai salah satu bahannya. Bahan semula jadi ini boleh menghidratkan serta merawat rambut anda yang rosak dengan baik. Malah, anda juga boleh menggunakannya untuk memelihara rambut dengan kerinting halus bagi memberikan ia penampilan lebih kemas dan tidak terlalu kusut.

Anggaran harga: RM29.90+

8. Kerastase Discipline Olea Relax Serum

Sekiranya rambut anda senang bersimpul atau rosak di bahagian hujungnya, inilah produk serum rambut yang terbaik buat anda. Walaupun harganya lebih mahal berbanding produk serum rambut lain, namun jangan bimbang kerana ia sememangnya terbukti berkesan dalam merawat masalah rambut anda. Produk ini sangatlah sesuai dengan rambut kering kerana ia akan menyerap masuk ke dalam rambut bagi melembapkannya.

Anggaran harga: RM150.00+

9. The Body Shop Grapeseed Glossing Serum

Ini merupakan antara salah satu produk serum rambut yang paling digemari ramai di Malaysia dan ia sememangnya berkesan dengan menjadikan rambut anda bersinar dengan sihat. Malah, ia juga melembapkan rambut serta mudah dicuci jadi tiada produk yang tertinggal di kulit kepala anda. Justeru itu, tiada pembentukan kotoran di kulit kepala yang seterusnya boleh mencetuskan keradangan mahupun masalah rambut gugur.

Anggaran harga: RM67.00+

10. Kristin Ess Weightless Shine Working Serum

Bagi mereka yang suka ke kedai Sephora, anda boleh dapatkan produk ini di sana tapi jangan risau kerana ia masih dijual di kedai atas talian seperti di Shopee dan Lazada. Ia sangatlah sesuai bagi rambut yang kering untuk mengurangkan masalah tersebut. Selain merawat rambut, ia juga memberikan hasil rambut yang bersinar dan kekal hidrat buat jangka masa panjang.Tapi, tidak seperti serum lain, serum ini boleh digunakan walaupun ketika rambut anda masih basah.

Anggaran harga: RM 175.00+

SUMBER

https://toppikmalaysia.com/top-10-best-hair-serums-in-malaysia

https://productnation.co/my/21027/best-hair-serum-malaysia

https://beautyinsider.my/best-hair-serums-in-malaysia/

https://findgoodbuy.com/best-hair-serum-malaysia/

Summary
10 Serum Rambut Terbaik Untuk Menguatkan dan Melicinkan Rambut Anda
Article Name
10 Serum Rambut Terbaik Untuk Menguatkan dan Melicinkan Rambut Anda
Description
Serum rambut biasanya diformulasikan menggunakan silikon untuk memberikan perlindungan pada rambut anda. Ini kemudian boleh membuatkan rambut anda kelihatan lebih bersinar dan tidak berminyak.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: