Sanitizer atau pembersih pembasmi kuman mempunyai kelebihan berbanding dengan produk mencuci konvensional kerana ia boleh digunakan secara langsung dan serta-merta tanpa air. Kebanyakan produk pembersih sekarang diedarkan dalam botol mini, yang mudah dibawa di dalam beg atau poket oleh pengguna. Kebersihan tangan telah membentuk elemen penjagaan diri yang paling penting, sehingga mendorong populariti pembersih tangan. Disini kami berikan 10 produk sanitzer yang boleh didapati di Malaysia !

Jika artikel ini berguna untuk anda, pertimbangkanlah untuk membuat pembelian barangan ini dari stor atau pautan kami. Pembelian anda membantu menyumbang kepada misi kami untuk menyediakan maklumat berguna kepada semua.

Purell Alcohol-Based Hand Sanitizer (20oz)

RM59.90

Purell Alchohol Based Hand Santizer berjenis gel yang cepat dan berkesan melindungi anda daripada 99.9% kuman. Ia boleh digunakan tanpa memerlukan sabun atau air. Produk ini adalah penyelesaian kebersihan yang baik untuk ibu dan keluarga yang memerlukan perlindungan semasa sambil membiarkan tangan anda berasa segar dan tidak melekit. Diformulasikan khas dengan pelembap agar tangan berasa lembut dan segar selepas dibersihkan.

Skin Hygiene Hand Sanitizer Spray 100ml

RM3.99

Skin Hygiene Hand Sanitizer Spray adalah pembersih tangan antiseptik jenis semburan tanpa menggunakan air. Ia adalah praktikal, mudah digunakan dan sesuai untuk membersihkan tangan atau pelbagai jenis objek daripada kuman atau bakteria. Ia mengandungi 75% alkohol dan telah diuji di makmal yang ia berkesan membasmi 99.9% kuman. Kulit tangan tidak berasa melekit daripada penggunaan produk ini dan ia juga tidak menyebabkan kekeringan dan kerengsaan kulit.

Dlyso Food Grade Non Alcohol Enzyme Hand Sanitizer Spray 50ml 

RM 16.90

Produk sanitizer spray ini dirumus khas sebagai cara selamat untuk membasmi kuman di mana-mana bahagian luaran dan objek individu dengan keberkesanan membasmi 99.99% kuman, virus dan bakteria dengan menggunakan larutan berasaskan ENZYME yang berkualiti tinggi dan bebas daripada alkohol. Pembersihan diri dan tangan sebelum makan tanpa berasa was-was kerana ia diperbuat daripada bahan-bahan tahap makanan. Ia juga lembut pada kulit dan selamat kerana ia bebas daripada alkohol dan berada dalam pH 5.5 – 7.5.

Premier Sanitizing Wipes Tissue (50 Sheets)

RM4.70

Premier Sanitizing Wipes adalah bebas dari alkohol, paraben dan diperkaya dengan vitamin E dan Aloe Vera. Ia digunakan secara luaran untuk membersihkan kotoran dan membasmi 99.9% kuman. Mudah digunakan dan sesuai untuk membersihkan tangan atau pelbagai jenis objek di sekitar daripada kuman atau bakteria. Teksturnya lembut dan sesuai untuk pelbagai jenis kulit tanpa mencelakan kulit. Produk ini merupakan penghalang bakteria dan kuman yang sempurna untuk diguna semasa perjalanan, sukan atau kegunaan untuk aktiviti-aktiviti luar yang lain.

HealthCare Pro+ Hand Sanitizer 75% Alcohol 10L [HOSPITAL GRADE]

RM108.50

Produk ini boleh membasmi 99.99% kuman dan bakteria berbahaya dalam 12 Saat dan ia merupakan pembersih yang bergred hospital. Penggunaan produk ini boleh melindungi kulit dari jangkitan dan pada masa yang sama kesan formulasinya lembut pada kulit tanpa melekit atau mengeringkan kulit. Produk ini telah dihasilkan mengikut garis panduan terkini WHO dan mengikut rumusan yang disyorkan. Ia mengandungi alkohol, hydrogen peroxide, glycerol dan tapisan air suling.

SeptiGel Alcohol Hand Rub (500ml) – Hospital Grade

RM25.90

SeptiGel Alchohol Hand Rub ini digunakan sebagai pembersih tangan untuk membasmi kuman dan bakteria dengan berkesan. Ia mengandungi Etanol 70% dengan pelembap dan emolien yang diformulasikan untuk meminimumkan risiko reaksi alergi dan menjadikan kulit lembut selepas menggunakannya. Mudah dibawa ke mana-mana sahaja dan sedia digunakan untuk membersihkan tangan atau sekitarnya untuk pencegahan jangkitan. Gunakan SeptiGel selepas membersihkan tangan. Sapukan gel secukupnya ke tangan dan gosok sehingga kering.

Alcosm 75% Alcohol Disinfectant Wipes 50s

RM49.90

Produk ini merupakan pembersih tisu alkohol yang bergred perubatan dan direka khas untuk membersih serta menghilangkan 99.9% bakteria dan kuman berbahaya dengan satu lap sahaja. Membasmi kuman dengan cepat dan berkesan untuk permukaan berisiko tinggi yang memerlukan pembasmian kuman yang berterusan seperti tombol pintu, komputer riba, telefon bimbit, mainan, bungkusan dan meja. Produk ini dibuat daripada kain yang lembut dan tahan lasak. Ia juga dikilangkan dan dihasilkan dengan kawalan kualiti yang ketat, oleh itu produk ini boleh digunakan dengan penuh keyakinan.

Nanogate Nano Ion+ Sanitizer

RM 88.80

Produk sanitizer ini telah dibuktikan secara klinikal yang ia boleh membersih dan menghilangkan 99,99% mikroorganisma dengan berkesan dan menyeluruh. Diformulasikan dari mineral semulajadi seperti Zink, Selenium, Kalsium, Magnesium dan Besi oleh itu menjadikannya tidak beracun, tidak menghakis dan dijamin selamat bila cecairnya bersentuhan dengan kulit. Produk ini memberikan perlindungan daripada kuman seluruh hari dan kesan anti-bakteria yang berpanjangan. Produk disyorkan oleh doktor dan ahli farmasi.

Germrid Anti-Bacterial Hand Sanitizer 500ml

RM38.00

Germrid Anti-Bacterial Hand Sanitizer merupakan pembersih tangan yang tidak beracun dan cepat kering untuk menghilangkan kuman. Ia boleh digunakan tanpa sabun atau air dan sesuai walaupun untuk kulit yang sensitif. Formula hipoalergenik dan pelembapnya juga membantu melegakan gatal tanpa meninggalkan sisa kimia di atas kulit. Sesuai dan baik untuk penggunaan kebersihan terutamanya sebelum penyediaan makanan, selepas menukar lampin bayi ataupun di tandas. Ia mengandungi 60% alkohol dan selamat untuk penggunaan kanak-kanak.

Biocare Instant Hand Sanitizer Liquid With Aloe Vera 500ml

RM 36.90

Pembersih tangan ini berasaskan alkohol menjadikannya sangat berkesan terhadap mikroorganisma kulit seperti bakteria, kulat dan virus. Ia mengandungi 75% alkohol dan dirumus khas untuk pembasmian 99.99% kuman dan bakteria tanpa mencelakan kulit tangan. Ia berkesan membasmi kuman dan pada masa yang sama melembapkan kulit dengan pelembap yang berasaskan bahan tanpa kimia. Penggunaan produk ini cepat mengeringkan di atas kulit dan tidak melekit walaupun tidak perlu dibilas air.

Summary
10 Produk Sanitizer Yang Popular Di Pasaran
Article Name
10 Produk Sanitizer Yang Popular Di Pasaran
Description
Sanitizers atau pembersih pembasmi kuman mempunyai kelebihan berbanding dengan produk mencuci konvensional kerana ia boleh digunakan secara langsung dan serta-merta tanpa air.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: