Peralatan dapur IKEA
Peralatan dapur IKEA yang boleh membantu anda mengamalkan gaya hiduo sihat serta meningkatkan kualiti penyediaan masakan.

Peralatan dapur IKEA yang boleh membantu anda mengamalkan gaya hiduo sihat serta meningkatkan kualiti penyediaan masakan. Ia adalah salah satu tempat yang wajib anda pergi untuk membeli peralatan dapur seperti tuala inggan dan cawan penyukat. Malah, mereka juga menyediakan pilihan peralatan dapur khusus yang berkualiti tinggi.

Berikut adalah senarai peralatan-peralatan dapur yang boleh anda beli, jika anda pergi membeli-belah ke IKEA!

GNARP 3 set peralatan dapur – RM 6.90

Set peralatan dapur IKEA ini termasuk sudip, sudu sup, dan pengepit salad. Peralatan-peralatan ini adalah penting bagi anda yang memasak dan tinggal di apartmen serta sangat membantu sewaktu saudara-mara atau rakan-rakan datang melawat anda.

TEKLA tuala pinggan – RM 2.90

Siapa yang tidak perlukan tuala pinggan? Tuala pinggan dari IKEA ini diperbuat daripada kain yang berkualiti tinggi dan tahan lasak. Anda boleh menggunakannya buat jangka masa yang lama.

IDEALISK penekan kentang – RM 49.90

Dari kentang goreng hingga hashbrown, penekan kentang ini akan memuaskan semua keinginan anda. Malah, ia mudah digunakan dan diperbuat daripada keluli tahan karat!

KAVALKAD 3 set periuk – RM 49.90

Periuk adalah peralatan yang wajib ada di setiap dapur. Jika tidak, bagaimana anda hendak memasak hidangan berkuah, bukan? Ini adalah peralatan dapur IKEA yang sesuai untuk anda.

VARDAGEN 5 set cawan penyukat – RM 22.90

Cawan penyukat amat penting buat semua individu yang memasak supaya anda tidak perlu bimbang akan terlebih garam atau gula dalam masakan anda. 5 set cawan penyukat ini peralatan dapur IKEA yang didatangkan dengan harga yang berpatutan walhal ia diperbuat daripada keluli tahan karat!

FÖLJSAM dulang ketuhar – RM 11.90

Sama ada anda memanggilnya sebagai kaserol atau dulang panas, anda sudah tentu memerlukan dulang ketuhar daripada kaca. Tetapi, anda mungkin juga perlu membeli set sarung tangan ketuhar sebagai keselamatan.

ÄNDLIG 3 set pisau – RM 25.90

Anda mungkin tidak akan menemui set pisau yang lebih murah daripada ini, namun itu tidak bermakna kualitinya rendah. Set pisau daripada peralatan dapur IKEA ini mengutamakan kualiti berbanding kuantiti.

PROPPMÄTT papan pemotong – RM 25.90

Papan pemotong ini adalah pasangan yang sesuai bagi set pisau ÄNDLIG peralatan dapur IKEA, ia produk yang bekualiti dan teguh yang tidak akan menghampakan anda.

PRUTA 17 set bekas makanan – RM 15.90

Sekiranya anak anda pergi ke sekolah atau anda mahu pergi ke tempat kerja, jadi anda boleh menggunakan bekas ini untuk meletak bekalan makanan anda dan anak anda. Set ini mengandungi pelbagai saiz bekas yang boleh disesuaikan dengan kegunaan yang berbeza.

RAJTAN 4 buah balang rempah – RM 5.90

Sama ada anda menggunakan rempah-ratus, beras atau serbuk perasa, 4 buah balang ini sudah semestinya sangat comel dan berguna untuk dapur anda.

SUMBER

https://www.ikea.com/my/en/

Summary
Article Name
10 Peralatan Dapur IKEA Yang Boleh Membantu Anda Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
Description
Peralatan dapur IKEA yang boleh membantu anda mengamalkan gaya hiduo sihat serta meningkatkan kualiti penyediaan masakan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: