Produk yang dipercayai dan digemari ramai, Melaleuca Malaysia berkomited untuk menyediakan produk kesihatan, kecantikan begitu juga barang kegunaan harian yang terbaik kepada orang ramai. Mereka beryakinan bahawa produk-produknya memberi perbezaan dan kelebihan berbanding dengan barang-barangan yang ada di kedai-kedai biasa. Semua produk Melaleuca dikenali mengandungi bahan semulajadi yang selamat digunakan dan tidak merisaukan. Mari kita lihat beberapa produk dari Malaleuca dan alternatifnya.

Jika artikel ini berguna untuk anda, pertimbangkanlah untuk membuat pembelian barangan ini dari stor atau pautan kami. Pembelian anda membantu menyumbang kepada misi kami untuk menyediakan maklumat berguna kepada semua.

Melaleuca Therapy Cream

RM33.90

Melaleuca Therapy Cream ini adalah krim serbaguna yang bersesuaian untuk muka. Ia dihasilkan daripada sejenis minyak tea tree yang gred tertinggi, bersifat antiseptik, semulajadi dan mempercepatkan penyembuhan. Krim ini bagus untuk merawat kulit dan mencantikkan kulit. Berkesan juga untuk orang yang mengalami gatal kulit dan ruam kulit kering, eczema, atau orang yang ada kurap dan kudis. Mudah diguna dan disapu atas kulit. Kesan serta-mertanya ialah kulit akan jadi lembap, sejuk dan lembut. Ezcema akan kelihatan semakin berkurang dalam dua atau tiga hari.

MooGoo MSM Soothing Cream 75ml

RM 67.90

MooGoo Soothing Cream ini adalah pelembap bertekstur ringan yang mudah meresap ke dalam kulit. Krim ini membantu melembapkan kulit yang kering dan mengurangkan gatal pada kulit. Ia dibuat daripada minyak semula jadi seperti Sweet Almond dan Coconut Oil serta dipenuhi dengan ramuan sihat semula jadi seperti Allantoin, Aloe Vera dan Honey. Mengandungi 10% MSM sejenis sulfur organik iaitu sebatian yang membantu menenangkan kulit semula jadi. Kandungannya yang terdiri daripada bahan-bahan semula jadi menjadikanny sesuai untuk kulit yang sensitif, kering atau normal termasuk kulit bayi.

Melaleuca Harvest Pure

RM21.50

Harvest Pure membersih dan menanggalkan racun perosak dari buah-buahan dan sayur-sayuran dengan selamat dan semulajadi. Ia juga membersihkan bahan kimia pertanian daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Membilas buah-buahan dan sayur-sayuran dengan air sahaja adalah tidak berkesan kerana racun perosak, racun kulat dan bahan kimia pertanian yang disembur adalah kuat dan tahan air. Produk ini memastikan racun dan bahan kimia ditanggalkan dari permukaan dengan selamat, memberikan anda buah-buahan dan sayur-sayuran yang lebih segar.

Bacoff Organic Fruit & Vegetable Wash (Twinpack) 500ml

RM33.80

Bacoff Organic Fruit and Vegetable Wash adalah pembersih anti-bakteria yang 100% organik dan berkesan membunuh 100% kuman dan pantogen serta menanggalkan racun perosak dan bahan kimia yang terdapat di atas permukaan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia mengandungi Aussan sejenis makanan organik yang diperakui selamat yang berasal dari bahan organik dan makanan. Backoff disahkan NASAA untuk bahan-bahannya yang disenaraikan organik dan tidak meninggalkan bau, warna dan rasa.

Melaleuca Tub & Tile Bathroom Cleaner 237ml 

RM 33.41

Melaleuca Tub & Tile Bathroom Cleaner adalah pembersih bilik mandi yang mencairkan pelbagai kotoran degil, begitu juga dengan kotoran daripada kesan sabun dan kesan noda air dengan kekuatan pembersih semula jadi lemon (asid citric) dan asid glikolik yang berasal dari tumbuhan. Hanya perlu sembur ke permukaan kotoran dan tidak perlu menyental dengan kuat. Permukaan menjadi bersih, lebih berkilat dan bersinar dengan kuasa lemon di dalam kandungannya.

Bacoff Organic Bathroom & Shower Cleaner (500ml)

RM20.88

Bacoff Organic Bathroom & Shower Cleaner ini membersihkan kotoran dan noda dalam bilik mandi secara berkesan. Ia boleh menanggalkan kotoran dan kesan degil dengan mudah serta membantu membasmi kuman dan patogen dengan bahan semula jadi tanpa menggunakan bahan kimia. Penggunaan berterusan produk ini juga boleh mengawal penumbuhan kulat di dalam bilik mandi. Rumusan kandungannya adalah selamat digunakan dan tidak menghakiskan kulit disebabkan ia tidak mengandungi amonia dan bahan kimia.

Melaleuca Herbal Shampoo with Pump 946ml

RM 69.50

Melaleuca Herbal Shampoo membersihkan dan menyuburkan kulit kepala sambil merapikan rambut dengan 14 perapi semula jadi di dalam kandungannya. Ia membantu menenangkan dan membersihkan kulit kepala kering serta menghilangkan penumpukan kotoran. Ekstrak botani yang digunakan juga menambah kekuatan rambut, melicinkan rambut dan menjadikan rambut bersinar, lebih lebat dan terkawal. Syampu ini memang cukup lembut untuk penggunaan seharian dan sangat sesuai untuk semua jenis rambut.

IMAGES Ginger Shampoo Hair Repair 300ml

RM 6.90

Syampu ini membantu membersihkan rambut dan kulit kepala dengan mendalam serta mengembalikan rambut yang segar dan selesa. Ia mengawal pengeluaran minyak, merawat kulit kepala secara menyeluruh dan berkesan dengan menyeimbangkan rembesan minyak supaya mengurangkan dan mencegah minyak kepala serta kegatalan kulit kepala. Produk ini juga digunakan untuk menghalang pengeluaran kelemumur dengan berkesan, menyuburkan rambut, menjadikan rambut licin dan cerah. Ia mengandungi minyak kelapa dan bahan penjagaan rambut semula jadi untuk merawat dan mencantikkan rambut anda.

Melaleuca Sol U Guard Botanical

RM45.90

Melaleuca So U Guard merupakan disinfektan botani berdaftar EPA AS, iaitu bebas dari toksin dan dikuasakan dengan minyak thyme dan asid citric. Ia boleh membasmi lebih daripada 99.9% kuman, virus dan bakteria. Sangat mudah digunakan secara disemburkan pada permukaan yang tidak berpori dan di biarkan kering sahaja. Ia membantu membersihkan rumah anda dengan berkesan tanpa membahayakan kesihatan keluarga anda kerana ia tidak mengandungi klorin, amonia dan tidak meninggalkan sisa-sisa yang berbahaya.

Gramp’s Asia Disinfectant & Sanitizer 450ml

RM26.90

Produk ini adalah pembasmi kuman yang istimewa kerana formulanya boleh membasmi 99.9999% kuman dan bakteria walaupun ia mengandungi bahan-bahan semula jadi. Ia selamat digunakan untuk bayi dan haiwan peliharaan, malah berdekatan dengan makanan. Sangat sesuai untuk membasmi kuman pada mainan, kawasan bayi, kerusi bayi restoran dan menghilangkan minyak dan kotoran dari permukaan dengan mudah. Diibuat dengan hanya 100% bahan semula jadi dan tidak mengandungi bahan-bahan yang beracun. Ia bebas dari bahan kimia sintetik dan selamat walaupun terkena kulit.

Summary
10 Produk Melaleuca Malaysia Dan Alternatifnya
Article Name
10 Produk Melaleuca Malaysia Dan Alternatifnya
Description
Melaleuca Malaysia berkomited untuk menyediakan produk kesihatan, kecantikan begitu juga barang kegunaan harian yang terbaik kepada orang ramai.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: