Libresse

Libresse merupakan salah satu jenama tuala wanita yang terkemuka di Malaysia. Pelbagai produk Libresse telah ditawarkan untuk menjaga bahagian intim wanita secara aktif setiap hari agar kehidupan tetap yakin dan selesa walaupun ketika didatangi haid.

Libresse Green Tea Maxi Wings

RM6.80

Pad Libresse Maxi Wings ini dilengkapi dengan haruman teh hijau, direka dengan’Maxi Fit’ untuk aliran sedikit. Direka dengan teknologi SecureFit™ dan DFC memberikan padanan keseluruhan serta penyerapan yang lebih baik kerana ianya direka berdasarkan bentuk badan wanita untuk memastikan pad kekal pada kedudukannya.

Kelebihan Produk:

  • Direka dengan teknologi SecureFit dari Libresse
  • Saluran Aliran Mendalam (DFC)
  • Haruman Teh Hijau
  • Mempunyai sayap untuk memberi padanan selesa dan perlindungan.

Kotex Odor Care Maxi Wings

RM6.50

Pelapik tuala wanita ini jenama Kotex ini mempunyai bahan semula jadi yang dapat melawan bau yang tidak menyenangkan.

Kelebihan produk:

  • Mengandungi bahan semula jadi yang berasal dari minyak pati.
  • Membantu menyerap aliran darah haid yang keluar secara tiba-tiba.
  • Direka dengan lebih daripada 3,000 lubang mikro untuk penyerapan yang lebih pantas.
  • Mempunyai saluran yang mendalam untuk perlindungan sepanjang masa daripada kebocoran.

Libresse Green Tea Maxi Night Wings

RM6.78

Pad Libresse Maxi Night Wings keluaran Libresse ini direka dengan saiz yang lebih panjang untuk mengelakkan kebocoran pada waktu malam. Rekaan ‘Maxi Fit’ untuk aliran banyak. Produk Libresse ini juga dilengkapi dengan SecureFit™ dan DFC memberikan padanan keseluruhan serta penyerapan yang lebih baik kerana ianya direka berdasarkan bentuk badan wanita untuk memastikan pad kekal pada kedudukannya.

Kelebihan Produk:

  • Teknologi SecureFit ™ khas dari Libresse
  • Saluran Aliran Mendalam (DFC)
  • Belakang lebih luas untuk lebih perlindungan
  • Mempunyai sayap untuk padanan dan perlindungan yang sempurna.

Kotex Natural Care Overnight Daun Sirih

RM6.70

Pelapik tuala wanita ini bersaiz lebih panjang iaitu 32cm untuk mengelakkan kebocoran ketika tidur pada waktu malam. Tuala wanita ini juga mempunyai bahan semula jadi daun sirih yang dapat melawan bau yang tidak menyenangkan.

Kelebihan Produk:

  • Penyerapan yang baik
  • Mencegah kerengsaan
  • Pelapik tuala wanita seperti kapas yang lembut menawarkan keselesaan pada bahagian intim.
  • Keselesaan yang ditingkatkan – Hujung yang lebih nipis dan pusat yang dinaikkan untuk muat dan keselesaan yang lebih baik
  • Padanan yang sempurna

Libresse Ultra-Thin Wings

RM8.00

Pad Libresse Ultra Thin Wings ini direka dengan ‘Invisible Fit’ untuk aliran sedikit. Direka khas dengan SecureFit™ dan DFC memberikan padanan keseluruhan serta penyerapan yang lebih baik kerana ianya direka berdasarkan bentuk badan wanita untuk memastikan pad kekal pada kedudukannya.

Kelebihan Produk:

  • Teknologi SecureFit ™ daripada Libresse
  • Saluran Aliran Mendalam (DFC)
  • Haruman Teh Hijau
  • Mempunyai sayap untuk lebih perlindungan

Sofy Extra Dry Ultra Slim

RM12.00

Sofy Extra Dry dengan teknologi Jepun yang menyerap aliran haid yang banyak dan kekal di bahagian bawah, menjadikan permukaan tuala wanita sentiasa kering. Tuala wanita ini juga mempunyai lembaran bergelombang paling lembut untuk mengurangkan sentuhan antara kulit dengan tuala wanita. Tuala wanita Sofy ini bukan sahaja dapat menyerap dengan pantas, ia juga dapat memberikan perlindungan daripada kebocoran. Permukaan tuala wanita yang lembut memberi keselesaan kepada pengguna sepanjang hari menggunakannya.

Libresse Green Tea Slim Liners

RM8.00

Libresse CurveFit™ Liners direka untuk kekal pada bentuk badan anda, memberikan keselesaan sepanjang hari dan melindungi pakaian daripada kebasahan dan kesan keputihan. Pantyliner ini sesuai untuk penyerapan peluh dan lelehan sambil membuatkan anda berasa kering setiap hari dengan permukaan selembut kapas yang lut udara. Mengandungi wangian Teh Hijau untuk mengelakkan bau yang tidak menyenangkan.

Kelebihan Produk:

  • Teknologi CurveFit ™ daripada Libresse
  • Permukaan selembut kapas
  • Bahan lut udara untuk pengudaraan maksima
  • Diiringi dengan haruman Teh Hijau

Kotex Daily Odor Care Liners

RM6.50

Kotex Liners ini direka untuk wanita bagi kegunaan harian, Pelapik ini menjadikan zon intim V sentiasa segar dan selesa melakukan aktiviti harian.

Kebaikan produk:

  • Mempunyai wangian dari daun sirih, secara tradisional dipercayai dapat membantu mengawal bau yang tidak menyenangkan dan diingini.
  • Lembaran belakang mempunyai saluran udara yang membantu kulit anda bernafas secara semula jadi.
  • Lubang mikro membantu menyerap kelembapan dengan cepat.
  • Bahan lembut yang selesa direka untuk membantu mengelakkan kerengsaan pada kawasan intim.

Libresse Maximum Security Panties

RM7.90

Libresse Maximum Security Panties direka khas untuk perlindungan maksimum, bagi keselesaan anda. ‘Body Fit Design’ direka khas oleh Libresse untuk menyalut bahagian intim anda dengan kemas untuk mengelakkan kebocoran, ia juga mempunyai teras yang lebar dan panjang bagi menghalang kebocoran di bahagian tepi dan belakang. Ia diperbuat daripada kapas lembut dan mempunyai pengaliran udara yang menyeluruh.

Kotex Overnight Panties

RM4.90

Kotex Overnight Panties memberikan perlindungan anti- kebocoran 360 demi keselesaan dan keyakinan yang terbaik sepanjang tempoh haid dan memberikan anda ketenangan semasa anda tidur.

Kelebihan produk:

  • Teknologi kuasa penyerapan rekaan 3D. Inti penyerap panjang dengan reka bentuk tiga dimensi yang fleksibel untuk menyesuaikan badan sepenuhnya dan membantu mencegah kebocoran sisi dan belakang.
  • Menggabungkan seluar dalam dan tuala wanita dalam satu.
  • Diperbuat daripada bahan lembut seperti kapas seluar dalam untuk keselesaan pada masa tidur.
Summary
10 Produk Libresse di Pasaran dan Alternatifnya
Article Name
10 Produk Libresse di Pasaran dan Alternatifnya
Description
Libresse merupakan salah satu jenama perlindungan wanita yang terkemuka di Malaysia. Pelbagai jenis tuala wanita yang dikeluarkan dan menawarkan wanita perlindungan daripada kebocoran ketika didatangi haid.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: