10 Produk Face Mist Terbaik Untuk Menyegarkan Kulit Wajah Anda
Penggunaan face mist ini penting untuk ‘set’ solekan dengan baik serta pada masa sama, membuatkan wajah anda kelihatan lembap dan sihat.

Bagi mereka yang suka memakai solekan muka, anda pasti mahukan ia kekal dalam apa juga keadaan serta tidak comot setelah berpeluh dan sebagainya bukan? Justeru itulah, penggunaan face mist ini penting untuk ‘set’ solekan dengan baik serta pada masa sama, membuatkan wajah anda kelihatan lembap dan sihat.

Jadi, jika anda tidak pernah menggunakannya sebelum ini, jom kita lihat beberapa pilihan face mist yang ada di pasaran.

1. Mario Badescu Facial Spray with Aloe, Herbs and Rosewater

RM35.00

Produk daripada jenama terkenal ini tidak pernah mengecewakan pelanggan mereka, dan tahukah anda bahawa ini adalah antara produk face mist terbaik yang anda boleh dapatkan di pasaran? Kandungan ‘rose water’ di dalamnya mempunyai banyak antioksida serta anti-keradangan bagi membantu mengurangkan kemerahan kulit serta menguatkan sel kulit wajah anda. Ia juga melembapkan kulit agar wajah kelihatan segar dan bersinar sepanjang masa.

2. Urban Decay All Nighter Anti-Pollution Setting Spray

RM160.00

Face mist memang diketahui digunakan untuk membantu mengekalkan solekan buat jangka masa lebih lama. Jadi, dengan produk ini, solekan anda boleh tahan sehingga 16 jam. Di samping itu, ia juga melindungi wajah dan solekan daripada ‘oxidants’ yang berlaku disebabkan pencemaran. Ia bersifat ringan serta membuat kulit sentiasa kelihatan lembap dan segar.

3. Fenty Beauty What It Dew Makeup Refreshing Spray

RM138.00

Siapa sahaja yang tidak mengenali penyanyi antarabangsa Rihanna bukan? Ini adalah produk keluaran syarikatnya iaitu Fenty Beauty dan dikatakan merupakan antara face mist yang terbaik di pasaran. Dengan formulasi untuk melembapkan kulit, ia boleh diserap dengan cepat tanpa meninggalkan kesan yang melekit. Ia juga mampu melindungi solekan anda dan tahan buat masa yang lama.

4. Eucerin Aquaporin Mist Spray

RM42.00

Produk ini sudah boleh didapati di ‘drugstore’ berdekatan, jadi apa kata anda dapatkannya jika anda mempunyai kulit yang kering atau sensitif. Produk ini dikatakan memberikan sehingga 126% lebih kelembapan serta kaya dengan nutrien dan mineral yang diperlukan untuk mengekalkan kelembapan wajah. Jadi, kulit anda tidak lagi terasa kering atau kemerahan setelah memakai produk.

5. Fresh Vitamin Nectar Antioxidant Face Mist

RM109.00

Bagi mendapatkan hasil kulit wajah yang segar dan lembap, gunalah produk keluaran Fresh ini! Selain melindungi kulit daripada bahan asing seperti pencemaran udara, haba dan lain-lain, kulit anda pasti kekal segar buat tempoh yang lama. Walaupun harganya agak mahal, namun dengan kualiti yang ditawarkan, apa salahnya jika anda mengeluarkan sedikit wang untuk sesuatu yang efektif untuk wajah anda?

6. Bio-Essence Miracle Bio Water

RM30.05

Bagi mereka yang berkulit sensitif, cubalah produk face mist daripada Bio-Essence ini yang boleh memberikan kesan kelembapan terbaik selain mengandungi kandungan mineral rendah yang sesuai untuk kulit sensitif atau meradang. Ia juga mempunyai tahap pH yang terkawal dan menggunakan formulasi ‘hypoallergenic’ yang sesuai bagi kulit sensitif. Di samping digunakan untuk wajah, ia juga berfungsi untuk kulit badan dan rambut juga!

7. Clinelle Pure Swiss Thermal Spring Water

RM45.00

Jika kulit wajah anda terasa kering, gunakan sahaja face mist ini bagi mendapatkan kelembapan serta merta. Ia juga mempunyai sifat pemulihan yang sangat tinggi dengan sebatian sulfur bagi menenangkan dan memperbaiki kulit yang rosak. Malah, kandungan selenium di dalamnya juga melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas.

8. Watsons Water 360 Mineral Spring Hydrating Spray

RM19.00

Dengan harga yang sangatlah berpatutan, apa lagi alasan anda untuk tidak mendapatkannya? Ia juga setanding dengan produk-produk lebih mahal di luar sana kerana mampu melembapkan kulit wajah di samping melambatkan tanda penuaan. Bahan-bahannya juga adalah bersifat semula jadi dan sangat bagus untuk kulit wajah anda.

9. Herbivore Botanicals Rose Hibiscus Hydrating Face Mist

RM73.00

Jika anda mempunyai kulit berjerawat, apa kata cuba produk face mist ini kerana selain memberi kelembapan pada kulit, kandungan air mawar di dalamnya juga membantu mengurangkan jerawat serta tidak meradangkan kulit sedia ada. Malah, produk ini juga berkesan dalam menangani masalah tona kulit tidak sekata. Jadi, selepas ini, kulit anda terlihat lebih segar dan kurang berjerawat!

10. Nano White Fresh Miracle Mist

RM23.90

Diperkaya dengan kandungan vitamin C, minyak ‘tea tree’ dan ‘sea algae’, produk face mist ini sangatlah sesuai bagi mereka dengan kulit berminyak. Malah, ia juga boleh digunakan sebagai toner sekiranya kulit anda terasa kering. Di samping menyegarkan kulit wajah, ia juga mengurangkan penampilan liang pori, mencerahkan kulit serta melembapkan wajah.

Summary
10 Produk Face Mist Terbaik Untuk Menyegarkan Kulit Wajah Anda
Article Name
10 Produk Face Mist Terbaik Untuk Menyegarkan Kulit Wajah Anda
Description
Penggunaan face mist ini penting untuk ‘set’ solekan dengan baik serta pada masa sama, membuatkan wajah anda kelihatan lembap dan sihat.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: