10 Produk lip scrub untuk mendapatkan bibir yang merah dan lembut!
Lip scrub berperanan untuk ‘exfoliate’ bibir anda agar ia kekal lembut dan lembap. Bukan itu sahaja, memakai lipstik pada bibir juga akan kelihatan lebih menawan.

Sama seperti body scrub, bibir kita juga perlu dijaga dengan baik untuk mengekalkan warna yang kemerahan dan lembut. Malah, lip scrub ini adalah asas dengan separa cecair yang mengandungi bahan untuk membuang sel kulit mati atau mengelupas pada bibir kita dengan baik.

Jadi, ia berperanan untuk ‘exfoliate’ bibir anda agar ia kekal lembut dan lembap. Bukan itu sahaja, memakai lipstik pada bibir juga akan kelihatan lebih menawan sekiranya asas bibir anda dijaga dengan baik.

Jadi, jom kita lihat 10 produk lip scrub yang anda boleh cuba seperti di bawah.

1. Innisfree Smooth Lip Scrub

Jika anda sememangnya suka ‘exfoliate’ bibir dengan baik setiap hari, ini adalah produk yang anda perlu cari. Walaupun ianya mungkin tidak begitu bagus jika dilakukan setiap hari, dan ini boleh berlaku kerana bahan kandungan dalam sesuatu produk itu. Tapi, lain pula dengan produk innisfree ini kerana ia adalah lembut tapi masih melakukan tugasnya dengan baik. Jadi, anda tidak perlulah risau sekiranya bibir anda menjadi rosak kerananya lagi.

Anggaran harga: RM42.00+

2. Sephora Honey Lip Scrub

Tidak semua jenis bibir sesuai dengan produk yang dijual di pasaran. Jadi, jika anda mempunyai bibir yang sensitif, ini adalah produk yang sesuai untuk anda. Dengan menggunakan bahan semula jadi seperti ‘honey and shea butter’, ia secara lembut akan ‘exfoliate’ bibir sambil memberi kesan melembapkan pada masa yang sama. Malah, ia juga akan membuatkan bibir anda berasa sangat manis seperti madu.

Anggaran harga: RM24.00+

3. Etude House Kissful Lip Scrub

Masalah bibir kering dan mengelupas pastinya tidak menyelesakan kerana bibir adalah bahagian wajah yang pastinya akan dilihat oleh orang lain. Jadi, untuk menyelesaikan masalah anda, cubalah lip scrub daripada Etude House ini yang menggunakan bahan gula halus untuk membuang segala sel mati dan kering pada bibir dan hanya meninggalkan kesan bibir yang lembap dan berwarna pink atau kemerahan seperti yang diidamkan.

Anggaran harga: RM21.00+

4. Bubblegum Lip Scrub

Sama seperti namanya, lip scrub ini membuatkan bibir anda berasa seperti gula-gula setelah digunakan. Malah, ia juga sangat bagus dalam merawat masalah bibir yang mengelupas kerana tidak cukup air. Dengan kandungan minyak jojoba dan gula kaster, bibir anda pasti terlihat lebih lembap dan kemerahan dengan lebih lama.

Anggaran harga: RM48.00+

5. Skinfood Avocado and Olive oil Lip Balm/ Scrub

Biasanya, bibir yang sihat boleh dilihat dan dinilai daripada warna bibir itu sendiri. Jika ia berwarna agak kemerahan atau pink, ia bermakna bahawa bibir anda mempunyai kelembapan yang cukup. Tapi, kadangkala anda mungkin mahukan bibir yang terlihat penuh atau ‘plump’ bagi menampakkan kesan lipstik pada bibir bukan? Jadi, cuba produk ini kerana kandungan avokado bersama minyak zaitunnya mempunyai kesan bagi “memenuhkan” bibir anda di samping mengekalkan kelembapan bibir.

Anggaran harga: RM22.00+

6. Burt’s Bees Lip Scrub with Exfoliating Honey Crystals

Dengan gabungan ‘beeswax’ dan ‘exfoliating honey crystals’, bibir anda pasti akan terasa lembut sejurus selepas menggunakannya. Malah, dengan kandungan semula jadinya, anda tidak perlu jika ia akan merengsakan bibir anda. Ia juga terlihat seperti madu dan sangatlah digemari oleh individu yang menyukai produk organik. Jadi, jika anda juga mencari produk yang berkesan serta menggunakan bahan semula jadi, cubalah produk ini.

Anggaran harga: RM66.00+

7. Fresh Sugar Lip Polish Exfoliator

Lip scrub ini membantu dengan menghidratkan bibir serta melembutkan bibir yang kering dan mengelupas. Ia juga adalah produk yang anda boleh gunakan setiap kali sebelum memakai lipstik bagi menyerlahkan lagi warna lipstik anda di bawah asas bibir yang sudah kemerahan dan lembap. Ia juga sesuai untuk bibir yang sensitif kerana tidak menyebabkan keradangan atau kesan sampingan lain.

Anggaran harga: RM103.00+

8. Bite Beauty Whipped Cherry Lip Scrub

Tidak semua orang dilahirkan dengan bibir yang kemerahan dari awal, jadi jika anda mempunyai bibir dengan tompok hitam atau warna agak gelap, apa kata cuba bersihkan bibir anda dengan lip scrub ini? Ia mengandungi vitamin C dan antioksida yang sangatlah bagus dalam memelihara keadaan bibir anda dan membuang segala sel kulit kering atau mati pada bibir. Malah, ia juga melindungi bibir agar bibir anda sentiasa kelihatan lembap dan kemerahan.

Anggaran harga: RM150.00+

9. Naam Milky Rose Vanilla Lip Scrub

Jika bibir anda kelihatan pucat, apa kata anda cuba produk ini kerana ia bukan sahaja dikatakan antara produk lip scrub organik terbaik, malah ia juga berkesan dalam menangani masalah warna bibir tidak sekata. Kaya dengan bahan seperti minyak ‘roseship’, minyak zaitun dan esktrak vanilla, ini sangatlah sesuai bagi individu yang mengalami bibir kering atau rosak.

Anggaran harga: RM25.00+

10. e.l.f Lip Exfoliator

Produk ini secara lembut berfungsi bagi membuang segala sel kulit mati pada bibir selain menghidratkan bibir anda. Dengan kandungan seperti vitamin E, ‘shea butter’, avokado, minyak jojoba dan anggur, ia sememangnya berkesan dalam melembapkan dan melindungi bibir anda. Malah, ia juga kelihatan seperti lipstik sebenar jadi ini sememangnya memudahkan penggunaan anda dan tidak menyebabkan sepah seperti lip scrub yang lain.

Anggaran harga: RM45.00+

SUMBER

https://productnation.co/my/18561/best-lip-scrub-exfoliator-malaysia

https://www.cosmopolitan.com/style-beauty/beauty/g28481128/best-lip-scrub-brands

https://www.mariefranceasia.com/beauty/beauty-buys/skincare/10-best-lip-scrubs-165114.html#item=10

Summary
10 Produk lip scrub untuk mendapatkan bibir yang merah dan lembut!
Article Name
10 Produk lip scrub untuk mendapatkan bibir yang merah dan lembut!
Description
Lip scrub berperanan untuk ‘exfoliate’ bibir anda agar ia kekal lembut dan lembap. Bukan itu sahaja, memakai lipstik pada bibir juga akan kelihatan lebih menawan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: