Diane Shampoo

Secara umumnya, semua orang pasti akan mengalami masalah rambut gugur terutamanya ketika usia sudah mulai meningkat. Keadaan ini adalah normal tetapi sekiranya rambut gugur dengan teruk, rambut anda mungkin sudah kering dan mula rosak. Oleh itu, produk penjagaan rambut Moist Diane merupakan shampoo rambut buatan Jepun yang berasaskan minyak. Ramai telah memberi respon yang positif selepas menggunakan shampoo ini. Antaranya adalah seperti rambut menjadi lebih lembut dan tak gugur lagi. Mari kita lihat produk-produk Diane Shampoo dan alternatifnya di bawah ini.

Moist Diane Extra Volume & Scalp Shampoo

RM32.90

Moist Diane Extra Volume & Scalp Shampoo ini menjadikan rambut anda kembali sihat dengan menguatkan daya tahan dan keanjalan rambut. Ia dirumus khas dengan keratin dan polimer yang meningkatkan pertumbuhan rambut. Produk ini mengandungi minyak dara organik dan minyak plum yang memberikan kelembapan pada kulit kepala yang kering. Diformulasi supaya kulit kepala lebih lembut dengan Biotin (vitamin H), Glukosil Hesperidin (vitamin P), AnaGain, o-Cymen-OI, organic virgin dan minyak plum untuk mengembalikan rambut yang sihat.

Shiseido Hair & Scalp Shampoo

RM55.00

Shiseido Hair & Scalp Shampoo ini sesuai untuk kegunaan harian dalam penjagaan rambut dan kulit kepala. Produk ini dihasilkan daripada bahan yang berasaskan tumbuhan. Ia mengandungi ekstrak halia yang meningkatkan peredaran darah untuk kulit kepala yang sihat dan rambut yang cantik. Ia juga menyegarkan kulit kepala dengan minyak bergamot di samping rambut kelihatan lebih sihat dan lebih lembut dengan minyak jojoba yang merangsang peredaran darah ke kulit kepala. Syampu ini sesuai untuk semua jenis rambut. Ia membersihkan rambut dengan mendalam untuk membuang segala kekotoran yang ada pada kulit kepala sekaligus menjadikan rambut dan kulit kepala sihat dan segar.

Moist Diane Extra Smooth & Straight Shampoo

RM32.90

Moist Diane Extra Smooth & Straight Shampoo ini mampu membuang kotoran di samping menyuburkan rambut dengan busa yang kaya. Ia disertakan dengan 3 jenis bahan pembersih: keratin, TEA-cocoyl glutamate berasaskan asid amino dan olefin. Turut mempunyai minyak organik yang dapat menembusi jauh ke dalam rambut serta terdapt minyak quinoa, minyak prun dan minyak baobab yang memberikan kelembapan yang kuat pada rambut. Produk ini juga menguruskan permukaan rambut yang tidak teratur dan rosak. Ia melembapkan dari akar hingga hujung rambut supaya rambut lebih halus dan lembut.

Dove Nutritive Solutions Straight & Silky Shampoo

RM29.90

Dove Nutritive Solutions Straight & Silky Shampoo ini adalah syampu berkhasiat yang menjadikan rambut lebih lurus dan lebih licin. Ia melicinkan permukaan rambut dan meningkatkan kilauan rambut supaya rambut tampak lebih bersinar. Selepas setiap cucian, rambut dibiarkan lembap dan menjadikannya lebih teratur. Ia diformulasi dengan Serum Kelembapan Mikro agar rambut terasa lembut dan halus. Produk ini juga membantu membaiki kutikel rambut yang rosak sekaligus menjadikan rambut lebih sihat dari masa ke masa.

Moist Diane Botanical Moist Shampoo

RM36.90

Diane Botanical Moist Shampoo ini sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut kering, kasar, rosak, dan keriting. Ia dapat menghidratkan rambut dengan ekstrak organik dan minyak pati yang melembapkan rambut 5 kali lebih baik daripada syampu biasa. Produk ini mengandungi lebih daripada 90% bahan semula jadi seperti 10 ekstrak organik dan 8 minyak esensial. Ia membaiki dan melicinkan permukaan rambut kering dan kasar supaya rambut lebih bersinar, halus dan kuat. Formulasi botani ringan ini menjinakkan keriting dan melindungi rambut daripada kerosakan, panas dan sinar UV tanpa merosakkan rambut.

Astar Botanical Beautifying Shampoo

RM14.50

Astar Botanical Beautifying Shampoo ini menggalakkan penumbuhan rambut yang sihat dan menjadikannya lebih berkilau. Ia menguatkan akar dan meningkatkan jumlah rambut sekaligus membantu mencegah rambut gugur. Produk ini dapat mengembalikan kekuatan, memantul dan bersinar serta anti-penuaan. Ia turut melindungi rambut dari kerosakan akibat sinaran UV dan heat styling. Diperkaya dengan Canadian Willowherb dan protein tumbuhan seperti kangkung, wortel dan lemon yang menghidrat, menguatkan dan melindungi di samping menjadikan rambut lebih berkilau, lembut dan halus.

Moist Diane Perfect Beauty Extra Moist & Shine Shampoo

RM32.90

Antara ciri khas yang terdapat dalam produk ini adalah ia mengandungi Platinum Keratin yang berfungsi untuk membaiki kutikel rambut yang tidak rata dan memulihkan rambut yang rosak. Dengan campuran minyak marula organik dan minyak kelapa organik, syampu bebas silikon ini menghilangkan sebum dan kotoran berlebihan sambil memberikan nutrien yang menembusi rambut secara mendalam. Dengan bahan serat, mencegah kutikel rambut daripada rosak dan meluruskan rambut yang kusut. Produk ini turut meningkatkan kilauan rambut dan mencegah warna rambut daripada pudar untuk penampilan awet muda.

Sunsilk Black Shine Shampoo

RM25.38

Sunsilk Black Shine Shampoo ini mempunyai formula eksklusif iaitu dengan Henna Complex dan Diamond-Shine Technology yang berfungsi untuk menyuburkan rambut dan mengembalikan rambut hitam anda. Malah, ia turut menjadikannya sihat dan berkilau. Produk ini dicipta bersama dengan Jamal Hammadi, Shine Expert dari Hollywood agar rambut sentiasa kelihatan kemas dan teratur. Kesannya, rambut menjadi lebih bersinar, lembut dan sihat.

Arahan Penggunaan: Sapukan syampu ini dalam jumlah yang bersesuaian pada kulit kepala. Bilas dengan lembut.

Moist Diane Perfect Beauty Extra Night Repair Shampoo

RM32.90

Moist Diane Perfect Beauty Extra Night Repair Shampoo ini membaiki rambut anda semasa tidur dan apabila bangun sahaja daripada tidur, anda akan memiliki rambut yang lembut dan cantik. Aromanya yang menenangkan semestinya membantu anda dalam mendapatkan tidur yang berkualiti. Produk ini mengandungi minyak argan organik, keratin amino dan bahan pembaikan nano. Juga terdapat serum pembaikan malam untuk kelembapan dan membaiki rambut yang rosak ketika tidur. Diformulasikan dengan kapsul vitamin E untuk khasiat rambut dan melindungi rambut daripada mati.

Dove Nutritive Solutions Intense Repair Shampoo

RM29.90

Dove Nutritive Solutions Intense Repair Damaged Hair Shampoo ini dapat menyuburkan rambut di samping membaiki rambut yang rosak. Dirumus khas dengan Keratin Repair Actives yang berfungsi dalam membantu membaiki kerosakan pada bahagian dalam rambut. Kesannya, rambut kelihatan sihat, kuat dan lebih cantik. Produk ini turut membantu melindungi rambut daripada rosak pada masa hadapan sekiranya anda menggunakannya secara berterusan. Syampu ini semestinya sesuai untuk kegunaan harian.

Tagged: