10 Perisa Kuih Bulan Yang Mesti Dicuba
Kuih bulan adalah kuih tradisional masyarakat Cina yang sangat sinonim dengan perayaan musim luruh. Perayaan ini atau juga dikenali sebagai perayaan bulan disambut oleh masyarakat Cina di seluruh dunia di mana hari tersebut dianggap sebagai waktu di mana bulan adalah dalam keadaan paling bulat dan paling terang.

Kuih bulan adalah kuih tradisional masyarakat Cina yang sangat sinonim dengan perayaan musim luruh. Perayaan ini atau juga dikenali sebagai perayaan bulan disambut oleh masyarakat Cina di seluruh dunia di mana hari tersebut dianggap sebagai waktu di mana bulan adalah dalam keadaan paling bulat dan paling terang.

Bagi kuih bulan pula, ia sememangnya terkenal kerana bahan serta isinya yang berbeza dan mampu menarik perhatian orang ramai. Ia juga sesuai diberikan sebagai buah tangan apabila menziarahi keluarga atau rakan-rakan walaupun bukan dalam musim perayaan itu. Malah, tahukah anda bahawa pembuat kuih bulan sentiasa mencuba resipi dan kaedah baru untuk menjadikan kuih ini lebih bervariasi bagi kelompok pelanggan yang lebih besar.

Sekarang, mari lihat 10 perisa kuih bulan yang anda harus cuba!

1. Kuih bulan tradisional

Jenis kuih bulan ini juga dikenali sebagai “Kuih bulan Wuren” dan secara amnya bermaksud 5 jenis kacang atau kernel seperti kacang walnut, almond, bijan, kacang merah, melon dan banyak lagi. Kuih bulan tradisional ini adalah jenis biasa dan antara yang paling terkenal sekali dalam masyarakat Cina. Ia mungkin tidak begitu digemari oleh individu muda, namun ia pastinya memikat hati individu lebih tua.

2. Kuih bulan kacang merah

Kuih bulan kacang merah juga adalah antara yang terkenal semasa perayaan bulan atau perayaan musim luruh. Melalui cara penghasilan yang teliti, gabungan pes kacang merah yang manis berserta kulit luarannya menjadikan kuih bulan jenis ini kaya dengan rasa yang pastinya memikat hati anda.

3. Kuih bulan ‘white lotus’

Kuih bulan ‘white lotus’ ini adalah lebih kepada kuih bulan jenis ‘Cantonese’. Isinya diperbuat dengan pes teratai putih iaitu daripada biji teratai segar serta mempunyai haruman semula jadi. Tetapi, memandangkan ia mengandungi tambahan gula dan mempunyai kandungan kalori yang tinggi, ia pastinya tidak digalakkan bagi pesakit diabetes mahupun warga tua.

4. Kuih bulan coklat

Kuih bulan coklat

Bagi mereka yang menyukai sesuatu yang lebih romantik, kuih bulan coklat pastinya satu pilihan yang baik. Malah, bagi penggemar coklat juga, penampilan serta aroma coklat yang kuat sepertinya menggabungkan budaya tradisional Cina dan budaya romantik Barat. Luarannya boleh diperbuat daripada coklat dengan isi berlainan seperti oat, oreo dan lain-lain lagi.

5. Kuih bulan teh hijau (matcha)

Teh dan kuih bulan sememangnya adalah satu perkara biasa dalam masyarakat Cina. Malah, sekarang perasa ‘matcha’ atau teh hijau sudah semakin terkenal terutama bagi golongan muda. Ia juga baik buat mereka yang tidak mengingingkan sesuatu terlalu manis kerana ia tidak mengandungi kandungan gula yang banyak. Selain itu, tidak seperti kerak kuih bulan biasa, kuih bulan ini adalah lebih lembut dan sedikit kenyal seperti tekstur mochi.

6. Kuih bulan ais krim

Kuih bulan ini adalah jenis baru bagi kuih bulan tradisional. Memandangkan ais krim dimakan secara sejuk, jadi tentu sahaja kuih ini sesuai dengan cuaca hangat. Malah, rasa segarnya itu sememangnya disukai oleh golongan muda terutama apabila anda boleh memilih intinya sendiri seperti coklat, vanila mahupun sebarang perasa ais krim lain.

7. Kuih bulan buah-buahan

Bagi kuih bulan jenis ini, ia menggunakan buah-buahan sebagai inti. Ia adalah sedikit manis tetapi tidak mempunyai rasa berminyak seperti kebiasaan. Antara isinya yang paling disukai adalah buah-buahan segar seperti strawberi, limau dan nanas. Sekarang, anda juga sudah boleh mendapatkan kuih bulan durian yang pastinya disukai oleh penggemar buah durian.

8. Kuih bulan keladi

Tekstur berkeraknya serta haruman manisnya yang diperbuat daripada keladi pastinya satu bahan yang baik bagi kuih bulan. Malah, resipinya juga tidaklah begitu rumit jika dibandingkan dengan resipi kuih bulan yang lain. Antara bahan utama bagi kuih bulan jenis ini adalah pes keladi, tepung gandum, minyak masak, tepung beras dan gula.

9. Kuih bulan ‘snow skin’

Kuih bulan ini adalah jenis kuih bulan yang tidak dibakar, dan berasal dari Hong Kong. Keraknya diperbuat daripada pulut beras yang beku. Isinya boleh disesuaikan dengan buah-buahan mahupun telur kuning itik. Malah, anda juga akan lebih menggemarinya jika diambil dalam keadaan sejuk. Ia dicipta bagi mengikuti trend terkini dan menjadi pilihan bagi kebanyakan golongan muda.

10. Kuih bulan sihat

Kek bulan tradisional biasanya mempunyai kandungan gula yang menjadikannya manis dan tinggi kalori, jadi kuih bulan sihat pastinya satu pilihan baik buat mereka yang sedang berdiet tetapi masih menginginkan kuih ini. Pembuat kek di Hong Kong telah mencuba resipi baru untuk menghasilkan versi kuih bulan yang sihat dengan menggunakan tepung badam dan sirap ‘maple’ sebagai bahan asas.

SUMBER

https://en.wikipedia.org/wiki/Mooncake

https://www.travelchinaguide.com/essential/holidays/mooncake-flavors.htm

https://www.chinahighlights.com/festivals/top-10-mooncake-flavors.htm

https://www.bestpricetravel.com/travel-guide/article-top-10-most-appetizing-mooncake-flavors-in-vietnam-466.html

10 Surprisingly Delicious Mooncake Flavours You Should Try

Summary
10 Perisa Kuih Bulan Yang Mesti Dicuba
Article Name
10 Perisa Kuih Bulan Yang Mesti Dicuba
Description
Kuih bulan adalah kuih tradisional masyarakat Cina yang sangat sinonim dengan perayaan musim luruh. Jom baca 10 perisa kuih bulan yang harus anda cuba!
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: