10 Restoran Cina yang Halal di Lembah Klang
Masyarakat Cina semestinya mempunyai banyak hidangan terkenal kerana cara masakan mereka yang tidak seperti kaum-kaum lain.

Masyarakat Cina semestinya mempunyai banyak hidangan terkenal kerana cara masakan mereka yang tidak seperti kaum-kaum lain. Hidangan kaum Cina biasanya berasaskan sup mahupun herba-herba yang menyihatkan tetapi masih dapat memikat selera individu. Walau bagaimanapun, kadangkala ia mungkin sedikit sukar bagi masyarakat beragama Islam di negara kita untuk menikmati hidangan sebegini kerana penggunaan bahan-bahan yang tidak dibenarkan dalam agama Islam.

Kini, sudah semakin banyak restoran halal yang beroperasi bagi memudahkan kaum lain mencuba masakan masyarakat Cina dengan lebih yakin. Penggunaan sesetengah bahan yang dilarang digantikan dengan bahan-bahan halal dan mengikut justifikasi yang telah ditetapkan.

Jadi, jika anda berada di sekitar kawasan Lembah Klang, jom ketahui antara 10 restoran Cina yang halal dan berdekatan.

1. Mohd Chan

Restoran ini sememangnya sudah terkenal dalam kalangan penggemar hidangan makanan Cina yang halal. Dengan beberapa cawangannya yang terletak di Shah Alam, Bandar Baru Bangi, Taman Melawati dan banyak lagi, ia memudahkan anda untuk mendapatkan makanan Cina kegemaran anda dengan segera. Salah satu hidangan terkenal mereka ialah Ayam Kung Po iaitu hidangan ayam yang manis tetapi sedikit pedas.

2. Muhibbah Seafood Restaurant

Sudah menjadi tarikan pelanggan sejak tahun 1980, Restoran Muhibbah adalah tempat sesuai bagi mereka yang ingin berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan. Walaupun terletak di ibu kota, namun dengan kawasan tempat letak kereta yang luas, ia pastinya tidak menjadi satu masalah. Restoran ini juga terkenal dengan hidangan sotong goreng dan kerabu paku pakis yang harus dicuba oleh setiap pelanggannya.

3. Mohammad Chow

Bagi mereka yang pernah mengikuti rancangan Jalan Jalan Cari Makan, anda mungkin pernah melihat restoran ini dalam rancangan itu. Ia juga terkenal dalam kalangan para selebriti tempatan kerana hidangan yang lazat seperti hidangan utama mereka iaitu “Nasi Goreng Seafood”. Dengan menu yang pelbagai, restoran yang mesra keluarga ini menawarkan hidangan klasik masyarakat Cina seperti ayam ‘buttermilk’ dan juga ‘yam basket’ mengikut selera anda.

4. Amber Chinese Muslim Restaurant

Terletak di Jalan Kerinchi, Bangsar South, restoran ini pastinya memikat hati pelanggannya terutama dengan 4 set menu bagi 10 orang bagi hidangan Szechuan yang terbaik merangkumi kambing bakar, nasi goreng zhoi serta terung bersama ayam. Anda juga harus mencuba hidangan mi tarik mereka bersama daging. Malah, tidak seperti hidangan Cantonese yang biasa, restoran ini menyajikan hidangan yang penuh dengan rempah dan makanan bergoreng yang mengagumkan.

5. Jibby Chow

Restoran ini mungkin masih baru bagi penggemar hidangan Cina, tetapi pemiliknya adalah pemilik sama dengan restoran lain yang sudah terkenal iaitu Jibby & Co dan juga Serai. Terletak di SS15, Subang Jaya, restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan dari semua jenis kaum. Walau bagaimanapun, memandangkan harga hidangannya yang sedikit lebih mahal, anda mungkin boleh mencari pilihan yang lebih murah di tempat lain. Tetapi, ia pastinya menjadi pilihan terutama jika anda mahukan hidangan Cina yang halal dan terasa eksklusif.

6. Golden Valley Restaurant

Restoran ini terkenal kerana menggunakan bahan mentah yang segar bagi menu hidangan Cinanya. Malah, ia juga adalah pilihan yang baik bagi makan tengah hari yang ringkas bagi mereka yang berada di sekitar ibu kota. Salah satu menu yang disyorkan adalah hidangan ‘Steam Seabass’ dengan gaya Nyonya. Hidangan yee sang di restoran ini juga terkenal kerana tiada pewarna tiruan yang digunakan.

7. Dolly Dim Sum

Dengan 5 cawangan di sekitar Kuala Lumpur, restoran Dolly Dim Sum sememangnya terkenal kerana rasa dan kualiti hidangannya. Malah, ia juga sudah mendapat banyak maklum balas positif daripada pelanggannya. Hidangannya juga sememangnya sudah disahkan halal dan selain hidangan Cina yang anda boleh dapatkan, anda juga boleh mencuba pencuci mulutnya seperti mochi durian dan yang lain.

8. HOMST Restaurant

Dengan menu yang pelbagai, anda pasti susah untuk membuat pilihan dengan cepat. Tetapi, pastikan anda mencuba hidangan terkenal mereka iaitu ikan asam stim bersama ketam kulit lembut yang dimasak bersama telur kuning. Dengan harga yang berpatutan, ia pastinya menjadi destinasi bagi mendapatkan hidangan Cina kegemaran anda selepas ini.

9. Maju Palace Restaurant

Restoran ini menawarkan hidangan masyarakat Cina istimewa yang pastinya memikat selera anda. Nikmati hidangan anda sambil melihat pemandangan Kuala Lumpur pada para pengunjung. Ia juga adalah lokasi terkenal bagi makan tengah hari korporat, majlis perkahwinan serta makan malam keluarga. Jadi, jika anda ingin mencuba hidangan mereka seperti udang goreng rangup bersama wasabi serta potongan daging kambing yang enak dan bermacam lagi, ini adalah pilihan yang baik buat anda.

10. Oriental Pearl Restaurant

Terletak di ‘Bukit Kiara Equestrian & Country Resort’, restoran ini sangat dikenali kerana hidangan dim sum dan juadah ala-ala Hong Kong yang menyelerakan. Anda juga harus mencuba hidangan istimewa mereka seperti hidangan tiram yang dimasak cara Hong Kong serta Ketam goreng ala wok.

SUMBER

https://www.havehalalwilltravel.com/blog/7-halal-chinese-restaurants-in-klang-valley-for-your-cny-dinner/

https://my.openrice.com/zh/klangvalley/article/top-10-halal-chinese-food-in-klang-valley-a468

10 Best Halal Chinese Restaurants in KL For CNY Gathering!

Top 10 Halal Chinese Muslim Places You Should Try In Kuala Lumpur

Langgani buletin kami dan dapatkan berita terbaru mengenai kesihatan serta promosi-promosi rakan kami.

Summary
10 Restoran Cina yang Halal di Lembah Klang
Article Name
10 Restoran Cina yang Halal di Lembah Klang
Description
Sudah semakin banyak restoran halal yang beroperasi bagi memudahkan kaum lain mencuba masakan masyarakat Cina. Jom lihat 10 restoran Cina halal di Lembah Klang.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *