Atomy Malaysia merupakan rangkaian pusat membeli-belah dari Korea yang mengedarkan produk kegunaan isi rumah, penjagaan peribadi dan kosmetik yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi. Mereka juga memasarkan produk kesihatan seperti multi-vitamin dan probiotics. Barang- barangan Atomy telah membantu ramai dalam penjagaan kulit dan kesihatan yang lebih baik.

Jika artikel ini berguna untuk anda, pertimbangkanlah untuk membuat pembelian barangan ini dari stor atau pautan kami. Pembelian anda membantu menyumbang kepada misi kami untuk menyediakan maklumat berguna kepada semua.

Atomy Sunscreen (Beige Col) SPF50+ 60ml

RM33.80

Atomy Sunscreen memberi dua kali perlindungan dari sinar UV iaitu UVA dan UVB. Ia menghalang sinaran UVA dan UVB yang boleh membantu mengurangkan kecederaan kulit daripada sinaran matahari dan mencegah penuaan kulit dan kedutan. Tekstur produk ini licin, ringan dan halus. Ia tidak menyebabkan kulit melekit dan kering. Bahan-bahannya terdiri daripada ekstrak semulajadi iaitu Camellia Sinensis, Thymus Vulgaris, Melissa Officinalis, Althaea Officinalis Leaf/Root, Borago Officinalis, Centella Asiatica dan Jasminum Officinalis.

Biore UV Color Control Milk SPF50 30ml

RM28.10

Produk Biore sunscreen ini bukan hanya melindungi kulit dari dampak buruk UVA dan UVB tetapi juga mampu memberikan tampilan wajah yang cerah dan bebas kusam. Ia mengandalkan formula Aqua Shield Smooth Veil di mana produk ini tahan keringat dan air serta mampu bertahan lama pada kulit. Ia juga mengandungi warna beige yang boleh memberikan liputan semulajadi dalam menyamarkan cela kulit dan pori-pori. Produk ini memberikan wajah matte, tanpa menyebabkan kulit kering dengan kandungannya yang menyerap minyak.

Atomy Foam Cleanser 150 ml

RM32.80

Atomy Foam Cleanser merupakan pembasuh muka yang membantu menanggalkan serta membersihkan kekotoran dan mekap. Kepekatan tingginya membolehkan membasmi kotoran liang pori dan menyegarkan kulit. Kandungan beras linteus pula membantu mengawal ketegangan kulit dan menyuburkan kulit selepas mencuci. Kelembapannya yang tinggi tidak mengeringkan kulit dan boleh digunakan 2 kali sehari. Pembasuh muka ini sesuai untuk semua orang, budak atau remaja dan ia juga sesuai untuk semua jenis kulit muka.

Loreal White Perfect Foam Cleanser 100ml

RM14.90

Produk ini membersihkan dan mencerahkan kulit muka bila diguna setiap hari. Ia membantu membersihkan mekap dan kulit dengan serta merta secara menyeluruh dan menghilangkan segala kekotoran. Ia juga mencerahkan kulit wajah dengan membuang sel kulit yang mati dan mengurangkan pegeluaran melanin dengan kandungan vitamin C di dalam produk ini. Kandungan vitamin C itu juga boleh membuang sebum berlebihan serta meningkatkan sinar kulit menjadikan kulit lebih licin dan sempurna.

Atomy The Fame Eye Cream 40ml

RM88.00

Produk krim penjagaan mata ini membantu penjagaan lembut di sekitar mata sensitif dengan menyamarkan garis halus, menguatkan halangan kulit daripada kedut dan lingkaran mata gelap. Setelah wajah dibersihkan, sapukan produk ini secukupnya secara perlahan di sekitar mata. Setelah kegunaan, kulit akan terasa lembut dan lembab. Mengandungi murni yang berkesan dan nutrisi konsentrasi yang tinggi melalui teknologi film HST yang mirip dengan fosfolipid menyerap ke dalam kulit dengan cepat membentukkan lapisan kulit kedua dan merawat garis halus di sekita mata.

Bio-essence Bio-Gold Eye Power Illuminator 17g

RM74.90

Produk ini diresap dengan Bio Energy Complex yang bersifat anti oksidan adalah baik untuk kulit melawan tanda-tanda penuaan dan membuatkan mata yang bersinar. Kandungannya memberikan nutrisi optimal untuk membantu menggumpal dan bahkan garis-garis halus di sekitar mata. Gunakannya dua kali sehari, waktu pagi dan malam dengan menyapukan di sekeliling mata menggunakan gerakan memutar sehingga benar-benar terserap ke dalam kulit. Penggunaan produk ini dengan konsisten akan menjadikan kulit mata dinampak tampak muda.

Atomy Saengmodan Hair Tonic

RM56.90

Atomy Hair Tonic ini dibuat daripada ekstrak tumbuhan herbal semulajadi merupakan perawatan harian untuk menjaga kebersihan kulit kepala dan membantu membersihkan kekotoran, sebum serta keringat pada pori-pori. Ia adalah perawatan yang seimbang untuk menjaga kesihatan kulit kepala. Kandungan tonik ini terdiri daripada 9 jenis herbal semulajadi seperti Angelica, Cnidium officinale, Morus L root bark dan sebagainya yang boleh menguatkan kesihatan rambut dengan proses penyerapan bahan herbal ini ke dalam kulit kepala, oleh itu kulit akan dirasakan bersih dan menyegarkan.

SCHWARZKOPF Seborin Hair Tonic 300ml

RM22.90

Hair tonic ini membantu menjana semula rambut dari akar sehingga hujung rambut dengan memperbaiki rambut yang rosak dari dalam dengan penyerapan Pro-Vitamin B5. Ia mengandungi ekstrak akar halia yang boleh menguatkan kulit kepala dan menghidupkan akar rambut. Kulit kepala yang kuat adalah asas untuk kesihatan rambut. Penggunaan produk ini membuatkan rambut lebih kuat dan kelihatan lebih lebat serta mengurangkan kelemumur rambut. Gunakan produk ini setiap hari selepas rambut dicuci atau dikeringkan. Urutkan ke dalam kulit kepala dengan perlahan-lahan tanpa dibilaskan air.

Atomy Propolis Toothpaste

RM12.90

Atomy Propolis Toothpaste membantu menghilangkan plak gigi dengan kandungan silicon dioxide didalamnya. Ia juga membantu mencegah pembentukkan dan penyebaran karang gigi yang boleh menyebabkan keradangan gusi. Produk ini boleh mengurangi penyebaran bakteria pada permukaan gigi dan melindungi gigi agar gigi berlubang boleh dicegahkan. Kandungan ekstrak teh hijau didalam produk ini boleh menghilangkan bau mulut dengan berkesan manakala ekstrak propolis pula adalah anti bakteria dan anti keradangan, berkesan untuk menghambat pelbagai bakteria dan virus.

Red Seal Propolis Toothpaste

RM19.64

Red Seal Toothpaste ini mengandungi Propolis. Propolis diketahui mempunyai sifat antiseptik dan anti bakteria. Oleh itu, produk ini boleh membantu melindungi mulut dan gusi daripada jangkitan kuman atau bakteria. Ia juga membantu mengurangkan rongga, gingivitis dan penumpuan plak di atas gigi. Mengandungi ekstrak dan minyak ramuan semulajadi dengan rasa mint yang ringan membuatkan mulut berasa segar dan bersih. Produk ini tidak mengandungi paraben, pewarna dan bahan fluorida tambahan.

Summary
10 Produk Atomy Malaysia dan Alternatifnya
Article Name
10 Produk Atomy Malaysia dan Alternatifnya
Description
Atomy Malaysia merupakan rangkaian pusat membeli-belah dari Korea yang mengedarkan produk kegunaan isi rumah, penjagaan peribadi dan kosmetik yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: