Lifebuoy

Lifebuoy memberikan produk penyelesaian terhadap kebersihan dan kesihatan yang mudah diperoleh agar pengguna dapat menjalani hidup tanpa perlu risau dengan kebersihan dan kesannya terhadap kesihatan. Lifebuoy sentiasa berinovasi untuk memberikan penyelesaian kebersihan dan kesihatan bagi keluarga produk rangkaian sabun, cecair pencuci tangan dan gel pencuci cair. Rangkaian syampu Lifebuoy juga dikeluarkan untuk membantu merawat rambut agar tetap sihat dan kekal bermaya.

Lifebuoy Total 10 Antibacterial Bodywash

RM14.90

Lifebuoy Total 10 Body Wash mengandungi bahan Activ5 bersama-sama dengan thymol aktif, yang terkenal dengan sifat antiseptik semulajadi yang kuat. Thymol pertama kali ditemui pada tahun 1719 oleh Caspar Neumann dan berasal dari herba biasa yang popular iaitu Taim. Lifebuoy Total 10 Body Wash, mengandungi teknologi perlindungan penembusan kuman iaitu Activ Silver Formula. Buih yang lembut dan berkrim membersihkan badan anda secara mendalam sehingga ke liang pori. Ia dapat menghilangkan 10 masalah kesihatan yang menyebabkan kuman, menjadikan kulit berasa bersih dan segar.

Dettol Body Wash Original 

RM18.70

Dettol Original Body Wash dengan wangian pain memberi haruman yang menyegarkan ketika mandi. Ia mengandungi formula seimbang pH dengan perlindungan kuman yang dipercayai Dettol. Ia membersihkan dan melindungi kulit anda untuk bersih dan sihat dan menyegarkan setiap hari. pH kulit yang sihat adalah antara nilai 5.4 hingga 5.9. Apabila anda menggunakan pencuci badan yang mempunyai pH seimbang dengan betul, kulit anda akan lebih mampu untuk mengekalkan julat pH yang normal dan sihat.

Kebaikan Produk:

  • Membunuh 99.9% kuman termasuk E.coli dan Staph aureus
  • pH seimbang
  • Anti-Bakteria

Lifebuoy Activfresh Antibacterial Handwash

RM6.99

Produk ini adalah cecair pencuci cuci tangan anti bakteria yang mengandungi  menthol yang menyegarkan. Tangan dapat terlindung daripada kuman yang terdapat pada benda-benda yang disentuh setiap hari. Ia juga diperkaya dengan formula ActivSilver untuk perlindungan terhadap 10 kuman penyebab masalah kesihatan. Produk ini juga terbukti dapat membunuh kuman dalam masa 10 saat. Sabun cecair ini juga mudah digunakan dan tidak akan menyebarkan kuman dari satu orang ke orang lain.

Dettol Original Anti Bacterial Hand Wash

RM6.50

Produk ini sesuai digunakan setiap hari bagi melindungi tangan daripada kuman dan membantu menjaga kebersihan diri. Formula pH yang seimbang bersama dengan perlindungan kuman Dettol yang dipercayai, dapat membantu kulit berasa sihat dan segar. Sabun cecair ini mudah digunakan dan tidak akan memindahkan kuman dari orang lain terhadap orang lain. Formula pH yang seimbang juga tidak akan mengeringkan kulit atau menyebabkan kerengsaan pada kulit setelah membasuh tangan.

Manfaat Produk:

  • Membunuh 99.9% kuman termasuk E.coli dan virus flu
  • Wangian pain
  • Anti-Bakteria
  • Disyorkan oleh doktor

Lifebuoy Total 10 Instant Hand Sanitizer

RM3.50

Lifebuoy Hand Sanitizer adalah sanitizer tangan berasaskan ethyl-alkohol yang berkesan (95% v/v), yang membunuh 99.99% kuman, termasuk virus H1N1 yang mematikan tanpa menggunakan. Produk ini ditambah pelembap dan Vitamin E agar lembut di tangan.Lifebuoy Total 10 Hand Sanitizer ini dapat membunuh kuman tanpa perlu membilas tangan. Produk ini mengandungi bahan aktif yang menyokong peptida untuk meningkatkan imunisasi kulit yang dapat melawan kuman. Produk ini tidak meninggalkan kesan yang melekit dan dapat mengering dengan cepat.

Kelebihan produk: 

  • Membunuh 99.99% kuman tanpa air secara berkesan
  • Mengering dengan cepat dan tidak melekit
  • Mengandungi pelembap dan Vitamin E agar tangan sentiasa lembut dan licin

Antabax Instant Hand Sanitizer

RM4.90

Produk ini dapat membersihkan tangan dengan membunuh 99.9% kuman pada tangan  dan mencegah penyebaran kuman berbahaya tanpa perlu menggunakan air. Ia diperkaya dengan aloe vera, vitamin untuk kulit, dan serum kelembapan mikro untuk memastikan tangan tetap halus, lembut, dan selamat. Produk ini dapat membunuh kuman tanpa perlu membasuh tangan dengan air, tidak melekit dan cepat kering. Aloe vera dan vitamin E dapat melembabkan kulit tanpa menyebabkan kulit kering atau merengsa.

Kebaikan produk:

  • Membunuh 99.9% kuman di tangan
  • Formulasi bebas bilas, tidak melekit, dan cepat kering
  • Diuji secara dermatologi agar lembut pada kulit yang paling halus
  • Halal

Lifebuoy Anti-Dandruff Hair Shampoo

RM6.70

Syampu ini mengandungi Milk Protein Lock Formula dan Zink yang mampu menyuburkan rambut dan merawat kesihatan kulit kepala sehingga membantu mengatasi masalah kelemumur. Syampu rambut Lifebuoy ini menjaga rambut dengan 5 tanda rambut yang sihat iaitu kuat, berkilat, tebal, wangi dan lembut. Formulasi Milk Protein Lock dapat mengunci kelembapan rambut dan menyuburkan bahagian dalam rambut. Protein dianggap sebagai salah satu blok pendinding rambut kerana rambut itu sendiri secara semulajadi terhasil daripada protein. Kekurangan protein biasanya akan menyebabkan penipisan rambut atau gangguan dalam kitaran pertumbuhan rambut.

Pantene Pro-V Anti Dandruff Shampoo

RM10.50

Syampu ini diformulasikan dengan Zinc pyrithione(ZPT) dan keratin menjadikan rambut lebih subur, lebih bersih, dan melawan kelemumur dan kulit kepala yang lembap. Ia menghilangkan kelemumur dan meluruskan rambut yang kusut.

Manfaat produk:

  • Diperkaya dengan Zinc Pyrithione untuk membantu mencegah berlakunya kelemumur
  • Membersihkan rambut tanpa mengeringkan kulit kepala
  • Mencegah berlakunya kelemumur
  • Rambut terasa lebih sihat dan berkilau

Lifebuoy Lemon Fresh Antibacterial Soap Bar 

RM8.60

Produk ini adalah sabun antibakteria yang dapat membuat badan merasa lebih bersih dan segar. Sebagai sabun antibakteria pembasmi kuman, Lifebuoy melindungi daripada 99.9% kuman, menjaga anda dan keluarga anda agar sentiasa bersih dan sihat. Sabun anti-bakteria yang kaya dan berkrim ini dapat membasmi kuman untuk mengelakkan penyakit dan jangkitan kulit. Lemon kaya dengan sumber asid sitrik dan telah lama dikenali dengan sifat perlindungan kuman semula jadi yang kuat. Sabun mandian Lemon Segar Lifebuoy direka dengan jus lemon yang menyegarkan dan wangi untuk meghasilkan kesegaran semasa dan selepas mandi. Formula perisai perak Lifebuoy Lemon Segar memberikan 100% perlindungan kuman yang lebih kuat.

Dettol Profresh Antibacterial Bar Soap

RM9.50

Dettol ProFresh Bar Soap dengan sitrus yang menyegarkan dan perlindungan kuman Dettol yang dipercayai. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit berasa sihat dan segar. Ia 100% diyakini dapat menyingkirkan 99.9% kuman. Haruman daripada limau akan menambahkan lagi kesegaran badan selepas mandi. Limau mempunyai sifat antibiotik semulajadi. Apabila kotoran, minyak, dan sel-sel kulit mati menyumbatkan liang-liang pori, bakteria boleh menyebabkan keradangan, jerawat, kemerahan, dan kesakitan. Sabun limau boleh membantu menghindar pertumbuhan bakteria yang menyebabkan jerawat.

Summary
Article Name
10 Produk Lifebuoy di Pasaran dan Alternatifnya
Description
Lifebuoy memberikan produk penyelesaian terhadap kebersihan dan kesihatan yang mudah diperoleh agar pengguna dapat menjalani hidup tanpa perlu risau dengan kebersihan dan akibatnya terhadap kesihatan.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: