Tampax

Tampax tampon tulen diperbuat daripada Teras Kapas Organik 100%, penutup Kapas Organik untuk memberi anda perlindungan bebas daripada kebocoran sehingga 100%. Tampax tampon tulen bebas daripada bahan peluntur, pewarna, dan wangian.

Ia mempunyai 90% alatan plastik berasaskan tumbuhan yang lancar dengan cengkaman anti-slip untuk memasukkannya dengan mudah dan  menghentikan kebocoran sebelum ia berlaku. Tampax tampon diperbuat daripada bahan-bahan penyerap seperti kapas tulen, rayon, atau campuran kedua-duanya berperanan untuk menyerap darah haid setiap bulan untuk membantu mengelakkan kebocoran. Tampon dianggap sebagai alat perubatan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) kerana ia memenuhi piawaian keselamatan yang ketat.

Tampax Pearl Regular

RM95.00

Tampon Tampax Pearl datang dalam lima penyerap yang berbeza. Aliran haid adalah berbeza setiap hari, oleh itu tampon juga mempunyai lima penyerap yang berbeza. Tampon Tampax Pearl mempunyai braid LeakGuard yang membantu menghentikan kebocoran sebelum ia berlaku. Reka bentuk FormFit tampon akan perlahan-lahan berkembang mengikut bentuk tubuh, manakala lapisan penyingkirannya yang lancar akan menjamin keselesaan pengguna. Tampon ini juga bebas daripada bahan minyak wangi, bahan peluntur, dan bahan pewarna.

o.b. ProComfort Tampons

RM21.40

Tampon ini direka dengan teknologi alur melengkung untuk perlindungan yang boleh dipercayai ditambah dengan penutup sutera unik untuk melancarkan penyumbatan dengan mudah. Tampon ini direka oleh pakar sakit puan wanita untuk menyesuaikan bentuk badan dan tampon dengan sempurna. Tampon ini juga mempunyai rekaan khas sayap pelindung SilkTouch yang unik dan fleksibel untuk memasukkan dan mengeluarkan tampon dengan sangat mudah. Tampon juga akan mengembang secara perlahan-lahan untuk keselesaan dan meyerap cecair.

Tampax Pocket Pearl Super

RM32.70

Tampax Pearl Super tampon mempunyai Braid LeakGuard untuk membantu menghentikan kebocoran sebelum ia berlaku dengan menyalurkannya kembali ke teras dan memberi perlindungan sehingga lapan jam tanpa perlu risau tentang kebocoran. Teknologi FormFit pada tampon ini akan berkembang secara perlahan-lahan mengikut bentuk tubuh, manakala lapisan penyingkirannya yang lancar akan menjamin keselesaan pengguna. Kebaikan lain tampon ini adalah bebas daripada bahan pewangi, peluntur, dan pewarna.

Playtex Gentle Glide Tampons

RM31.98

Tampon oleh Playtex mempunyai reka bentuk tiga lapisan 360  darjah bagi menyediakan perlindungan dari pelbagai dimensi. Reka bentuk tiga lapisan dapat membantu untuk mencegah kebocoran agar dapat melakukan aktiviti harian dengan selesa tanpa perlu risau, manakal bentuk tampon yang tipis berbentuk kon memudahkan untuk melakukan penyumbatan dan pengeluaran tampon dengan mudah. Selain itu, ia dibungkus dengan pembalut yang bersih dan tahan lama supaya ia mudah dibawa kemana sahaja.

Tampax Radiant Light

RM78.00

Tampax Radiant Tampons menyediakan perlindungan selama 8 jam dan perlindungan 100% daripada kebocoran dan bebas daripada  bau. Cengkaman Tampax Radiant Tampons yang bertekstur membuatkan penyumbatan tampon lebih selesa dilakukan, manakala teknologi LeakGuard Braid akan membantu menghentikan kebocoran haid sebelum ia berlaku. Pembalut CleanSeal menjadikan tampon lebih mudah untuk dilupuskan dengan cepat dan mudah tidak kira di mana anda berada.

Femina All Natural 18 Super Plus Tampons

RM43.80

Femina All Natural 18 Super Plus Tampon diperbuat daripada 100% kapas dan bersifat hypoallergenic dan dapat mencegah kerengsaan dan alergi. Kapas yang digunakan dapat memberikan perlindungan yang selesa dan boleh dipercayai. Tampon ini mempunyai pH yang neutral dan bebas wangian dan klorin. Ia juga disyorkan oleh pakar untuk wanita yang mementingkan kesihatan. Tampon Femina All Natural muat pada badan dengan sempurna dan struktur permukaannya yang empuk membolehkan tampon mengembang dengan lembut dan sekata. Silky Soft Cover pula menghalang serat daripada menjadi longgar dan memudahkannya untuk dipasang dan dikeluarkan.

Tampax Pearl Active

RM103.00

Tampax Active Pearl membolehkan pergerakan bebas sama ada ketika melakukan yoga di pagi hari, semasa bersukan atau bersenam di gimnasium. Tampax Pearl Active mempunyai perlindungan MotionFit yang bergerak bersama anda untuk membolehkan pergerakan bebas tanpa kebocoran. Tampax jalinan LeakGuard pula membantu menghentikan kebocoran sebelum ia berlaku sehingga 8 jam untuk menjamin keselesaan. Tampon ini tidak mengandungi wangian dan bebas daripada peluntur klorin. Tampon ini juga diuji secara klinikal agar ianya lembut pada kulit.  

Unicharm Sofy Tampons Super

RM59.00

Unicharm Sofy Tampons Super daripda Jepun ini sesuai digunakan untuk aliran haid yang berat. Tampon ini mempunyai penyerapan menyeluruh hingga 8 jam. Selain itu, tampon ini dapat memberikan kebebasan daripada tersumbat dan rasa ketidakselesaan. Uicharm Sofy Tampons Super mudah digunakan kerana ia senang meluncur masuk ke kedudukan yang betul dan sebahagian tampon adalah lur sinar untuk memudah melihat tali tampon.

Tampax Compak with Applicator

RM75.00

Tampon TAMPAX Compak mempunyai aplikator plastik halus dan setengah panjang daripada aplikator tampon TAMPAX tradisional, jadi ianya berfungsi dua kali lebih bijaksana. Ia dihasilkan dari struktur tampon unik iaitu bukaan berbentuk V yang mengembang sedikit agar sesuai dengan bentuk badan anda. Dengan tampon ini, anda akan berasa bersih, segar dan bebas melakukan pergerakan.selain itu, tampon ini boleh dipakai sehingga 8 jam.

Natracare Organic Tampons

RM40.76

Tampon natracare dibuat daripada kapas yang 100% organik yang diperakui dan merupakan satu-satunya tampon kapas organik yang diperakui sepenuhnya yang terdapat di dunia sekarang. Mereka dilunturkan tanpa klorin dan tidak mengandungi bahan sintetik, seperti rayon, atau bahan tambahan kimia seperti pengikat atau surfaktan. Kapas organik yang diperakui dapat menghilangkan risiko pendedahan langsung kepada sisa dari racun perosak dan baja kimia yang digunakan pada kapas tradisional.

Tagged: