sendayu tinggi

Produk Sendayu Tinggi amat istimewa kerana produk ini adalah hasil rumusan dan gabungan bahan semulajadi yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti ekstrak argan stem cell, hyaluronic acid, licorice root dan buah-buahan citrus yang mampu memberikan hasil seperti mencerahkan, mengurangkan lingkaran hitam dan memberikan kesan penegangan pada mata.

Bahan-bahan yang dirumuskan di dalam produk Sendayu Tinggi ini mampu menampakkan wajah anda kelihatan lebih tegang dan muda, serta mengurangkan kesan kedutan halus di sekitar mata dan memberikan bukaan mata yang lebih luas.

Cara penggunaan produk sendayu tinggi amatlah mudah. Hanya dengan 2 kali sehari sahaja iaitu siang dan malam dengan urutan membulat menggunakan jaris manis anda.

Sendayu Tinggi EYE GEL

RM36.00

Dirumus khas dari ekstrak argan stem cell, hyaluronic acid, licorice root dan buah-buahan citrus dengan fungsi mencerah, mengurangkan lingkaran hitam dan memberikan kesan lifting pada mata sekaligus menampakkan wajah lebih tegang dan muda, serta mengurangkan kedutan halus sekitar mata dan memberikan bukaan mata yg lebih luas. Cara penggunaan Sendayu Tinggi EYE GEL adalah dengan sapukan 2 kali sehari siang dan malam dgn urutan membulat menggunakan jaris manis.

Cosmoderm Eye Treatment Gel 

RM23.80

Cosmoderm eye treatment gel adalah Gel rawatan yang diperkaya dengan Co-Enzyme Q10, kolagen dan ekstak tumbuhan yang mencerahkan lingkaran hitam, mata bengkak dan garisan halus. Ia menyegarkan dan menyamankan kulit keliling mata, menganjalkan kulit sambil mengurangkan lingkaran gelap. Produk ini bertekstur licin, tanpa minyak dan mudah diserap untuk melembabkan lapisan epidermis. Produk ini juga menggalakkan pengaliran darah keliling mata untuk elakkan bengkak dan lingkaran hitam. Sesuai untuk lelaki dan wanita di peringkat remaja dan dewasa.

Sendayu Tinggi Cleansing Oil

RM45.00

Bahan-bahan yang terkandung dalam Sendayu Tinggi Cleansing Oil ini membantu kulit wajah untuk menjadi lebih licin dan sekata. Minyak Geranium membantu untuk mengawal pengeluaran sebum dari kulit, menyeimbangkan kadar lembapan dan minyak pada kulit dan menjadikan kulit lebih anjal. Minyak Jojoba melembapkan kulit secara berpanjangan. Ia mengandungi humektan yang bertindak untuk menghasilkan lapisan pelindungan pada kulit untuk mengelakkan kulit dari kehilangan lembapan. Selain itu, ia juga mudah menyerap pada kulit dan bantu untuk melembap dan menjadikan kulit nampak sihat & bersinar.

Hada Labo Cleansing Oil 

RM41.23

Disertakan dengan 4 jenis Minyak Kecantikan untuk menyuburkan kulit dan dengan lembut menyingkirkan semua jenis solekan, menjadikan kulit berasa bersih, seimbang dan lembap. Produk ini diformulasi dengan peningkatan kemampuan pembersihan untuk menghilangkan kekotoran dan solekan yang degil, termasuk solekan kalis air dan pelindung matahari. Ia diperkaya dengan 2 jenis HA untuk menghidrat kulit secara mendalam, menjadikan kulit lembap, berkhasiat dan kelihatan berseri. Formula Anti-Pencemarnya mengandungi Moringa Oleifera Seed Oil untuk melindungi kulit terhadap pencemaran alam sekitar dan mengurangkan keupayaan zarah pencemaran dari melekat pada kulit.

Sendayu Tinggi Full Cover Concealer

RM34.00

Penyamar noda hitam yang bersifat ringan dengan formula “bebas bernafas”. Ia memberi litupan penuh dengan ketahanan selama 12 jam tanpa menyumbatkan pori. Ia digunakan untuk menyamarkan noda, lingkaran gelap bawah mata, sekatakan tona wajah dan menutup parut atau jeragat. Boleh dijadikan sebagai highlighter di bawah mata, tulang hidung dan tulang kening. Concealer ini adalah ideal bagi kulit kering, kombinasi dan berminyak.

L’Oreal Paris Infallible Full Wear More Than Concealer

RM38.99

L’Oréal Paris Full Wear Concealer memberikan liputan penuh dengan matte tanpa cela dan kemasan semula jadi untuk penggunaan seharian. Dengan formula pelbagai gunanya, ia dapat menyembunyikan ketidaksempurnaan dan mencerahkan kawasan bawah mata untuk asas yang sempurna. Aplikator concealer yang besar memberikan liputan maksimum dalam satu calitan untuk menutup lingkaran bawah mata, bekas jerawat dan tona tidak sekata. Formula kalis air dan tidak berminyaknya dapat mengekalkan liputan penuh selama sepanjang hari.

Sendayu Tinggi UV Defense Cream Hydrating Tinted Sunscreen Spf50 Pa++

RM31.00

UV Defense Cream Hydrating Tinted Sunscreen diformulasi khusus untuk kulit kering, normal dan kombinasi. Ia mengandungi SPF50 PA++ untuk perlindungan maksimum dari sinar UV disamping dapat melembapkan wajah dan mengawal kemunculan melanin, jeragat serta tanda-tanda penuaan. Sunscreen ini juga dihasilkan dengan tekstur yang ringan yang tidak melekit dan selesa untuk penggunaan harian di samping mudah menyerap ke dalam kulit anda.

La Roche Posay Anthelios Shaka Invisible Tinted Sunscreen SPF50+

RM110.60

Anthelios Invisible Fluid Facial Sunscreen SPF 50+ adalah pelindung matahari wajah ringan untuk setiap hari yang dihasilkan untuk kulit sensitif yang memberikan perlindungan UVA / UVB yang sangat tinggi sambil memberikan kemasan yang tidak kelihatan. Pelindung matahari wajah tanpa wangian ini sesuai untuk kulit kombinasi dan juga direka khas untuk jenis kulit sensitif. Formula pelindung matahari cecair yang tidak kelihatan tidak berminyak dan tidak komedogenik, yang bermaksud melindungi kulit anda tanpa menyumbat liang. Ia tidak menyakitkan mata.

Sendayu Tinggi ACNE SCAR TONER

RM33.00

Penyegar wajah yang dirumus khas untuk mereka yang memiliki wajah berparut, berjerawat, berminyak, berpori tebal dan tona kulit tidak sekata. Ia mengandungi Shea Butter yang membantu memberi kelembapan dan melembut kulit wajah disamping mengekalkan keremajaan kulit. Kandungan Camellia Sinensis Leaf Extract (Tea Tree) yang tinggi kandungan antibakteria untuk mengurangkan inflasi jerawat disamping mengurangkan penghasilan sebum. Produk Sendayu Tinggi ini membantu membersihkan liang pori, melambatkan kedutan, menyegar dan menenangkan kulit dengan kandungan Fucus Vesiculosus (Bladderwrack Seaweed). Tambahan Salicylic Acid yang membantu proses regenerasi kulit, membersihkan sel kulit mati dan mengurangkan penghasilan bintik putih dan hitam.

Hada Labo Premium Whitening Lotion

RM48.30

Kombinasi sempurna untuk mencerahkan dan melembap secara mendalam untuk memberikan kulit wajah yang lebih cerah, lebih anjal dan lebih muda. Asid Tranexamic membantu melawan bintik-bintik gelap, mengimbangkan semula tona kulit dan mengembalikan cahaya kulit. Asid Hyaluronik membentuk lapisan penghalang kelembapan pada permukaan kulit untuk mencegah kehilangan kelembapan. Nano Hyaluronic Acid dengan ukuran molekul halus yang dapat meresap ke dalam kulit untuk memberikan kelembapan jauh ke lapisan kulit dalam. Vitamin C & E untuk menenangkan & melegakan ketidakselesaan selepas terdedah kepada cahaya matahari.

SUMBER

https://www.sendayutinggi.com

https://www.lazada.com.my/

Summary
10 Produk Sendayu Tinggi dan Alternatifnya
Article Name
10 Produk Sendayu Tinggi dan Alternatifnya
Description
Produk Sendayu Tinggi amat istimewa kerana produk ini adalah hasil rumusan dan gabungan bahan semulajadi yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti ekstrak argan stem cell, hyaluronic acid, licorice root dan buah-buahan citrus yang mampu memberikan hasil seperti mencerahkan, mengurangkan lingkaran hitam dan memberikan kesan penegangan pada mata.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: