Aloe vera atau lidah buaya merupakan sumber tanaman antioksidan dan vitamin yang kaya dan ia dapat membantu melindungi kulit anda. Sebatian penting dalam aloe vera juga terbukti dapat meneutralkan kesan sinaran ultraviolet (UV), memperbaiki kulit anda dari kerosakan UV serta membantu mencegahkan garis-garis halus dan kedutan kulit. Terdapat pelbagai jenis produk kesihatan dan kecantikan di pasaran sekarang yang menggunakan tanaman ini. Berikut merupakan 10 produk yang dapat menyenangkan hari anda !

Jika artikel ini berguna untuk anda, pertimbangkanlah untuk membuat pembelian barangan ini dari stor atau pautan kami. Pembelian anda membantu menyumbang kepada misi kami untuk menyediakan maklumat berguna kepada semua.

Eversoft Aloe Vera And Hyaluronic Acid Mochi Whip Cleanser Foam 120g

RM14.90

Pencuci muka Eversoft ini mengandungi Aloe Vera yang boleh membantu meningkatkan kelembapan kulit dan meningkatkan daya hidup kulit. Hyaluronic Acid di dalam kandungannya menghidrat dengan berkesan, menutup kelembapan kulit dan menguatkan struktur kulit. Ia membersihkan bahan pencemar daripada kulit tanpa mengeringkan kulit anda sambil menyekat radikal bebas di atas permutan kulit dan mengurangkan kerengsaan kulit. Produk ini bebas daripada alkohol yang berbahaya, alergen, gluten, sulfat, paraben dan silikon.

The ORCHID Skin Aloe Vera 100% Soothing Gel 300g

RM 18.00

100% Soothing Gel ini memberikan penghidratan yang sempurna kepada kulit sambil menghilangkan kekasaran dan kekusaman kulit. Produk ini adalah pilihan yang terbaik sebagai gel muka yang boleh digunakan semalaman. Gel pelembap ini mengandungi 100% ekstrak daun aloe vera membantu pelembapan kulit dan penyerapan yang cepat oleh kulit. Produk ini mempunyai sifat anti radang yang tinggi yang membantu memperbaiki serta melegakan selaran matahari, ruam, jangkitan, jerawat dan kulit yang kering. Amino asid dan vitaminnya pula memberikan kelembapan dan zat kepada kulit yang sensitif.

NIVEA Aloe Vera Caring Lip Scrub 4.8g

RM 11.99

Nivea Lip Scrub diformulasikan dengan Vitamin E dan Aloe Vera untuk membantu mengelupas dan melembapkan bibir tanpa dilapkan serta menjadikan bibir sangat lembut. Ia sesuai untuk kegunaan harian dengan partikelnya yang dihasilkan secara semula jadi. Tidak meninggalkan rasa melekit dan ia memberikan bibir kelembapan yang tahan untuk waktu yang panjang. Ia juga boleh melindungi bibir daripada suhu atau musim yang sejuk. Ia bersaiz padat dan mudah disimpan di dalam beg.

WATSONS Anti-Bacterial Aloe Vera Hand Sanitizer 60ml

RM 3.00

Produk ini adalah pembersih tangan yang berasaskan alkohol bergabungan dengan ekstrak aloe vera sebagai pelembap dan gliserin yang boleh membantu melindungi tangan daripada pelbagai bakteria dan kuman berbahaya yang boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Ia tidak menjadikan kulit berasa melekit ataupun kering sambil memberikan pelembapan dan perlindungan yang berkesan kepada tangan anda. Gelnya cepat kering setelah disapukan ke atas tangan menjadikannya mudah digunakan.

Aloe Vera Body Wash Shower Gel 1200ml

RM13.90

Body Wash Shower Gel ini mengandungi ekstrak aloe vera yang boleh membersihkan badan sambil melembapkan kulit menjadikannya lembut dan bersih. Buih-buihnya beraroma semula jadi adalah sungguh lembut dan menenangkan. Produk ini memberi kelembapan yang sangat tinggi kepada kulit yang kering dan sensitif. Ia juga membantu anti penuaan kulit serta mengelakkan kulit daripada tanda regangan. Ini disebabkan ia diperkaya dengan nutrien, vitamin dan mineral untuk meningkatkan penembusan yang lebih cepat ke dalam kulit.

Forever Living – Forever Aloe Vera Gel 1L

RM99.00

Produk Forever Living Gel ini dihasilkan daripada 99.7% gel aloe vera daun dalaman yang tulen untuk menyokong sistem badan dan membantu penyerapan nutrien dengan berkesan daripada pemakanan anda. Ia tulen dan dipenuhi dengan faedah nutrien yang boleh membantu penghadaman menjadi lebih sihat dengan menyumbangkan pertumbuhan bakteria yang mesra ke dalam sistem penghadaman. Ia juga menggalakkan sistem imuniti yang lebih sihat dan membantu mengekalkan tahap tenaga semula jadi.

Tipco [ALOE VERA GEL] 100% pure vegetable and fruit juices 1L

RM14.90

Tipco Juice ini telah diperakui tanpa GMO dan diperkaya dengan Aloe Vera dan vitamin, mineral, serat serta antioksidan dari sayur-sayuran dan buah-buahan yang dipilih dengan teliti. Gabungan campuran jus sayur dan buah yang unik ini, dengan diet pemakanan harian anda boleh membantu mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit, melawan jangkitan dan menguatkan sistem imuniti. Jus ini tidak mengandungi pengawet dan tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan dan dihasilkan tanpa menggunakan gula tambahan.

ALMAA Aloe Vera Fairness Cream

RM14.00

Almaa Fairness Cream ini membantu melembapkan dan melindungi kulit dari sinaran UV. Produk ini dihasilkan daripada ekstrak aloe vera yang mengandungi mineral dan vitamin yang diperlukan untuk menjadikan kulit lebih sihat. Produk ini membantu mengekalkan kelembapan dan menjadikan kulit sentiasa terhidrat. Ia juga memberikan kelembutan pada kulit serta membantu merawat jerawat dan selaran matahari. Sesuai untuk kulit yang berminyak kerana ia memberikan kesan pelembapan tanpa berminyak.

Nature Republic Face Toner 150ml 

RM8.99

Nature Republic Face Toner diperbuat daripada 92% ekstrak aloe vera yang boleh memberikan pelembapan kepada kulit. Produk ini bebas daripada alkohol dan bersesuaian dengan semua jenis kulit muka. Ia mengawal melanin untuk mencegahkan jeragat dan bintik-bintik gelap yang disebabkan oleh pendedahan kulit kepada cahaya matahari. Gel ini boleh diserap dengan cepat tanpa rasa melekit dan boleh digunakan untuk perawatan kulit, luka calar, selaran matahari ataupun jerawat.

Nature’s Way Organic Aloe Vera Whole Leaf Juice – 1L

RM79.90

Nature’s Way Organic Aloe Vera Juice ini dihasilkan daripada 99.5% daun aloe vera. Produk ini dijamin segar kerana produk Nature’s Way ini dibotolkan menggunakan proses nitrogen yang unik untuk mengelakkan pengoksidaan dan mengekalkan potensi kandungannya. Ini adalah disebabkan nutrien aloe vera akan merosot ketika terkena oksigen. Oleh itu, produk ini telah disahkan untuk Kemurnian & Ketulenannya. Produk ini juga dipertingkatkan dengan Aloe PolyMax + ™ iaitu sejenis polisakarida.

Summary
10 Produk Aloe Vera Yang Terkenal Di Pasaran
Article Name
10 Produk Aloe Vera Yang Terkenal Di Pasaran
Description
Aloe vera atau lidah buaya merupakan sumber tanaman antioksidan dan vitamin yang kaya dan ia dapat membantu melindungi kulit anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: