garcinia cambogia

Ingin kuruskan badan? Tahap kolesterol melampau tinggi? Tingkatkanlah kesihatan anda dengan pelbagai jenama produk Garcinia Cambogia di pasaran hari ini. Diperbuat dengan ramuan semulajadi, produk-produk ini berfungsi meningkatkan metabolisme anda sekaligus membantu anda mengurangkan berat badan dan juga tahap kolesterol anda. Produk-produk kesihatan adalah diiktiraf kualitinya dan dijual pada paras harga mampu milik untuk semua mengikut kesesuaian anda.

naturewells garcini cambogia

Naturewells GC With Green Coffee Complex 

RM45.00

Produk ini adalah 100% gabungan garcinia cambogia tulen dan ekstrak kopi hijau. Ia mempunyai beberapa kebaikan iaitu, menggalakkan penurunan berat badan, menurunkan kolesterol, mengawal paras gula dalam darah, meningkatkan metabolisme, mengawal metabolisme lemak dalam badan dan dapat membantu mengawal simptom kemurungan. Produk buatan Australia ini mempunyai perakuaan cGMP Australia dan telah diuji keberkesanannya di Australia dan ditanggung halal.

GNC Garcinia Cambogia

GNC Herbal Plus® GC

RM74.93

Produk ini mempunyai bahan sumber semula jadi, iaitu asid hidroksisrat (HCA) yang mempunyai komposisi yang serupa dengan asid sitrik. Ia berfungsi untuk membantu dalam proses memetabolismekan lemak. Kurangkan keupayaan tubuh untuk menyimpan lemak dengan menyekat penukaran karbohidrat menjadi lemak akhirnya membantu penurunan berat badan. Setiap kapsul produk ini mengandungi 500 mg ekstrak buah garcinia cambogia. Ramuan di dalam produk ini diproses secara minimum; dikeringkan dan ditumbuk untuk diisikan kedalam capsul.

lennox garcinia cambogia

Lennox GC Chrysanthemum Tea

RM39.80

Lennox Garcinia Cambogia berfungsi dengan menyekat enzim yang membakar karbohidrat berlebihan dalam badan. Ia juga meningkatkan metabolisme badan dengan membakar lemak berlebihan anda. Produk ini berguna untuk mengurangkan lemak di paha, punggung dan perut anda. Garcinia Cambogia di Lennox SD adalah buah kecil berbentuk bagai labu yang terdapat di pelbagai tempat di dunia, terutamanya di Asia. Ini adalah pokok malar hijau dengan buahnya berwarna kuning dan bentuk bujur. Ekstrak kulit buah ini mempunyai nilai perubatan.

Kinohimitsu GC Lite 30s

Kinohimitsu GC Lite 30s

RM65.00

Kinohimitsu GC Lite adalah minuman botani yang enak yang diformulasikan dengan Garcinia Cambogia dan Pi2Xlim® (Proprietary Blend of Tea Blossom Extract, Potato Protein Extract dan Oat Fiber), yang membolehkan anda menikmati lebih banyak lagi faedah dengan rutin kesihatan anda. Produk ini akan membuat anda berasa kenyang dengan lebih lama, menyekat pembentukan lemak di dalam badan anda, meningkatkan metabolisme anda dan melegakan sembelit.

beauty lad series garcina cambogia

Beauty Lab Series GC

RM44.70

Produk ini akan dapat membantu anda mengawal selera makan anda, membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat, meningkatkan fungsi metabolisme dalam badan anda, membantu anda melangsingkan badan, menurunkan berat badan, dan membakar lemak. Ia juga dapat meningkatkan tahap hormon serotonin untuk meningkatkan mood dan mengurangkan tekanan anda. Produk ini adalah 100% bebas dari bahan rangsangan dan didapati dalam bentuk kaplet yang mudah telan.

green coffee garnicia cambogia

Green Coffee + GC

RM50.00

Green Cofftea 500mg Extract Capsule dihasilkan dengan ekstrak green coffee, green tea & garcinia cambogia bermutu tinggi dan berkualiti tinggi. Produk pertama yang mengandungi green coffee, green tea dan garcinia cambogia di Malaysia. Kopi hijau akan bertindak untuk memberi tenaga pada badan, membakar lemak 3x ganda dar biasa dan juga mengawal rasa lapar. Dengan kata lain ia bertindak sebagai metabolisme booster, fat burner, energy booster dan melawaskan sembelit.

Purely Inspired, Garcinia Cambogia+

Purely Inspired GC

RM49.00

Produk ini dibuat dengan 100% garcinia cambogia yang premium dan tulen dengan kopi hijau untuk membantu anda menurunkan berat badan. Ia mempunyai 9 kali ganda lebih banyak garcinia cambogia berbanding dengan produk pesaing, bebas dari gluten dan tidak mempunyai bahan ransangan. Produk ini mengandungi 200mg ekstrak kopi hijau dalam setiap hidangan untuk penurunan berat badan, ditambah dengan 1600mg garcinia cambogia yang popular.

himalaya ayur slim

Himalaya Ayurslim

RM31.00

AyurSlim dapat membantu menurunkan berat badan secara semula jadi dan 100% vegetarian. Ia memberikan sokongan dalam pengurusan berat badan yang menyeluruh dan semula jadi untuk anda bersama dengan diet dan senaman. Ia juga membantu mengurangkan pengumpulan lemak di dalam badan, dan membendung selera makan dan membantu mengurangkan keinginan untuk makanan manis. Di samping itu, ia juga membantu mengekalkan tahap kolesterol yang sihat dalam badan.
Produk ini adalah 100% bersumber dari ramuan ayurveda utama.

DZ GARCINIA HERBAL PLUS

DZ GARCINIA HERBAL PLUS

RM51.00

Produk ini digunakan secara traditional untuk menurunkan berat badan. Produk ini akan menampakkan kesan ketara seawal 1 minggu. Ia juga akan menghentikan selera makan, menyekat pertambahan berat badan, membaiki sistem penghadaman, membakar lemak dengan pantas secara semulajadi. Produk ini juga dapat menghalang pembentukan lemak berlebihan, meningkatkan metabolisme badan untuk membantu bakar lemak, membuang toksin dalam badan.

ORIGINAL Garcinia Cambogia Weight Loss Pills

ORIGINAL GC Weight Loss Pills

RM33.00

Produk ini digunakan untuk membantu anda menurunkan berat badan dengan mengawal nafsu makan anda, mengurangkan pengumpulan lemak di dalam badan, meningkatkan fungsi metabolisme dalam badan anda dan meningkatkan metabolisme lemak dalam badan anda. Produk ini juga dapat membantu mengurangkan perut kembung dan badan akan rasa ringan. Ia juga membantu membaiki sistem pengahadaman dan membantu membuang toksin dalam badan anda dan kulit akan nampak semakin berseri.

Summary
10 Produk Garcinia Cambogia Untuk Kesihatan Anda
Article Name
10 Produk Garcinia Cambogia Untuk Kesihatan Anda
Description
Ingin kuruskan badan? Tahap kolesterol melampau tinggi? Tingkatkanlah kesihatan anda dengan pelbagai jenama produk GARCINIA CAMBOGIA di pasaran hari ini. Diperbuat dengan ramuan semulajadi, produk-produk ini berfungsi meningkatkan metabolisme anda sekaligus membantu anda mengurangkan berat badan dan juga tahap kolesterol anda. Produk-produk kesihatan adalah diiktiraf kualitinya dan dijual pada paras harga mampu milik untuk semua mengikut kesesuaian anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: