escapelle

Kontraseptif kecemasan adalah cara untuk mencegah kehamilan selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Selalunya dipanggil “after-morning pill”, kontraseptif kecemasan ini adalah pil yang boleh diambil secara oral hingga 120 jam (5 hari) setelah melakukan hubungan seksual tanpa perlindungan. Antara yang terkenal adalah Escapelle.

Escapelle telah menjadi jenama nombor satu yang terkenal di seluruh dunia. Walaupun dengan namanya yang mengerunkan, ia tidak membahayakan kesihatan wanita yang telah mengambil pil-pil ini. Kontrasektif kecemasan tidak akan menyebabkan keguguran, kecacatan kepada kandungan, dan tidak menggangu kesuburan wanita.

Sentiasa semak dengan doktor anda sebelum mengambil apa-apa rawatan pencegahan kehamilan kerana mereka selalu mengakibatkan kesan sampingan.

Ayuh lah kita baca di sini untuk lihat apakah produk kontraseprif kecemasan yang terdapat di pasaran Malaysia, termasuklah Escapelle dan beberapa produk alternatif lain. 

Escapelle  

RM50.00

Escapelle® merupakan rawatan kontrasetif kecemasan yang dimuatkan di dalam satu biji pil. Escapelle mengandungi hormon yang selamat, berkesan dan diuji iaitu levonorgestrel. Ia mencegah ovulasi dan mencegah kebarangkalian kehamilan bagi 99% pengguna. Walaupun ia mengandungi hormon, ia tidak memberi apa-apa kesan pada endometrium dan tidak menghalang implantasi embrio di dinding rahim. Sekiranya, pil ini tidak berjaya untuk menhalang kehamilan, ia tidak akan membahayakan embrio yang telah terbentuk. “After-morning pill” ini haruslah diambil dalam tempoh masa 72 jam selepas hubungan seks yang tidak dilindungi. 

Postinor-2

RM15.90

Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan sahaja. Ia digunakan untuk mencegah kehamilan ketika diambil dalam tempoh masa 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Terdiri daripada 2 kursus rawatan – pil pertama diambil dalam tempoh masa 72 jam selepas persetubuhan dan pil kedua haruslah diambil 12 jam selepas pil pertama. Postinor-2 dianggarkan untuk mencegah 95% kehamilan jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun menjadi 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam setelah hubungan intim. 

Madonna 

RM15.90

Mengandungi hormon levonorgestrel yang bertindak sebagai kontrasepsi selepas melakukan hubungan seks untuk mencegah kehamilan. Pil ini juga haruslah diambil dalam masa 72 jam selepas hubungan intim. Regimnya sama seperti Postinor-2, pil pertama haruslah dimakan dalam tempoh masa 72 jam selepas hubungan seks dan pil kedua diambil 12 jam selepas pil pertama.

Revoke-1.5

Pil ini mempunyai sedikit kelainan kerana ia ada hanya satu biji pil untuk dimakan. Prinsip yang sama juga patut diikut iaitu untuk dimakan dalam masa 72 jam selepas melakukan hubungan seksual yang tak dilindungi. Walaupun mengandungi kandungan hormon levonorgestrel yang tinggi, ia tidak akan membahayakan para wanita. Ia mencegah ovulasi dan mencegah kebarangkalian kehamilan. Disyorkan untuk berjumpa dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil pil pencegahan kecemasan ini. 

Estinor

Estinor merupakan rawatan kontrasetif kecemasan keluaran Malaysia.  Estinor mengandungi hormon yang selamat, berkesan dan diuji iaitu levonorgestrel. Ia mencegah ovulasi dan mencegah kebarangkalian kehamilan bagi 99% pengguna. Anda haruslah mengambil 2 pil ini untuk melengkapkan pencegahan kehamilan ini dalam masa 120 jam. Walaupun ia mengandungi hormon, ia tidak memberi apa-apa kesan pada endometrium dan tidak menghalang implantasi embrio di dinding rahim. 

Ella

RM53.00

Sekiranya anda telah terlepas tingkap masa 72 jam, ellaOne memberi anda lagi satu solusi untuk kontrasepsi kecemasan. Mengandungi ulipristal asetat, ia merupakan pil perancang kecemasan yang lebih efektif daripada pil yang mengandungi levonorgestrel. Harus diambil dalam masa 5 hari selepas persetubuhan. Ia berfungsi dengan mencegah pembebasan telur (ovulasi) semasa kitaran haid anda. Ia juga menjadikan cairan vagina lebih tebal untuk membantu mencegah sperma sampai ke telur untuk persenyawaan dan mengubah lapisan rahim untuk menyuburkan telur yang telah disenyawakan.

Pregnon  

Pregnon juga merupakan alternatif untuk kontraseptif kecemasan. Ia digunakan untuk mencegah kehamilan ketika diambil dalam tempoh masa 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Terdiri daripada 2 kursus rawatan – pil pertama diambil dalam tempoh masa 72 jam dan pil kedua haruslah diambil 12 jam selepas pil pertama. Mengandungi 0.75 miligram hormon levonorgestrel, ia mencegah ovulasi dan mencegah kebarangkalian kehamilan. 

Me Tablet 

Mengandungi levonorgestrel unutk membantu mencegah kehamilan. Kontraseptif kecemasan harus diambil dalam tempoh masa 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Terdiri daripada 2 kursus rawatan – pil pertama diambil dalam tempoh masa 72 jam dan pil kedua haruslah diambil 12 jam selepas pil pertama. Mengandungi 0.75 miligram hormone levonorgestrel, ia mencegah ovulasi dan mencegah kebarangkalian kehamilan.

Escinor 1.5mg 

Berlainan dengan kontraseptif yang biasa, Escinor 1.5mg mempunyai satu biji pil saja. Prinsip yang sama juga patut diikut iaitu untuk dimakan dalam masa 72 jam selepas melakukan hubungan seksual yang tak dilindungi. Walaupun mengandungi kandungan hormon levonorgestrel yang tinggi, ia tidak akan membahayakan para wanita. Ia mencegah ovulasi dan mencegah kebarangkalian kehamilan. Tambahan pula, ia tidak memberi apa-apa kesan pada endometrium dan tidak menghalang implantasi embrio di dinding rahim. Sekiranya, pil ini tidak berjaya untuk menhalang kehamilan, ia tidak akan membahayakan embrio yang telah terbentuk. 

Penggunaan kontraseptif kehamilan hendaklah digunakan dengan berhati-hati. Jadikan ia sebagai langkah terakhir untuk mencegah kehamilan. Sentiasa dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan sekiranya anda ragu-ragu. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Tagged: