10 Penghawa Dingin Mudah Alih Yang Sesuai Untuk Rumah Anda
Penghawa dingin mudah alih mempunyai tujuan yang serupa seperti penghawa dingin di dinding yang biasa, iaitu berfungsi untuk menyejukkan sesuatu ruang.

Penghawa dingin mudah alih mempunyai tujuan yang serupa seperti penghawa dingin di dinding yang biasa, iaitu berfungsi untuk menyejukkan sesuatu ruang. Namun, apa yang membezakan mereka adalah penghawa dingin mudah alih boleh “dialihkan” sesuka hati berbanding hanya berada di satu tempat.

Ini sebenarnya agak memudahkan terutama jika bajet anda tidak begitu besar untuk membeli beberapa penghawa dingin di rumah anda. Anda hanya perlu membeli satu jenis yang boleh dialihkan, dan ia boleh berfungsi dengan baik di mana-mana bahagian rumah anda.

Jadi, jom kita lihat 10 penghawa dingin mudah alih yang terkenal di Malaysia.

1. Acson MOVEO 1.0HP Portable Air Conditioner A5PA10C

Kredit: https://shopee.com.my/ACSON-1.0HP-Moveo-Portable-Air-Conditioner-(A5PA10C)-i.58681639.982460171

Jika anda mencari penghawa dingin mudah alih yang baik, produk ini mungkin adalah terbaik buat anda kerana bukan sahaja ia mempunyai panel ‘touch screen’, malah ia juga mempunyai roda di bawahnya bagi memudahkan pergerakan. Dengan kuasa 1.0 atau 10,000 BTU, ia boleh menyejukkan ruang sekitar 450+ kaki persegi iaitu lebih kurang saiz sebuah bilik tidur

Anggaran harga: RM1,420.00

2. Pensonic Air Conditioner PPA-109

Kredit: https://productnation.co/my/product/pensonic-air-conditioner-ppa-109

Produk ini bukan sahaja berfungsi sebagai penghawa dingin biasa, malah ia juga mempunyai ciri ‘dehumidifier’ yang mengurangkan kelembapan bilik pada kawasan dengan kelembapan tinggi. Ini boleh mengelakkan pertumbuhan kulat dan perkara buruk lain. Malah, ia juga mempunyai ciri ‘vertical auto swing and airflow’, jadi ruangan anda tidaklah disejukkan pada satu bahagian sahaja. Namun begitu, anda harus ketahui bahawa produk ini adalah sedikit berat berbanding yang lain dengan berat sekitar 36kg.

Anggaran harga: RM1,499.00

3. Elba 1.0HP Portable Air Conditioner EPAC-A4010D(WH)

Kredit: https://www.melur.online/elba-1/elba-portable-air-conditioner-1-0hp-epac-a4010d-wh

Jika sebelum ini anda telah melihat produk yang agak berat, sekarang anda akan lihat pula produk ini yang dikatakan menjadi antara penghawa dingin mudah alih paling ringan di pasaran. Dengan berat hanya 22kg berserta dengan ‘integrated rotating casters’ serta ciri paparan LCD panel depannya, ini pastilah menarik perhatian anda. Jika anda mencari sesuatu yang mudah dialihkan, ini mungkin adalah produk terbaik untuka anda.

Anggaran harga: RM1,375.00

4. AUX Portable Air Conditioner (1.5HP) AM-12B4-LAR1-EU

Kredit: https://productnation.co/my/product/aux-portable-air-conditioner-am12b4lar1eu?pId=8e5d48f0-8c5d-46ca-9a6e-07a9d82295bd

Dengan reka bentuknya yang menawan berserta badan yang tahan pecah, ini pastinya adalah penghawa dingin yang sesuai untuk anda. Malah, ia juga mempunyai paparan ‘touch screen’ bagi memudahkan penggunaannya. Jika anda mencari sesuatu dengan rasa yang elegan dan mewah, berserta dengan badan yang tahan lama, ini mungkin adalah sesuai untuk anda. Tapi, ketahui bahawa harganya mungkin agak sedikit mahal bagi kuasa 1.5HP, jadi pastikan anda menilai baik buruknya terlebih dahulu.

Anggaran harga: RM1,788.00

5. Midea 1.5HP MPF-12CRN1

Kredit: https://www.1now.my/products/Midea-1.5HP-Portable-Air-Conditioner-MPF-12CRN1/73

Dengan harga yang berpatutan, produk Midea ini juga menjadi antara penghawa dingin mudah alih terbaik sekiranya anda mencari sesuatu dalam bajet yang tidak begitu tinggi. Malah, ia juga didatangkan dengan teknologi ion serta reka bentuknya juga tanpa bakul. Teknologi ion ini sangatlah berguna terutama bagi mereka yang mengalami asma atau masalah pernafasan lain kerana ia membuang segala partikel berbahaya dan mikrob daripada udara, jadi anda hanya mendapatkan udara yang bersih sahaja.

Anggaran harga: RM1,288.00

6. Hisense 1.5HP HAP-12JSN

Kredit: https://productnation.co/my/product/hisense-15hp-portable-air-conditioner-hap-12jsn

Ini adalah antara produk penghawa dingin mudah alih yang menawan serta mempunyai banyak ciri menarik. Malah, ia juga mempunyai paparan LED dengan kapasiti 12000 Btu. Di samping itu, ia juga mempunyai mod tidur bagi memudahkan penggunaannya lagi. Ia juga mudah diuruskan kerana mengandungi penapis yang senang dicuci pada bila-bila masa.

Anggaran harga: Tiada paparan harga terkini

7. MEC iPort G9000 1.0HP Portable Air Conditioner

Kredit: https://productnation.co/my/product/mec-iport-g9000-10hp-portable-air-conditioner

Biasanya, penghawa dingin mudah alih mempunyai reka bentuk sama, namun produk ini lebih menarik kerana reka bentuknya adalah lebih moden serta kelihatan canggih. Malah, ia juga mempunyai sistem ‘self-evaporative’ dan ciri ‘follow me’ yang membolehkan udara sejuk ditujukan khas kepada anda. Anda hanya perlu pastikan bahawa ‘remote control’ berada berdekatan anda apabila ciri anda ini digunakan.

Anggaran harga: RM1,899.00

8. MORGAN MAC-091 Feather Lite 1HP Portable Aircond

Kredit: https://pgmall.my/Morgan-Portable-Air-Conditioner-MAC-091-Feather-Lite-White4927804150016

Produk ini juga adalah sangat sesuai jika anda mahu menggerakkannya selalu kerana ia mempunyai roda, mudah dibasuh berserta penapisnya juga mudah ditanggalkan dan dibersihkan. Malah, produk ini mempunyai 5 tahun jaminan bagi bahagian ‘compressor’ oleh syarikat pengeluarnya. Ia juga didatangkan dengan ‘window mounting kit’ iaitu di mana produk ini perlu diletakkan berdekatan dengan tingkap agar udara panasnya boleh dilepaskan ke luar melalui hos.

Anggaran harga: RM1,088.00

9. Fujiaire Portable Air Conditioner

Kredit: https://mifasabah.com/fujiaire/fujiaire-portable-air-conditioner/

Produk ini mempunyai keupayaan untuk menyejukkan bilik dengan cepat, serta beroda bagi memudahkan pergerakan. Malah, ia mempunyai ciri ‘superioner’ bagi mengeluarkan udara yang lebih bersih dan pada masa yang sama, menghapuskan bakteria dan kuman pada udara. Dengan kualiti udara yang agak buruk, mempunyai produk penghawa dingin dengan fungsi berganda pastinya adalah pilihan yang baik.

Anggaran harga: RM1,500.00

10. Midea MPH-09CRN1 1.0 HP Portable Air Conditioner

Kredit: https://www.midea.com/my/product/Refrigerator/Chest-Freezer/Residential-AC/Portable-Air-Conditioner/1.0HP-PH-Series-Portable-Air-Cond

Jika anda perasan, harganya tidaklah mencecah ribuan ringgit seperti produk lain dalam senarai ini. Justeru itu, ini adalah penghawa dingin mudah alih dengan bajet paling rendah yang anda boleh dapatkan. Ia mempunyai sistem ‘self-evaporative’ serta mempunyai sistem penapisan ‘silver ion’. Ia mungkin dianggap sedikit bising bagi sesetengah orang, namun dengan harga sebegini, ia semestinya sudah cukup baik untuk menyejukkan ruangan anda.

Anggaran harga: RM899.00+

JADI,

Sebelum membeli penghawa dingin mudah alih, pastikan anda memilih produk berdasarkan bajet, keperluan, keluasan bilik serta ciri-ciri yang ditawarkan. Jangan hanya membeli tanpa membuat perancangan baik kerana harganya tidaklah murah dan mungkin membazirkan jika tidak digunakan dengan baik.

SUMBER

https://www.bestadvisor.my/portable-aircon-malaysia

https://productnation.co/my/15156/best-portable-air-conditioner-malaysia

https://findgoodbuy.com/best-portable-air-conditioner-malaysia/

Summary
10 Penghawa Dingin Mudah Alih Yang Sesuai Untuk Rumah Anda
Article Name
10 Penghawa Dingin Mudah Alih Yang Sesuai Untuk Rumah Anda
Description
Penghawa dingin mudah alih mempunyai tujuan yang serupa seperti penghawa dingin di dinding yang biasa, iaitu berfungsi untuk menyejukkan sesuatu ruang.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: