pencuci muka lelaki
Siapa kata lelaki tak perlukan pencuci muka lelaki? Mereka juga memerlukannya untuk mengekalkan kulit wajah yang sihat serta bersih

Siapa kata lelaki tak perlukan pencuci muka lelaki? Mereka juga memerlukannya untuk mengekalkan kulit wajah yang sihat serta bersih daripada sebarang pencemaran dan bendasing.

Tak perlu takut atau malu, tiada masalahnya untuk menjaga kebersihan wajah sendiri. Ayuh! Mari kita lihat senarai pencuci muka lelaki yang barangkali sesuai untuk keadaan kulit anda!

1. Jayeon Aloe Fresh Facial Cleanser

Menggunakan Jayeon Aloe Fresh Facial Cleanser sekali seminggu untuk menghilangkan kotoran degil pada wajah anda. Ia diformulasikan dengan lembut sesuai untuk semua jenis kulit para lelaki.

Jangan risau, ia tanpa alkohol dan tidak menggunakan bahan berasaskan haiwan, menggunakan aloe vera dan menthol sahaja! 3 fungsi, mengawal minyak, membersih dan menyejukkan.

Sesuai untuk lelaki aktif di luar sana, menthol berfungsi untuk mengawal minyak pada wajah anda, memberikan kesegaran dan memberikan kesan yang menyejukkan. Manakala aloe vera melembutkan kulit serta memastikan kulit anda kekal lembap.

2. NIVEA Men Oil Control Facial Foam

Pencuci muka lelaki daripada Nivea ini dengan fungsi mengawal minyak selama 8 jam, membantu anda mengecilkan liang pori serta mengawal kilauan pada wajah akibat minyak muka berlebihan.

Mempunyai tekstur foam, dengan kuasa carnitine dan teknologi kawalan minyak sesuai untuk lelaki lasak!

3. Garnier Men Acno Fight Anti Acne Foam

Selain jerawat, Garnier Men Acno Fight Anti Acne Foam mencegah minyak, bintik hitam, parut, kemerahan dan sangat bagus menentang pori terbuka.

Selain minum air secukupnya, anda juga perlu sedikit asid salisilik untuk menghidupkan semula sel kulit. Jangan risau lagi jejaka aktif, pencuci muka lelaki ini pastikan semua masalah anda selesai!

4. L’Oreal Men Expert Hydra Energetic

Penat, stress, kurang tidur dan terdedah kepada pencemaran membuatkan kulit wajah anda kurang tenaga dan menjadi kusam. Malah lebih banyak sel mati!

Ambil tindakan segera dengan dapatkan L’Oreal Men Expert Hydra Energetic membantu anda menyahtoksinkan dan membersihkan kulit anda daripada dalam dengan segera.

Tekstur foam yang menyegarkan turut membuang segala kekotoran dan sel mati dengan segera, memberikan anda kulit yang bertenaga dan berseri.

Dengan detoxyne kombinasi hebat anti oksidan. Ia membantu melembutkan kulit dan memudahkan anda untuk mencukur.

Sistem perlindungan aktif, bahan aktif hebat yang menenangkan, membantu menguatkan pertahanan kulit anda menentang bendasing setiap hari.

5. Gatsby Facial Wash Perfect Clean

Gatsby Facial Wash Perfect Clean merupakan pencuci muka yang serba boleh. Ia mempunyai manik mikro yang menyental sel kulit mati daripada pori anda.

Terdapat juga tonik sebagai bahan pencuci muka lelaki ini, melindungi kulit anda daripada pencemaran. Sangat ideal untuk lelaki yang sibuk.

6. Bad Lab Cooling and Pore Minimising Facial Cleanser

Produk penjagaan kulit Bad Lab direka untuk lelaki Malaysia dan pencuci muka lelaki ini tidak diragukan menjadi produk kegemaran jejaka Malaya!

Ia diperkaya dengan formula khas untuk mencegah kepanasan haba negara walau di mana anda berapa, jadi hasilkan tiada kesan kotoran dan minyak!

Ia mengandungi ekstrak timun membantu mengecilkan pori anda dan mencerahkan wajah kacak anda.

7. L’Oreal Men Expert Hydra Power Foam

Satu lagi pilihan pencuci muka lelaki yang mesra bajet, produk kecantikan daripada L’Oreal ini antara yang terbaik di pasaran.

Mengandungi minyak pati dan bahan-bahan semula jadi seperti menthol yang menghidupkan semula kulit anda serta sangat efektif untuk menyingkirkan bendasing, kotoran dan kesan pencemaran.

Ia formula yang tidak melekit membuatkan kulit anda terasa selesa tanpa membuatkan kulit terasa ketat dan tegang. Gunakannya pada setiap hari dan kulit anda akan jadi sangat segar, terhidrat serta kelihatan anjal dan lembut.

8. Lab Series Skincare Multi Action Face Wash

Pencuci muka dalam bentuk foam oleh Lab merupakan pencuci muka lelaki pelbagai tindakan. Formula tindakan yang oleh membersihkan pori tersumbat anda dan menyental keluar sel kulit mati anda walau apa jua jenis kulit anda.

Anda juga boleh digunakan sebagai krim pencukur dan ia memberikan anda kulit yang lembut memudahkan pencukur anda membersihkan bulu misai, jambang serta janggut anda.

Pencuci muka boleh membersihkan secara mendalam sambil membuang semua lebihan minyak dan bendasing. Gunakan ia setiap hari agar tiada lagi sel mati dan meninggalkan kulit anda terasa segar dan lembut.

9. Dashing Oil Clear Facial Wash

Pencuci muka lelaki daripada Dashing dengan formula menyingkirkan minyak, membersih secara mendalam dan menghapuskan lebihan minyak dengan arang buluh untuk wajah yang lebih sihat.

Ia mengandungi menthol untuk pembersihan ekstra dingin serta memberikan anda perlindungan UV, sangat sesuai untuk lelaki aktif dan bekerjaya.

10. Nivea Men Deep Clean Facial Wash

Pencuci muka yang sangat efektif diperkaya dengan vitamin E membantu membersihkan kulit anda sepenuhnya dan dengan efektif menyingkirkan kotoran dan bendasing dan mengurangkan cela untuk wajah yang sihat.

Ia sangat lembut pada kulit anda dan membantu mengekalkan kelembapan kulit. Ia juga membantu melindungi kulit anda melawan kotoran pencemaran dan bendasing.

Ia diformulasikan dengan vitamin E yang bertindak sebagai anti oksidan semulajadi melindungi kulit anda daripada penuaan pra matang. Ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit.

SUMBER

https://productnation.co/my/beauty/skin-care/27362/best-skin-care-product-men-malaysia

https://beautyinsider.my/best-men-face-washes-in-malaysia/

WATSON

https://jayeoncosmetics.com/products/aloe-fresh-cleanser

GUARDIAN

Summary
10 Pencuci Muka Lelaki Yang Popular
Article Name
10 Pencuci Muka Lelaki Yang Popular
Description
Siapa kata lelaki tak perlukan pencuci muka lelaki? Mereka juga memerlukannya untuk mengekalkan kulit wajah yang sihat serta bersih
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: