Salon Muslimah

Salon muslimah amatlah dicari-cari oleh golongan wanita yang bertudung. Tambahan lagi, salon muslimah masih sukar dicari dibandar sewenang-wenangnya.

Wanita tidak dapat dipisahkan dengan istilah cantik. Keterampilan yang cantik dan sempurna bukan hanya pada fesyen hijab malah penjagaan rambut juga harus dititik-beratkan.

Wanita bertudung sangat memerlukan penjagaan rambut yang lebih baik kerana sentiasa dilitupi tudung -menjadikan kulit kepala berminyak, terdedah kepada jangkitan kelemumur serta menjejaskan kekuatan akar rambut.

Dengan berkunjung ke salon umpamanya adalah merupakan jalan pintas bagi seseorang mendapatkan rambut yang cantik.

Namun begitu, ramai wanita kurang selesa untuk berkunjung ke salon kerana bimbang jika aurat mereka bakal terdedah semasa menjalani rawatan.

Jadi, di sini kami mahu menyelesaikan masalah anda dengan mencadangkan beberapa salon muslimah yang menjadi pilihan ramai dengan tawaran perkhidmatan yang mesra dan terbaik.

Aurora Muslimah Salon dan Spa

Salon ini merupakan antara tempat yang menarik perhatian wanita bertujuan untuk memanjakan diri. Salon ini terletak di Shah Alam, Selangor. Salon ini memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam fesyen rambut malah pelbagai servis lain turut ditawarkan seperti urut kaki, belakang, urutan aromaterapi, lulur badan dan mandian herba. Hiasan warna merah jambu dan ruang yang selesa menarik perhatian pelbagai wanita dari setiap peringkat umur. Dengan servis yang baik dan kakitangan yang mesra menjadikan salon ini pilihan wanita muslimah.

Siti Salon Al-Zahrah

Salon ini pakar dalam menyediakan perkhidmatan rambut dan kecantikan berkualiti yang berkonsepkan muslimah serta mengikut syariat islam. Ia terletak di Shah Alam, Selangor, mereka menyediakan perkhidmatan rambut dan kecantikan yang peribadi bagi membantu wanita muslimah yang sukar mendapatkan salon yang komited. Mereka juga menawarkan privasi yang dijamin, salon untuk wanita sahaja!! Salon ini menggunakan konsep moden dan dihiasi dengan cantik bagi menjamin keselesaan para pelanggan. Rawatan akar rambut dengan madu merupakan antara kelainan berbanding salon lain.

Fynna Hair Styling & House Of Beauty

Salon Muslimah Fynna Hair Styling & House Of Beauty ini menawarkan khidmat pengguntingan rambut yang khusus untuk wanita, terutamanya wanita bertudung. Ia juga menawarkan perkhidmatan penjagaan rambut dan kecantikan. Pelbagai servis lain turut ditawarkan seperti urut kaki, belakang, lulur badan dan rawatan muka seperti kolagen. Tawaran harga yang istimewa dan servis ‘meletup’ untuk Fynna Lovers. Tempat yang selesa dan servis yang baik sememangnya memuaskan hati pelanggan. Salon ini terletak di Hulu Langat, Selangor. Cantikkan rambut dengan Fynna Beauty!

Capello by Nina

Dimiliki oleh Datin Nina Ismail Sabri, Capello by Nina adalah salun mesra Muslimah yang terletak di KL (dengan outlet lain di Johor) dan yang paling penting, ia dikhaskan untuk wanita! Selain perkhidmatan standard seperti rawatan kulit kepala dan rambut, Capello juga menawarkan manikur dan pedikur klasik untuk meningkatkan permainan kecantikan anda! Satu lagi perkara hebat mengenai Capello adalah ia juga mempunyai ruang solat untuk pelanggan. Perkhidmatan lain termasuk mencuci rambut, menyusun semula, mewarna, rawatan keratin, perm, kelembapan wajah dan banyak lagi. Ramai mengakui para staf yang ada di salon ini adalah begitu ramah bahkan, perkhidmatannya juga adalah bertaraf lima bintang.

Oasis Spa & Salon

Oasis Spa & Salon untuk wanita yang berada dalam jarak berjalan kaki dari Stesen LRT Setiawangsa. Mereka menawarkan perkhidmatan kecantikan mulai dari pemotongan rambut, penataan rambut, rawatan rambut, rawatan wajah, rawatan badan (urut, gosok), tab mandi dan beberapa jenis mandi, waxing, manikur dan pedikur. Rawatan yang disediakan dari top to toe menggunakan produk berkualiti. Perkhidmatan di Oasis Spa & Salon dijamin berkualiti dan diberikan oleh kakitangan yang berpengalaman dan berlesen. Ahli terapi kecantikan, ahli terapi urut dan penata rambut kami adalah wanita Islam.

Ridz Okumura Salon

Ridz Okumura Salon kini menjadi salah satu salon selebriti teratas di Lembah Klang, Malaysia. Penetapan harga dengan kepuasan pelanggan 100%. Harga yang ditawrakan untuk pelanggan juga berpatutan, manakala bilik yang eksklusif untuk muslimah dengan dekor yang mewah pasti menambat hati. Walaupun salon ini menawarkan perkhidmatan fesyen rambut untuk lelaki dan wanita, tetapi terdapat ruang istimewa untuk wanita muslimah bagi menjaga aurat dan keselesaan. Bilik solat turut disediakan untuk kemudahan para muslimah. Hiasan dalaman yang tampak mewah dan ekslusif dengan harga yang berpatutan bergantung kepada perkhidmatan yang dipilih dan servis yang meletop menyebabkan ramai sering berkunjung ke salon ini.

Karva Salon

Sekiranya anda tertanya-tanya sama ada jenama yang sama dengan jenama di Singapura, maka ya, Malaysia membuka cawangan pertamanya terletak di G Village, KL dan ia diuruskan oleh pelakon dan usahawan Malaysia, Nora Danish! Karva berharap wanita dapat memanjakan diri dengan lebih mudah dan mudah diakses oleh wanita Muslim. Pintu masuk salun ini mempunyai dinding putih klasik dengan meja penerimaan tetamu di sebelah kanan pintu dan kawasan perkhidmatan terletak jauh dari tingkap untuk memastikan pelanggan dilindungi dari pandangan lelaki. Selain menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan dan rawatan gaya rambut, manikur dan pedikur juga ditawarkan.

Medina Ladies Beauty Salon

Selain menawarkan potongan rambut dan mencuci rambut, Medina Ladies Beauty Salon juga menyediakan rawatan spa dan wajah. Sekiranya anda mencari salun Muslimah untuk berehat setelah seminggu yang sibuk, lihat pelbagai pakej yang mereka tawarkan! Bahagian dalaman salun ini dirancang untuk memberikan keselesaan dan privasi sepenuhnya bagi sesama pelanggan mereka. Selain daripada itu, salun ini dikhaskan untuk wanita sahaja! Terdapat kawasan untuk kanak-kanak bermain di salun. Medina menawarkan lebih banyak perkhidmatan termasuk urutan batu panas, urutan muka, urutan kaki, urutan kepala & bahu anti-tekanan, rawatan kulit kepala, dan banyak lagi. Ia terletak di Shah Alam.

InRed Hair Studio 

In Red Hair Studio ini mempunyai 4 cawangan di sekitar Johor dan salah satu terletak di Plaza Angsana, Johor Bahru Walaupun salon ini menawarkan perkhidmatan fesyen rambut untuk lelaki dan wanita, tetapi terdapat ruang istimewa untuk wanita muslimah bagi menjaga privasi dan keselesaan. Terdapat pelbagai perkhidmatan rambut ditawarkan seperti rebond, warna dan gunting rambut dengan harga dan layanan yang baik. Kakitangan yang memberikan perkhidmatan profesional kepada pelanggan dan persekitaran yang bersih dan selesa dengan hiasan dalaman yang cantik membolehkan pelanggan menikmati perkhidmatan dalam keadaan santai.

Secret Muslimah Salon

Salon ini antara yang mendapat kunjungan wanita. Ia terletak di Alor Setar,Kedah. Salon ini membekalkan perkhidmatan profesional seperti … Kakitangan mereka juga mesra dan memberi layanan yang baik. Walaupun ruang salon ini sedikit kecil, tetapi dengan servis dan harga yang berbaloi, ia tetap menjadi pilihan wanita muslimah . Kepakaran Secret Muslimah Salon membantu menyelesaikan masalah wanita yang mencari-cari salon rambut. 100% mematuhi syariah islam dengan potongan rambut berkualiti dan nampak cantik membuatkan anda tidak jemu melihat cermin.

Lepas ni dah tak perlu pening kepala fikirkan salon muslimah mana yang harus dikunjungi. Andai kata anda berada di sekitar kawasan Lembah Klang, boleh berkunjung ke salah satu salon muslimah ini bagi mendapatkan khidmat guntingan mahupun perawatan rambut secara berkala agar rambut kekal sihat dan cantik seperti yang didambakan okay?

Selamat beramal!

Summary
10 Salon Muslimah Yang Menjadi Pilihan Ramai
Article Name
10 Salon Muslimah Yang Menjadi Pilihan Ramai
Description
Wanita tidak dapat dipisahkan dengan istilah cantik. Keterampilan yang cantik dan sempurna bukan hanya pada fesyen hijab malah penjagaan rambut juga harus dititikberatkan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: