Safi Balqis

Safi Balqis merupakan produk rangkaian terbaru daripada Safi dengan menggunakan formulasi baharu yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna.

Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, Safi turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple dan trendy sepadan dengan personaliti Safi Balqis yang muda, segar dan yakin sentiasa. Antara produk keluaran Safi Balqis dan alternatifnya adalah seperti di bawah:

Safi Balqis OxyWhite Whitening Essence

RM30.00

Formula dalam menghasilkan produk Safi Balqis OxyWhite Whitening Essence ini telah dipertingkatkan dengan Nano Oxygen dan Nano BioWhite yang 1000X lebih berkesan daripada Vitamin C. Produk ini mampu mencerahkan kulit dengan lebih pantas dan intensif, mengurangkan pigmentasi pada kulit, meratakan tona dan warna kulit, memperbaharui kulit supaya lebih berseri. Ia turut mengurangkan kemerahan dan kderosakan yang terdapat pada kulit di samping melembutkan dan menghidrat kulit anda.

Dr.Morita 2.9% Tranexamic Acid Ultra Brightening Essence

RM49.00

Dr.Morita High Concentration Whitening Ampoule mengandungi 2.9% Tranexamic Acid dan Asid Hyaluronik yang berkualiti tinggi dari Jepun. Ia berkesan dalam mencerahkan tona kulit, mengurangkan bintik gelap dan pigmentasi. Asid Hyaluronik turut membantu menghidrat dan melembapkan kulit. Produk ini sesuai digunakan pada waktu siang dan malam.

Rawatan pemutihan berkepekatan tinggi 15g ini dapat membantu anda mendapatkan kulit yang sihat di samping menghilangkan kulit kusam dan letih.

Safi Balqis OxyWhite Cream Scrub

RM11.90

Kulit mati dan kekotoran pada kulit wajah menyebabkan kulit menjadi kusam, kotor dan tidak bermaya. Oleh itu, Safi Balqis OxyWhite Cream Scrub tanpa formulasi busa diperkaya dengan manik mikro Aprikot ini membantu dalam membuang kulit mati dan bintik hitam tanpa merosakkan kulit. Ia membersihkan kulit muka jauh ke dalam liang kulit untuk menghilangkan kekotoran dan sebum yang terperangkap. Produk ini juga telah diformulasikan dengan pH seimbang. Ia sesuai untuk digunakan pada semua jenis kulit.

St. Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub

RM18.90

St. Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub ini merupakan antara jenama produk yang terkemuka di United Kingdom. Dirumus khas dengan formula pengurangan bintik hitam ini dibuat dengan 100% exfoliates semula jadi dan teh hijau yang menenangkan dan melembutkan kulit, melawan cela serta mengurangkan kemerahan. Hasilnya kulit semakin lembut, licin dan sihat. Antara ciri-ciri scrub ini adalah ia mengandungi 1% asid salisilik yang membantu menghilangkan bintik hitam. Produk ini dibuat dengan 100% ekstrak semula jadi. Gunakan 3-4 kali seminggu untuk kulit yang cantik dan glowing. Yang penting, produk ini bebas paraben dan telah diuji dan diluluskan oleh ahli dermatologi.

Safi Balqis OxyWhite Moisturising Day Cream SPF20PA++IR

RM19.90

Pendedahan berterusan terhadap cahaya matahari dan penyaman udara menyebabkan kulit menjadi kusam, gelap dan kering. Oleh itu, dengan menggunakan Safi Balqis OxyWhite Moisturizing Day Cream SPF20PA ++ IR, ia dapat memastikan kulit anda kelihatan 2 kali lebih cerah, melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB dengan SPF20PA ++. Selain itu, ia turut mencegah kulit daripada menjadi lebih gelap apabila terkena sinaran Inframerah (IR) dengan IR Shield. Ia turut melindungi kulit 100% dari radikal bebas serta mencerahkan kulit dengan lebih pantas dan intensif. Ia bukan sahaja melembutkan kulit tetapi ia juga dapat meratakan tona dan warna kulit.

Nurish Organiq 24K Gold Moisturising Day Cream SPF25

RM31.04

Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit muka. Ia merupakan krim pelembab siang yang ringan juga dilengkapi dengan SPF25. Ia dapat membantu melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB. Ia turut mencerahkan dan meratakan tona kulit di samping menghidrat dan menganjalkan kulit wajah anda.

Arahan Penggunaan: Sapukan dengan lembut ke seluruh wajah dan leher. Untuk hasil yang terbaik, anda disyorkan untuk menggunakan produk ini bersama variasi produk Nurish Organiq 24K Gold yang lain.

Safi Balqis OxyWhite CC Cream SPF25PA++

RM22.75

Safi Balqis OxyWhite CC Cream SPF25PA ++ adalah asas solek berasaskan air dengan kelebihan krim pelembap bertekstur ringan yang bukan sahaja memastikan kulit sempurna tetapi juga menutup ketidaksempurnaan tanpa menyumbat pori sehingga kulit dapat bernafas. Ia dapat mencerahkan kulit dengan segera di samping meratakan tona kulit. Produk ini dapat merawat parut jerawat dan bintik hitam serta melindungi kulit dari sinaran UVA & UVB yang berbahaya dengan SPF25PA++. Ia turut melembapkan kulit wajah anda pada masa yang sama mengurangkan kilauan sekiranya kulit anda jenis berminyak.

Mary Kay CC Cream Sunscreen SPF 15

RM75.00

Mary Kay CC Cream Sunscreen SPF 15 ini memberikan anda 8 faedah dengan hanya satu langkah. Coveragenya yang ringan menampakkan kulit anda kelihatan cantik semula jadi dan sempurna seperti tidak memakai apa-apa. Apa yang menarik adalah produk ini sesuai untuk semua jenis kulit muka. Ia bertindak sebagai asas kepada solekan untuk segera membaiki ketidaksempurnaan kulit serta dirumuskan seperti penjagaan kulit untuk membantu memelihara kecantikan kulit. Daripada pencerahan seketika sehingga perlindungan terhadap kerosakan kulit pada masa hadapan, memberikan penghidratan kepada kulit selama berjam-jam sehingga mengurangkan kemerahan pada kulit wajah, formula sutera ini menjadikan kulit kelihatan lebih sihat, muda dan lebih cerah.

Safi Balqis OxyWhite Facial Cleanser

RM11.90

Melakukan aktiviti harian dan faktor persekitaran semestinya menyebabkan kulit menjadi kotor, kusam dan tidak bermaya. Pembersih wajah Safi Balqis OxyWhite yang mewah dan berkrim dengan Teknologi Micro-Foam ini dapat membersihkan kulit muka anda secara mendalam sehingga ke pori-pori kulit. Ia juga dapat menghilangkan kotoran yang berlebihan dan sisa solekan dari kulit. Pada masa yang sama, ia mengekalkan kelembapan kulit setelah digunakan dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Aiken Prebiotic Hydra Plus Facial Cleanser

RM14.90

Aiken Prebiotic Hydra Plus Facial Cleanser ini merupakan salah satu produk yang bebas sabun dan dapat mengembalikan keseimbangan pH kulit wajah anda. Teksturnya sangat ringan dan lembut pada kulit dengan Amino Acid Cleansing Actives. Ia membersihkan kulit muka secara mendalam tanpa mengeringkan kulit. Ia juga telah terbukti secara saintifik dalam menyingkirkan bahan pencemar (PM2.5). Hasilnya kulit tampak lebih bersih dan segar. Yang penting, produk ini mengandungi 0% paraben, minyak mineral, alkohol, pewarna, wangian, propilena, SLES / SLS. Ia telah diuji dan diluluskan oleh para dermatologi. Juga selamat digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Tagged: