Eno

ENO adalah  produk yang sudah semestinya menjadi tumpuan di Malaysia. Eno adalah antasid bebas yang diperbuat dari natrium bikarbonat dan asid sitrik yang digunakan untuk mencegah pedih ulu hati dan refluks asid.

Walaupun begitu, ia juga terdapat dalam bentuk tablet, garam serbuk dan akan dicampurkan di dalam air dan dimakan sebelum atau selepas makan. Pengambilan produk ENO ini untuk buang angin dalam badan dan ketidak hadaman. Asid perut membantu mencerna makanan tetapi boleh menyebabkan ketidakselesaan apabila dihasilkan berlebihan.

Tetapi kadang-kadang badan anda mungkin menghadapi masalah untuk mengawal kemasaman ini dan ini adalah di mana produk ENO boleh membantu. ENO dikeluarkan oleh syarikat kesihatan yang agak besar di Malaysia iaitu GSK Malaysia. GSK telah beroperasi selama lebih dari 60 tahun di Malaysia setelah memulakan operasi pertama pada Oktober 1958. Dalam tempoh 6 dekad yang lepas, GSK Malaysia telah berkembang dengan pesat dalam kedua-dua infrastruktur, operasi perniagaan serta asas bakat.

Eno Ginger

RM10.50

Eno Ginger dapat membantu mengurangkan angin dan senak. Eno Ginger diperbuat dari garam buah yang cepat bertindak sebagai antasid dan membantu hilangkan kembung perut akibat gangguan pencernaan. Melegakan ketidakselesaan perut dan gangguan pencernaan kerana terlalu banyak makanan panas, pedas atau goreng. Rasanya sedap ditambah dengan jus buah atau minuman bersoda. Jenama antacid terkemuka di Malaysia. Cara pengambilan untuk dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas: 4.3 g dalam setengah gelas air suam. Ulangi dalam 2 atau 3 jam jika perlu. Maksimum 6 dos sehari. Setiap dos 4.3g sahaja. Simpan di bawah 30 darjah Celcius

Himalaya Bioease

RM35.50

Himalaya Bioease  adalah produk yang diperbuat daripada herba semulajadi secara tradisional yang digunakan untuk menyembuhkan gangguan pencernaan, mencegah angin dalam perut, gastrik dan kembung perut. Jika anda mengalami simtom seperti berikut, cepat dapatkan Himalaya Bioease yang mempunyai 60 kapsul di dalam botol  dan ia juga membantu mengatur rembesan gastrik dan pergerakan. Ia juga membantu melancarkan pencernaan dan meningkatkan selera makan anda. Cara pengambilannya, anda hanya perlu mengambil 2 kapsul dua hingga tiga kali sehari di antara waktu makan.

Eno Lemon

RM10.50

Eno Lemon adalah produk yang dapat membantu menghilangkan rasa ketidakhadaman. Eno Lemon diperbuat dari garam buah yang cepat bertindak sebagai antasid dan penghilang kembung akibat gangguan pencernaan. Cara pengambilan untuk dos dewasa adalah larutkan 1 sudu teh (5g) dalam segelas air. Ulangi selepas 2-3 jam, jika perlu. Jangan mengambil lebih dari 2 dos dalam 24 jam. Jangan gunakan jika anda mempunyai penyakit hati, ginjal dan / atau jantung / tekanan darah tinggi. Rujuk doktor sebelum menggunakan semasa kehamilan atau menyusui

Maalox Plus

RM34.65

Maalox Plus Suspension adalah produk antacid yang berperisa lemon swiss creme untuk melegakan simptomatik hiperasiditas yang berkaitan dengan diagnosis ulser peptik, gastritis, esofagitis peptik, hiperasidensi gastrik, luka bakar jantung, atau hernia hiatal. Produk ini juga berfugsi sebagai anti-kembung untuk mengurangkan simptom gas, termasuk sakit gas pasca operasi. Cara pengambilan produk ini adalah 2-4 sudu teh 4 kali sehari, diambil 20 minit hingga 1 jam selepas makan dan pada waktu tidur, atau seperti yang diarahkan oleh doktor. Produk ini tidak disyorkan untuk kanak-kanak.

Eno White

RM10.50

ENO White 100g membantu melegakan gangguan pencernaan. Eno terbuat dari garam buah-buahan yang cepat bertindak sebagai antasid dan penghilang kembung akibat gangguan pencernaan. Melegakan ketidakselesaan perut dan gangguan pencernaan kerana terlalu banyak makanan panas, pedas atau goreng. Rasanya enak ditambah dengan jus buah atau minuman bersoda.

DOSIS (UNTUK DEWASA)
• Larutkan 1 sudu teh (5g) dalam segelas air
• Ulangi selepas 2-3 jam, jika perlu
• Jangan mengambil lebih dari 2 dos dalam 24 jam
• Jangan gunakan jika anda mempunyai penyakit hati, ginjal dan / atau jantung / tekanan darah tinggi
• Rujuk doktor sebelum menggunakan semasa kehamilan atau menyusui

Alucid Suspension

RM7.05

Alucid adalah antacid dan antiflatulence yang dapat membantu untuk melegakan kembung perut, sakit gastrik dan pedih ulu hati. Ia akan melegakan dan mengawal kesakitan untuk simptomatik ulser gastrik dan duodenum dan esofagitis refluks dengan meneutralkan asid hidroklorik. Cara pengambilannya adalah untuk dewasa 5 – 10ml (1 hingga 2 sudu teh). Kanak-kanak pula hanya perlu mengambil 2.5 hingga 5ml (1/2 hingga 1 sudu teh). Alucid sesuai diambil antara waktu makan dan waktu tidur atau seperti yang diarahkan oleh doktor. Goncangkan dengan baik sebelum digunakan. Alucid dilarang diambil jika anda mengalami gangguan fungsi ginjal yang teruk.

Gaviscon Double Action Liquid

RM27.70

Gaviscon Double Action Liquid adalah produk yang bertindak pantas dan tahan lama yang berfungsi sehingga 2 kali lebih lama daripada antasid. Formula berkesan ini dapat merawat pedih ulu hati dan senak dengan dua cara. Pertama, dengan meneutralkan asid perut yang berlebihan. Kedua, dengan melapisi isi perut dengan penghalang cecair untuk membantu menghentikan asid dari perjalanan ke esofagus. Gaviscon Double Action Liquid boleh melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pencernaan. Produk ini juga sesuai digunakan semasa mengandung..

Relcer Gel

RM16.00

Relcer Gel dapat membantu melegakan  yang berkaitan dengan refluks oesophagitis, kembung perut, hiperasiditas, gastritis dan kesakitan yang berkaitan dengan ulser peptik kerana mengandungi bahan aktif Dimethicone Topical, Aluminium Hydroxide Topical, Liquorice Topical dan Magnesium Hydroxide Topical. Cara pemgambilannya ada untuk dewasa hanya perlu 1-2 sudu kecil selepas makan dan pada waktu tidur. Produk ini tidak sesuai jika anda mengalami buah pinggang yang rosak, hamil dan sedang menyusu.

Summary
10 Produk Eno Yang Boleh Membuang Angin Dan Ketidakhadaman Dan Alternatifnya.
Article Name
10 Produk Eno Yang Boleh Membuang Angin Dan Ketidakhadaman Dan Alternatifnya.
Description
ENO adalah produk yang sudah semestinya menjadi tumpuan di Malaysia. Eno adalah antasid bebas yang diperbuat dari natrium bikarbonat dan asid sitrik yang digunakan untuk mencegah pedih ulu hati dan refluks asid. Walaupun begitu, ia juga terdapat dalam bentuk tablet, garam serbuk dan akan dicampurkan di dalam air dan dimakan sebelum atau selepas makan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: