10 Petua Berkesan Untuk Merawat Tonsil Bengkak
Istilah Tonsilitis merujuk kepada keradangan tonsil.

Istilah Tonsilitis merujuk kepada keradangan tonsil. Tonsil adalah dua kelenjar berbentuk bujur yang berada di belakang tekak. Fungsinya adalah untuk membasmi bakteria dan virus yang masuk ke dalam badan melalui hidung dan mulut. Kebanyakan kes Tonsilitis atau tonsil bengkak berlaku kerana jangkitan virus manakala, jangkitan bakteria bertanggungjawab sebanyak 15%-30% kes.

Tonsilitis boleh menyerang sesiapa sahaja, tetapi ia lebih cenderung dihidapi oleh kanak-kanak. Hampir semua kanak-kanak akan mengalami 1 episode Tonsilitis sepanjang hidupnya.

Dalam artikel ini, kami berkongsi petua tonsil bengkak yang merangkumi rawatan rumah terbaik dan ubat-ubatan dari farmasi bagi merawat tonsil bengkak.

Rawatan di rumah bagi merawat Tonsilitis

Berikut merupakan rawatan rumah yang boleh membantu merawat Tonsilitis atau melegakan simptomnya.

1. Minum banyak air suam

Minum cecair suam seperti sup, kuah, teh boleh melegakan sakit tekak. The herba mengandungi kandungan seperti madu, pectin atau gliserin boleh membantu kerana bahan-bahan ini membentuk lapisan perlindungan pada membran mukus dalam mulut dan tekak justeru itu melegakan iritasi.

2. Makan makanan sejuk

Makan makanan sejuk dan lembut juga boleh merawat tonsil bengkak. Makanan sejuk seperti yogurt beku atau ais krim boleh mengebaskan tekak, memberikan kelegaan dari kesakitan buat sementara.

Anda juga boleh cuba:

  • Menghisap popsicle
  • Minum smoothies sejuk
  • Menghirup air ais

Pilihan lain termasuklah gula-gula keras atau mengunyah gula-gula getah yang mengandungi menthol atau pudina. Bahan-bahan ini memberikan kesan sejuk dan kebas dalam tekak.

3. Mengelakkan makanan keras

Bagi individu yang mempunyai Tonsilitis, makan makanan keras atau tajam boleh menjadi tidak selesa dan sakit.

Makanan keras boleh mencalarkan tekak menyebabkan iritasi dan keradangan yang lebih teruk. Makanan yang harus dielakkan termasuklah:

  • Kerepek
  • Biskut
  • Cereal kering
  • Roti bakar
  • Lobak mentah
  • Epal mentah

Anda perlu makan makanan yang lebih lembut dan mudah ditelan atau hanya mengambil sup, kuah atau smoothies sejuk sehinggalah simptom berkurang.

4. Kumur air garam

Berkumur dengan air garam boleh melegakan kesakitan di belakang tekak buat sementara waktu.

Anda boleh membuat larutan air garam dengan menambahkan 1/4 sudu teh garam ke dalam 8 auns air suam dan kacau sehingga larutan sebati.

Seterusnya, kumur air garam tersebut selama beberapa saat sebelum meludahnya keluar. Adalah disyorkan untuk mengulangi prosedur ini sekerap yang mungkin selagi anda mengelakkan dari menelan larutan tersebut.

5. Peningkatan kelembapan udara dalaman

Udara kering boleh memburukkan lagi sakit tekak. Individu yang mempunyai tonsillitis mungkin boleh memanfaatkan penggunaan humidifier kabus sejuk. Peranti ini mengeluarkan kelembapan ke dalam udara sekaligus membantu melegakan ketidakselesaan tekak.

Anda seharusnya membersihkan humidifier setiap hari bagi mengelakkan pertumbuhan kulat dan bakteria berbahaya.

Individu yang tidak mempunyai akses terhadap humidifier boleh menghidu steam daripada air mandi yang panas.

6. Mengelakkan dari menggunakan suara secara berlebihan

Tekak yang bengkak boleh menyebabkan suara anda berubah. Anda mungkin berasa ingin menguatkan suara anda bagi mengelakkan keadaan tersebut, tetapi jika anda melakukannya anda berisiko untuk memburukkan lagi iritasi tekak anda.

Sekiranya bercakap menjadi sakit, anda perlu merehatkan suara sebanyak yang mungkin bagi merawat tonsil bengkak anda. Anda juga perlu berunding dengan doktor kerana kesukaran bercakap boleh dikaitkan dengan komplikasi tertentu.

7. Berehat secukupnya

Individu yang mempunyai Tonsillitis perlu banyak berehat. Berehat membenarkan badan anda membasmi jangkitan bakteria atau virus. Pergi kerja atau sekolah bukan sahaja boleh meningkatkan kesakitan anda, malah ia boleh memberi risiko kepada individu lain untuk dijangkitinya.

8. Ubat-ubatan tahan sakit dari farmasi

Ubat analgesic boleh melegakan sakit tekak, demam dan simptom kesakitan lain bagi Tonsillitis. Contoh ubat-ubatan tersebut termasuklah:

  • Acetaminophen
  • Ibuprofen
  • Aspirin

Walau bagaimanapun, aspirin tidak boleh digunakan oleh kanak-kanak kerana ia boleh mengakibatkan penyakit berbahaya seperti Sindrom Reye.

9. Lozeng tekak berubat

Sesetengah lozeng tekak mengandungi ubat anestetik bagi mengebaskan dan melegakan tekak. Kebanyakannya juga mengandungi ubat antiradang untuk mengurangkan pembengkakan dan keradangan. Salah satu kebaikan lozeng tekak adalah ia boleh memberikan kelegaan kesakitan kepada tapak yang meradang.

Sesetengah lozeng juga mengandungi agen antiseptik. Agen ini boleh membasmi bakteria yang menyebabkan Tonsillitis.

Walau bagaimanapun, lozeng adalah tidak sesuai bagi kanak-kanak kecil kerana mereka berisiko untuk tercekik. Malah, sesetengahnya turut mengandungi benzocaine yang mungkin menyebabkan kesan sebaliknya pada kanak-kanak. Ibu bapa perlu mengelakkan memberi produk yang mengandungi benzocaine kepada kanak-kanak berumur kurang dari 2 tahun kecuali jika doktor mengesyorkannya.

10. Semburan dan kumur tekak

Semburan dan kumur tekak adalah cara pengambilan lain bagi ubat-ubatan anestetik, antiradang dan antiseptik terus pada tekak.

Anda boleh mencari semburan tekak yang mengandungi bahan aktif tersebut:

  • Benzydamine
  • Phenol
  • Dibucaine
  • Benzocaine (bagi kanak-kanak yang lebih berumur dan dewasa sahaja)
  • Benzyl alcohol
  • Cetylpyridinium chloride
  • Chlorhexidine gluconate

SUMBER

https://www.webmd.com/oral-health/tonsillitis-symptoms-causes-and-treatments#1

https://www.healthline.com/health/home-remedies-for-tonsilitis

https://www.medicalnewstoday.com/articles/325961

https://www.everydayhealth.com/tonsillitis/home-remedies-fast-recovery

Summary
10 Petua Berkesan Untuk Merawat Tonsil Bengkak
Article Name
10 Petua Berkesan Untuk Merawat Tonsil Bengkak
Description
Tonsilitis merujuk kepada keradangan tonsil. Tonsil adalah dua kelenjar berbentuk bujur yang berada di belakang tekak dan cenderung bengkak.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: