Dettol merupakan peneraju perlindungan kuman yang terkemuka di pasaran. Produk-produknya membantu menjaga kesihatan keluarga di seluruh dunia melalui kegunaan barang penjagaan kebersihan yang lebih baik. Kami diketahui di seluruh dunia sebagai syarikat yang mempromosikan kebersihan melalui pencegahan penyakit dengan mengawal jangkitan untuk kesihatan sekeluarga yang lebih murni.

Jika artikel ini berguna untuk anda, pertimbangkanlah untuk membuat pembelian barangan ini dari stor atau pautan kami. Pembelian anda membantu menyumbang kepada misi kami untuk menyediakan maklumat berguna kepada semua.

Dettol Gold Classic Clean Body Wash 950ml

RM22.64

Dettol Gold ini boleh membasmi 99.9% kuman dan memberi tahap perlindungan kuman yang tinggi berbanding dengan pencuci badan anti bakteria yang lain. Formula anti bakterianya memberi anda dan keluarga perlindungan yang berganda. Ini adalah inovasi terbesar dari Dettol dengan pelbagai produknya untuk memberikan perlindungan terbaik kepada anda. Produk ini dirumus khas untuk perlindungan kuman yang ternggul dengan wangiannya yang menyegarkan membuat anda merasa bersih dan segar setelah mandi.

FOLLOW ME Anti Bacterial Body Wash – Whitening Sakura And Pearl Extract 1L

RM11.99

Follow Me Anti Bacterial Body Wash ini adalah pencuci badan yang diformulasikan khas untuk membasmi 99.99% bakteria yang berbahaya. Ia membantu menghalang pertumbuhan bakteria di mana kulit anda dilindungi dari persekitaran yang kurang sihat. Diperkaya dengan sakura dan ekstrak mutiara berserta dengan keseimbangan pH 5.5 formulasi yang unik, ia menjadikan kulit anda terhidrat, cerah dan lembap selepas setiap kali mencuci. Produk ini sesuai digunakan oleh sekeluarga dan setiap hari tanpa mengeringkan atau merengsakan kulit.

Dettol Hand Wash Cool 250ml

RM6.37

Sabun Tangan Dettol Antibakteria Profresh Cool membasmi 99.9% daripada kuman and bakteria dengan berkesan. Penggunaan anti bakteria harian ini melindungi tangan anda daripada 100 kuman berbahaya dan menjaga kebersihan tangan anda secara lembut tanpa mengeringkan kulit. Dettol Cool dengan kesegaran mentholnya mengandungi formula tahap pH yang seimbang dengan perlindungan kuman Dettol yang dipercayai menjadikan kulit anda lebih sihat dan segar. Penngunaan produk ini membantu keluarga anda memupuk pencucian tangan yang betul dan berkesan dengan mencegah penyebaran kuman.

Lifebuoy Activ Fresh Antibacterial Handwash 200ml

RM5.99

Produk ini memberi perlindungan semulajadi aktif dan merupakan Krim Susu Pencucian tangan untuk perlindungan kuman dengan membasmi 99.9% kuman serta perlindungan daripada kuman hanya dalam 10 saat. Oleh itu, ia membantu menjaga anda dan keluarga selangkah lebih awal daripada jangkitan dengan memberikan perlindungan tangan dengan cepat terhadap jangkitan. Ia adalah pencuci tangan yang menyegarkan dengan kandungan kristal mentol organik dari minyak daun pudina berkhasiat. Formulanya direka agar ringan di tangan anda sambil menjaga kesihatan dan terlindung dari kuman.

Dettol Instant Hand Sanitizer 50ml

RM6.40

Dettol Hand Sanitizer membasmi 99.9% kuman tanpa memerlukan air dan sabun. Formula segera ini diperkaya dengan Aloe Vera yang menenangkan, bebas bilas, tidak melekit dan berbau harum. Botol bersaiz kecil sesuai dan mudah untuk perlindungan semasa dalam perjalanan dan sangat sesuai untuk disimpan di dalam kereta, pejabat, beg atau poket anda. Produk ini telah diuji oleh dermatologi dan dianggap sesuai serta tidak melukakan kulit.

Aiken Antibac Hand Sanitizer 50ml

RM2.50

Aiken Antibac Hand Sanitizer memberi perlindungan yang segera dengan membasmi 99.9% kuman. Ia boleh digunakan untuk membersih pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja kerana ia tidak memerlukan sabun atau air. Sungguh mudah digunakan kerana ia tidak melekit dan mudah kering di tangan. Tambahan pula, baunya wangi dan segar. Sedikit gel sahaja diperlukan dan kemudian gosokkan tangan dengan perlahan hingga kering.

Dettol Anti-Bacterial Wet Wipes 10s

RM3.60

Dettol Anti-Bacterial Wet Wipes membasmi 99.9% kuman berbahaya dan melindungi bila-bila masa dan di mana sahaja. Tisunya lembut dan bertekstur membantu membersihkan kulit anda dengan lembut tanpa kerengsaan sambil melindungi dari pelbagai jenis kuman yang tidak kelihatan. Ia juga telah dilembapkan dengan air yang ditapis menjadikannya lembap, lembut dan halus digunakan di kulit tangan malah kulit yang sensitif. Produk ini selamat digunakan kerana ia bebas dari alkohol, pencerah optik dan formaldehyde.

Antabax Anti Bacterial Cleansing Wipes 10s

RM2.50

Antabax Antibacterial Cleansing Wipes memberikan perlindungan antibakteria 99.9% untuk 24 jam. Ia diformulasikan dengan vitamin dan Aloe Vera untuk memastikan kulit anda sihat dan lembap. Ia akan meninggalkan kulit anda dengan kulit yang lebih lembut, licin dan sihat dengan Sistem Derma Protect barunya yang mengandungi Serum Kelembapan Mikro. Produk ini adalah bebas dari alkohol dan dibungkus dengan kemas dalam kemasan yang boleh ditutup semula dengan cara yang cepat dan mudah untuk memastikan keluarga dilindungi secara murni.

Dettol Antiseptic Germicide 750ml

RM26.50

Dettol Antiseptic Germicide membasmi 99.9% kuman untuk melindungi keluarga dan rumah anda. Produk Dettol yang serba boleh dan dipercayai ini memberikan perlindungan menyeluruh kepada keluarga daripada kuman dan telah disyorkan secara turun temurun. Ia boleh digunakan untuk membasmi kuman pada kulit, membantu melindungi luka, calar dan gigitan serangga daripada jangkitan. Ia juga boleh digunakan sebagai pembasmi kuman di atas permukaan, lantai atau ditambahkan ke dalam cucian.

Bactepro Antibacterial Antiseptic Disinfectant Brown Liquid 1250ml 

RM39.90

Bactepro Antibacterial Disinfectant ini boleh digunakan secara profesional untuk membasmi 99.9% kuman untuk melindungi keluarga dan kediaman anda. Bactepro adalah berkesan untuk menghilangkan bakteria dan kuman yang berbahaya bagi anda dan keluarga anda dengan memberikan perlindungan 100% terhadap kuman yang menyebabkan penyakit. Penyelesaian pelbagai guna ini boleh digunakan sebagai pembersihan dan pembasmi kuman bagi setiap permukaan dalam rumah, ditambahkan ke dalam baju cucian, membersihkan badan, pembersihan permukaan lembut, pembersihan lantai dan pembersihan pelbagai permukaan. Ia juga membantu menghilangkan bau pada sumbernya. Produk ini terbukti selamat dan berkesan.

Summary
10 Produk Dettol Dan Alternatifnya Di Pasaran
Article Name
10 Produk Dettol Dan Alternatifnya Di Pasaran
Description
Dettol merupakan peneraju perlindungan kuman yang terkemuka di pasaran. Produk-produknya membantu menjaga kesihatan keluarga di seluruh dunia melalui kegunaan barang penjagaan kebersihan yang lebih baik.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: