resepi biskut raya

Resepi Biskut Raya? Alamak! Hari Raya Aidilfitri dah semakin dekat ni.Anda pasti risau kerana biskut raya adalah salah satu makanan yang perlu disediakan pada musim perayaan ini. Ia dihidangkan untuk tetamu yang hadir menziarah di rumah sebagai jamuan ringan yang enak. Ini ialah masa untuk menjalinkan hubungan dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Terdapat pelbagai jenis biskut raya yang ada dan melihatkan musim raya yang hampir tiba, pasti ramai yang sibuk menyediakan biskut raya sekarang ini.

Jom lihat 10 resepi biskut raya popular yang sedang trending untuk anda cuba!

Cadbury Tart

Walaupun namanya tart, cadbury tart ini tidak sama dengan tart nanas yang tradisional. Biskut ini sangat digemari oleh kanak-kanak kerana digunakan coklat sebagai intinya.

Bahan-Bahan: –

  • Mentaga 250g
  • Gula aising 2 sudu besar
  • Minyak sapi 1 sudu besar
  • Susu tepung 2 sudu besar
  • Kuning telur 1 biji
  • Tepung jagung 3 sudu besar
  • Tepung kastard 2 sudu besar
  • Esen vanilla 1 sudu kecil
  • Tepung gandum 3 cawan
  • Coklat Cadbury 1 bar

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Campurkan minyak, gula, minyak sapi, esen vanilla, dan kuning telur bersama dan pukul perlahan sehingga sebati.
  2. Campurkan semua tepung dan susu tepung dan masukkan ke dalam bahan sedikit demi sedikit sehingga jadi doh lembut.
  3. Bentukkan kulit tart.
  4. Letakkan bar kecil coklat cadbury di tengah tart dan lipar dua.
  5. Sapukan kuning telur di atas bahagian atas tart.
  6. Bakar tart itu pada suhu 160°C selama 20-25 minit di dalam ketuhar dengan menggunakan api atas bawah.

Biskut Florentine

Biskut ini asal usulnya dari Itali. Rupa biskut ini yang nipis dan ranggup ianya amat digemari dan disukai oleh kanak-kanak dan orang besar.

Bahan-Bahan:

  • Tepung fluorentine 500g
  • Almond flakes 500g
  • Biji labu 200g
  • Biji bunga matahari 200g
  • Bijan hitam 20g
  • Bijan putih 20g

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Panaskan semua jenis kacang selama 5 minit. Biarkan di tepi lepas itu.
  2. Masukkan tepung fluorentine dengan semua kacang dan gaul sebati.
  3. Letakkan ke dalam cawan kertas sekadar menutupi dasar.
  4. Bakar ke dalam ketuhar pada suhu 160°C selama 10-15 minit. (sehingga kacang kelihatan garing dan mengeras)
  5. Keluarkan dan biarkan sejuk dan simpan dalam bekas.

Biskut Cip Coklat

Biskut ini sedap dan mudah dibuat. Biskut Cip Coklat telah menjadi salah satu biskut raya semasa hari perayaan.

Bahan-Bahan: –

  • Tepung gandum 2 cawan
  • Unsalted butter 1 cawan
  • Soda bikarbonat 1 sudu kecil
  • Gula pasir 1 cawan
  • Gula perang 1 cawan
  • Esen vanilla 1 sudu kecil
  • Telur 2 biji
  • Cip coklat 2 cawan
  • Garam

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Campurkan tepung dan soda bikardonat di dalam mangkuk, kacau rata.
  2. Sediakan satu mangkuk untuk satukan gula pasir, gula perang dan mentaga. Pukul sehingga kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu dengan esen vanila.
  4. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit,gaulkan sehingga rata.
  5. Campurkan cip coklat.
  6. Balut aduan tersebut dengan wrap plastic dan simpan ke dalam peti ais sejuk selama 1 jam.
  7. Keluarkan dan ambil sedikit doh dan susun diatas loyang yang dilapik dengan baking kertas.
  8. Bakar ke dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 10 hingga15 minit -sehingga hujung biskut kelihatan agak perang kecoklatan dan bahagian tengahnya lembut.
  9. Taburkan garam di atas biskut yang masih panas dan lembut.
  10. Biarkan sejuk di tepi dan simpan ke dalam bekas kedap udara.

Nutella Pod

Resepi ini lebih istimewa kerana ia guna Nutella dan ini memang sedap dimakan. Biskut ini pasti digemari semua orang terutamanya kanak-kanak.

Bahan-Bahan: –

  • Marjerin cawan
  • Gula halus 3 sudu besar
  • Esen vanilla 1 sudu kecil
  • Kuning telur 1 biji
  • Tepung gandum 1 cawan
  • Soda bikarbonat sudu kecil
  • Serbuk penaik sudu kecil
  • Tepung beras 1 sudu besar
  • Serbuk badam 1 sudu besar

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Campurkan marjerin, gula halus dan esen vanila dan kacau sebati.
  2. Simpan kuning telur dan kacau sebati.
  3. Ayak semua tepung, serbuk bikarbonat dan serbuk penaik.
  4. Campurkan semua bahan dan uli sebati.
  5. Bulatkan doh dan tekan bahagian tengah ke dalam shell tart.
  6. Bakar tart itu ke dalam ketuhar pada suhu 160°C selama 30 minit.
  7. Keluarkan tart dan pipe Nutella di bahagian tengah dan hiaskan dengan serbuk badam.

Badam Kluster

Biskut ini sangat senang. Ini kerana ia hanya menggunakan 3 bahan untuk membuat biskut ini. Keunikan dan keenakannya telah berjaya memikat hati orang ramai.

Bahan-Bahan: –

  • Badam potong
  • Coklat susu
  • Shortening 1 sudu kecil

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Campurkan semua bahan dan gaul sebati dengan mengunakan teknik double boil.
  2. Panaskan ketuhar selama 15 minit.
  3. Bakar adunan ke dalam ketuhar selama 5 minit pada suhu 230°C.

Dah siap! Mudahkan?

Biskut Red Velvet

Biskut Red Velvet pun amat menarik dan mudah untuk disediakan. Jom kita kenalpasti bahan-bahannya.

Bahan-Bahan: –

  • Gula perang 1 cawan
  • Mentaga 1 cawan
  • Minyak masak 1 cawan
  • Telur 1 biji
  • Esen vanilla sudu kecil
  • Serbuk koko 2 sudu besar
  • Pewarna merah
  • Garam
  • Badam hancur 1 cawan
  • Coklat cips 1 cawan
  • Coklat beras (chocolate rice) 1 cawan

Bahan-Bahan (Tepung): –

  • Krim tartar 1 sudu kecil
  • Serbuk penaik 1 sudu kecil
  • Tepung gandum 4 cawan
  • Susu tepung 2 sudu besar

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Gunakan senduk mengacau mentega sehingga lembut.
  2. Masukkan gula perang dan terung, gaul sebati
  3. Ayak semua bahan tepung dan kacau sebati
  4. Akhir sekali, masukkan cip coklat, coklat beras dan badam bersama.
  5. Bentuk adunan dan susun aduanan dalam loyang.
  6. Bakar adunan ke dalam ketuhar pada suhu 170°C selama 15-20 minit dengan menggunakan api atas bawah.
  7. Selepas membakar, keluarkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Alien

Biskut ini pernah menjadi viral di internet. Rupa biskut ini sangat comel dan rasanya juga sedap.

Bahan-Bahan:

  • Buttercup buku
  • Susu pekat manis tin
  • Tepung jagung 400g
  • Susu tepung 4 sudu besar
  • Cip coklat

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Campurkan bersama buttercup, tepung, dan susu tepung
  2. Letakkan susu pekat manis dan kacau sebati.
  3. Adun semua bahan sehingga menjadi doh.
  4. Betukkan adunan, tambah coklat cip.
  5. Bakar adunan ke dalam ketuhar pada suhu 165-170°C selama 25 minit dengan menggunakan api bawah.
  6. Keluarkan selepas membakar, dan simpan ke dalam bekas kedap udara.

Biskut German

Biskut ini mempunyai rasa bau mentega yang kuat dan sedap dimakan juga. Dalam Bahasa German, biskut ini Bernama Deutsche Kekse.

Bahan-Bahan: –

  • Mentaga 350g
  • Tepung kentang 375g
  • Tepung gandum 200g
  • Gula aising 100g
  • Garam

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Campurkan tepung dan tepung gamdum, ayak dan biarkan di tepi.
  2. Putar mentega, gula aising dan garam dengan mixer sehingga sebati
  3. Masukkan tepung sedikit per sedikit sehingga jadi doh lembut. Biarkan ke tepi.
  4. Bentukkan aduanan dan susun di atas dulang pembakar.
  5. Gunakan garfu untuk membentuk corak di atas adunan.
  6. Bakar adunan ke dalam ketuhar pada suhu 175°C selama 20 minit.
  7. Selepas membakar, keluarkan dan masuk ke dalam bekas kedap udara.

Brownie Cookies

Biskut ini pasti memikat hati anda kerana rasanya enak dan tekstur yang kenyal.

Bahan-Bahan: –

  • Coklat gelap 700g
  • Buttercup 200g
  • Telur 7 biji
  • Gula perang 400g
  • Esen vanilla 1 sudu kecil
  • Tepung gandum 200g

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Cairkan buttercup dan coklat gelap dengan menggunakan kaedah double boil. Biarkan di tepi selepas cair.
  2. Pukul telur, gula perang dan esen vanilla dengan whisk.
  3. Setelah gula hancur, campurkan adunan coklat tadi dan kacau sebati.
  4. Gaul sebati dengan masukan tepung gandum.
  5. Selepas gaul, masukkan adunan ke dalam beg piping dan picit di atas dulang pembakar.
  6. Bakarkan adunan ke dalam ketuhar pada suhu 150°C selama minit.
  7. Keluarkan dan simpan ke dalam bekas kedap udara.

Biskut Bangkit Cheese

Biskut raya yang baru ini boleh menarik hati anda. Anda boleh bayangkan kuih bangkit dan keju yang mencair di dalam mulut anda. Sedap rasaya!

Bahan-Bahan: –

  • Tepung ubi 3 cawan (diayak)
  • Tepung jagung 3 cawan (diayak)
  • Buttercup 1 ketul
  • Krim keju 250g
  • Gula halus 1 cawan
  • Kuning telur 2 biji
  • Serbuk penaik 1 sudu kecil (diayak)
  • Esen vanilla 1 sudu kecil
  • Keju cheddar 1 ketul (diparut)

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Putarkan buttercup dan gula dengan mixer sehingga kembang.
  2. Letakkan krim keju, esen vanilla, dan kuning telur. Terus putar sehingga kembang dan sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Uli sehingga doh tidak akan melekat tangan.
  5. Campurkan keju parut dan kacau sebati.
  6. Biarkan doh di tepi dan tekap acuan kemudian.
  7. Bakar ke dalam ketuhar pada suhu 170°C selama 30 minit.
  8. Keluarkan selepas membakar, simpan ke dalam bekas kedap udara selepas sejuk.

SUMBER

https://myweekendplan.asia/30-easy-delicious-kuih-raya-recipes/

https://www.havehalalwilltravel.com/easy-kuih-raya-cookies-recipes

Summary
10 Resepi Biskut Raya Terkini Mesti Cuba
Article Name
10 Resepi Biskut Raya Terkini Mesti Cuba
Description
Resepi Biskut Raya? Alamak! Hari Raya Aidilfitri dah semakin dekat ni.Anda pasti risau kerana biskut raya adalah salah satu makanan yang perlu disediakan pada musim perayaan ini. Ia dihidangkan untuk tetamu yang hadir menziarah di rumah sebagai jamuan ringan yang enak. Ini ialah masa untuk menjalinkan hubungan dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: